"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Tuesday 22 September 2015

8 weeks - kesian hubby..

Semalam, dalam pukul 5 petang hubby Whatsapp "Syg balik awal hari ni. Tetibe muntah tak tau nape. Tak larat sangat, badan lemah."  Pagi ni masa aku tengah siap2 nak pergi kerja, aku tengok dia masih tido lagi. Aikk..dah pukul berapa tak bangun2 lagi. "Sayang nak ambil MC la hari ni" Tak larat sangat katanya. Alahai...kesiannya hubby.

Haaaa, ni la orang kata kena tempias mabuk isteri yang mengandung. Hihi. Dah 3 minggu dia macam tu. On off. Bloating, loya dan akhirnya muntah! Aku pun bloating dan loya2 jugak tapi takde la sampai tahap muntah. Masih boleh tahan lagi. Kiranya aku hanya mild sickness. Mungkin separuh tu dah pergi ke hubby. Bagus lah kan, sama2 merasa. Orang tua2 kata kalau suami juga rasa sickness isteri mengandung, maksudnya hubungan suami isteri tu akrab. Tak tau lah betul atau tak tapi memang aku akui yang kami ni jarang gaduh. Biasanya aku je yang cari pasal dulu sebab tu boleh jadi gaduh. Itu pun jarang sangat2. Hihi.

Harap2 balik ni hubby dah ok la. Takde la terbaring je. Kesian betul aku tengok. Balik nanti nak masakkan hubby sup ayam. Ngeee.

Friday 11 September 2015

6 weeks..



Happy birthday to me..!!!

Yeay..dah masuk 30 tahun. Erkkk..30?? Macam tak caya je dah 3 series. Apa ada pada umur kan. Yang penting sihat walafiat dan gembira selalu. Hihi.

Tahun ni aku dapat hadiah yang paling BEST. Dah 6 minggu pun. Alhamdulillah. Syukur. Aku rasa takde beza sangat masa 1st pregnancy dengan sekarang ni. Bloating dan loya memang jadi teman sejati starting 6 weeks. Pagi sampai petang, perut rasa bergelodak jek. Bezanya kali ni aku masih dapat kawal lagi la. Bila rasa loya cepat2 minum air atau makan gula2. Baru la kurang sikit dan tak terus muntah. Tak tau la sampai bila boleh kawal loya tu. Mungkin belum lagi datang lagi the real sickness tu. Kiranya ni sickness manja2 la. Haha. Apa2 pun harapnya takde la teruk macam dulu. Aminnn..

Tuesday 1 September 2015

Rezeki..

Isnin, 31 Ogos 2015. CD33. Dah sehari delay period. Selalunya cycle paling panjang 32 hari dan paling pendek 23 hari. Tiba2 tergerak hati nak buat test. Nasib baik la hari sebelumnya ada beli UPT kat Guardian. Hihi. Pukul 3 pagi aku terjaga tido terus semangat nak buat test. Tadaaaaa..!!


Alhamdulillah. Doa aku dimakbulkan Allah. Syukur sangat2. Rezeki. Hati berbunga2 langsung tak boleh tido semula. Golek sana golek sini, at last keluar bilik tengok tv. Entah macam mana, tau2 tv plak yang tengok aku. Haha.

Kali ni HCG aku kemain tinggi. 1st pregnancy dulu dapat faint line je, kali ni haaa... double line terus. Mungkin cycle aku kali ni pendek kot. Tak tau la kan. Refer to LMP, sekarang baru masuk 5 minggu. Hubby cakap, tunggu confirmation dari doctor dulu then baru announce to both family. Ok tak sabar nak check up next October nanti. Hihi. Harap2 kali ni takde la alahan sangat. Aminnn.