"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Thursday 24 December 2015

3rd & 4th check up..

Punya la malas nak buat entry banyak2, so aku combine je cerita. Senang. Haha.

Ok. Check up kali ketiga masa kandungan masuk 17 minggu. Ini ialah check up yang paling lama sebab dapat doktor Norana iaitu salah seorang owner kepada Hospital Bersalin Razif!! Perghhh rasa bertuah sangat2 dapat check dengan doktor ni. Penuh dengan pengalaman. Masa scan baby pun punya la lama. Siap tunjuk dan terangkan kat aku satu persatu. Hihi.

Masa ni kesihatan aku agak tak berapa baik. Tekanan darah rendah dan kencing kotor. Huhu. Tak pasal2 kena bebel dengan doktor. Katanya aku ni kurang minum air masak. Errrrr. Memang pun. Ngeeeee. Akulah manusia yang paling susah nak minum air. Tak kira la air masak or air manis. Memang sikit je aku minum. Sehari ada la dalam 3 gelas air. Huhu. Kesian kan. Then, masa ambil darah untuk test HB pun nampak darah aku pekat sangat2. So memang dah terbuktilah badan aku kurang air.

Untuk check up kali ni doktor ada suggest supaya aku ambil Obimin tapi aku refuse sebabnya aku plan nak ambil supplement Shaklee iaitu Vitalea. Aku deangar ramai ibu yang preggy ambil Vitalea dan HB mereka cantik je. So doktor hanya bagi aku pil Kalsium, Antibiotik dan ubat untuk kencing kotor. Tak lupa juga doktor pesan supaya aku minum air banyak2. Alamakkkk..!!

Genap kandungan aku 5 bulan which is 20 minggu, check up untuk kali ke 4 pulak. Aku berdebar2 sungguh nak tau result HB. Mesti rendah! Huhu. Masa ni aku dah start ambil Vitalea for 2 weeks. Alhamdulillah tekanan darah aku normal dan baby pun sihat walafiat. Result HB?? Tadaaaa. 10.5 okayyy. Agak tinggi jugak la for preggy woman. Fuhhhh. Lega sangat!! Tak payah ambil darah lagi. Sakit tau tak. Dah la urat aku kecik dan tak nampak sampai terpaksa guna jarum untuk baby. Huhu. Seksa betul. Syukur lepas ni tak payah cucuk2 lagi dah, Hihi.

Doktor cuma repeat bagi pil Kalsium dan Pramilet. Pramilet tu kiranya macam multivitamin untuk ibu mengandung la instead of Obimin. Bila aku belek2 botol dia, rasanya lebih kurang Vitalea je, Cuma dosage je lain2. So aku decided tak nak makan Pramilet. Takut nanti baby terlebih vitamin la pulak. Ni perbandingan antara dua nultivitamin Pramilet & Vitalea.


PRAMILET

Vitamin A4000 I.U.Vitamin B123 mcg
Vitamin D3400 I.U.Elemental Minerals:
Vitamin C60 mgCalcium250 mg
Folic Acid500 mcgIodine100 mcg
Vitamin B13 mgIron5 mg
Vitamin B22 mgMagnesium10 mg
Nicotinamide10 mgCopper150 mcg
Vitamin B63 mgZinc 85 mcg



VITALEA

Checklist barang2 baby..

Bulan February & December ialah bulan yang paling aku suka dalam setahun. Sebabnya dua2 bulan itu ialah bulan di mana aku & hubby dapat bonus. Bonus aku bulan February dan hubby bulan December. Disebabkan hubby aku baru je dapat bonus minggu lepas, so tiba2 dia tanya "Tak nak beli barang baby ke?". Erkkk. Barang baby?? Aku jadi blur. Selama mengandung ni memang tak ada planning apa2 pun untuk beli barang baby. Cuma hari tu ada discuss dengan hubby nak beli baby cot & carrier. Itu pun kena tunggu dekat2 bersalin nanti. Bukannya nak beli sekarang ni.

Kalau baju2 baby tu, rasanya macam awal sangat nak beli. Gender baby pun tak tau lagik. Nanti kalau terbeli kaler pink, naya je baby boy pakai pink. Haha. Bab baju tu aku tak berapa kisah sangat sebab baju anak sulung pun masih ada. Lagipun untuk newborn, dulu aku banyak beli kaler putih dan biru. So tak kisah la boy or girl pakai kan. Cuma perlu merajinkan diri masuk store dan geledah balik storage box. Erkkk. Part tu yang paling malas.

Rasanya kalau nak diikutkan, kali ni macam tak banyak sangat barang yang perlu dibeli. Barang2 besar macam stroller, car seat, breast pump, rocker, tilam semua tu dah ada. Kali ni aku pun macam malas je nak cuci mata kt online baby shop. Tak macam masa 1st pregnancy dulu, setiap hari dok google barang2 baby. Tadi aku saja2 la google senarai barang baby. Kot2 ada yang terlupa ke. Sekali terjumpa http://siraplimau.com/senarai-barang-baby-newborn/. Bagus betul ni. Memang complete habis. So next time boleh la aku refer sini je. Senang kan. Memandangkan due aku bulan May, so rasanya bulan February dah boleh beli sikit2, Plus masa tu dah tau gender baby. So senang la nak shopping. Yeayyy. Tak sabarnya nak tau gender baby!!


Thursday 17 December 2015

20 weeks..

Happy 20 weeks to my pregnancy..!! Haha.

Dah half way rupanya. Kejap je masa berlalu. Rasa macam baru je test UPT. Hihi. Kalau nak diikutkan, lagi 20 minggu nak bersalin. Itu pun kalau baby nak lahir ngam2 40 minggu la. Boleh jadi awal or overdue sampai 41 minggu macam si kakaknya dulu. Huhu. Apa2 pun aku harap sangat baby lahir 39 minggu ke atas. Tak nak la lahir awal2. Sebabnya aku nak cuti sampai raya. Haha.

At 20 weeks, aku dah rasa baby movement. Setiap masa rasa baby gerak. Entah bila dia tido aku pun tak pasti. Kadang2 aku risau jugak la. Kenapa la baby ni tak duduk diam? Ada apa2 masalah ke kat dalam sana? Haaa.. Sampai gitu sekali aku fikir. Haha. Nasib baik la Sabtu ni appointment check-up. So boleh la scan baby. Rindunyaa nak tengok baby mummy ni. InsyaAllah semuanya baik2 je.

Oh ya. So far, kesihatan aku baik2 je. Cuma kadang2 ada rasa pening sikit. Mungkin sebab low blood pressure. Tapi since aku consume Shaklee Vitalea, Alhamdulillah dah berkurangan. Badan pun dah kurang letih. Rasa bertenanga sedikit. Aku jugak ada consume tablet Kalsium yang dibekalkan Klinik Razif masa last check up dulu. Perubahan yang paling ketara, kaki aku dah tak sakit dan lenguh2. Biasanya, kalau berjalan or berdiri lama sedikit mula la kaki lenguh2 especially tang tumit dan betis. Kesian hubby jadi tukang urut. Tapi sekarang ok je even 2, 3 kali round shopping mall. Haha.

Harap2 masa check up nanti both mummy dan baby sihat. Will update soon. Hihi.