"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Tuesday, 29 October 2013

Tragedi Oktober...

Wah2.. lama sungguh tak menulis.. Busy betul la lately.. Kerja menimbun2. Tau2 je dah sampai penghujung bulan October. Phewwwwww......

Uiks..banyak betul benda berlaku bulan October nih. Tapi aku highlight yang best2 je la eh. Hehe. Meh2 baca tragedi Oktober nih. Wink2..

~ First skali of course la pasal si tecik tuh. Kalau nak tau, si tecik tuh dah ada gigi..!! Yeayyyyy.. Mommy & Daddy are super duper excited. Actually aku tak perasan langsung bila gigi si tecik tu tumbuh. Al kisahnya.. masa hari ahad (13 Oktober) ari tuh hubby ajak gi ziarah kawan U dia. Rumah punye la dekat. 10 minit dah sampai tapi tak pernah gi rumah dia. Mane la taknya, sabtu ahad je mesti ada program. Tak menyempat nak ziarah. Kawan hubby ni ada anak sorang. Lelaki. Lama wehhhh duk nyembang kat rumah dia dalam 2 jam lebih gitu. Masa nak balik, tetiba wife kawan hubby cakap ngan anak dia "Eh Amsyar tengok.. Adik baby dah ada gigi la.." Masa aku dengar tu aku macam blur jap. Ye la bila masa pulak anak aku ni tetiba ada gigi?? Ingatkan wife dia salah tengok. Masuk je dalam kereta aku cepat2 check. Eh.. betul la....!!!!! Anakku dah ada gigi...!!!!! Hubby lagi kelakar. Boleh pulak dia berhentikan kereta kat tepi jalan semata2 nak tengok gigi anak! Hahahahaha.. Dahsyat..

~ Kakak aku telah selamat melahirkan puteri ke-4 nya pada 9 Oktober. Yer.. Perempuan lagi. So sekarang ni mak aku ada 5 orang cucu perempuan. Tak kisah la apa orang nak kata. Semua itu rezeki dari Allah. Muka baby tu sebijik macam abang iparku. Huhu. Eh, lupa pulak, nama anak buah aku tu Hannan Fasyahah. Ahad lepas (28 Oktober) baru sempat nak tengok baby tuh. Comel..!!

~ Hari Raya Haji jatuh pada 15 Oktober yakni hari Selasa. Aku tak dapat cuti sebab replace dengan cuti Chinese New Year awal tahun. Plan awal, hubby & si tecik balik rumah MIL & aku gi kerja. Tapi...... ada sesuatu yang berlaku. So terpaksa aku ambil EL. Inform office kereta rosak padahal ada hal lain. Haha. Nak cerita kat sini tapi panjang sangat la. Kesudahannya aku, hubby & si tecik duduk rumah sesaja. Tak gi mana2 pun. So sad..!

~ 23 Oktober dengan rasminya cik P telah menjengah buat kali ke-2 lepas bersalin dulu. Cycle kali ni agak panjang 35 hari. (Ni pun nak highlight gak ke) Haha..

~ Result darah. 30 Oktober iaitu esok aku ambil cuti. Nak pergi hospital untuk jumpa dengan pedratik. Bulan lepas si tecik tu ada ambil darah so sekarang ni nak tau la result darah dia macam mana. Harap2 takde problem. Eh lupa pulak. Actually si tecik ada masalah HB rendah since lahir lagi. Doc cakap berkemungkinan dia ikut darah aku. Ye la, aku kan HB rendah. Sebelum umur 6 bulan memang ada sisa2 darah ibu kat dalam badan baby. Lepas 6 bulan baru fully darah baby sendiri. Sebab tu la bila si tecik masuk 6 bulan kena check balik darah dia. Errr..faham tak? Kalau tak faham takpe la. Tunggu je la result nanti macam mana. Hehe..