"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Monday 30 September 2013

1st solid food..

Alhamdulillah..dah 6 bulan lebih si tecik tu. Tak sangka dah setengah tahun berlalu. Dah setengah tahun jugaklah aku menjaganya. Ya Allah terima kasih di atas pinjamanMu ini. Syukur sangat2. Terharu!

Ok. Rasanya semua tahu kan, bila baby dah masuk 6 bulan ni maka boleh la start bagi makanan pejal atau solid food. Tapi kan.. Aku rasa was2 je nak bagi si tecik tu makan. Takut perut dia tak boleh terima lagi makanan pejal. Dulu kemain excited nak bagi makan sekarang ni takut pulak. TAHPAPE! hahaha.. Hubby pun berperasaan macam aku. Bila aku cakap nak beli blender khas sebab nak buat puree untuk baby, hubby suruh aku hold dulu. Tak payah beli lagi. Alang2 tunggu 1hb Oktober baru bagi baby makan katanya. Reason?? Bulan baru. Ha, yang ni lagi TAHPAPE! hahaha..

Dalam takut2 tu aku boleh la pulak TERbeli ready made puree untuk si tecik tu. Hehe..Ingatkan nak buat sendiri puree tu tapi blender takdak. Macam mana nak buat puree kan?? Ngeeee..  So, first solid food si tecik tu aku pilih HEINZ perisa parsnip + lobak merah + keledek.


Excited sungguh si tecik tu mamam. Tak cukup pulak tuh. Dah bagi 2 sudu besar tapi nangis2 lagi jadi nak tak nak terpaksa tambah lagi. Kuat makan betul la budak ni. Macam daddynye lah tu.. Hahaha.. 1 botol tu aku bagi 3 hari. Sehari sekali je makan. Then bila dah habis aku beli lagi. Tapi kali ni perisa lain pulak. Labu + Jagung manis.


Ha, yang ni lagi la tak cukup!! 3 kali aku tambah baru la dia tak menangis. Hubby cakap maybe dia suka jagung kot. Aku fikir2 balik, betul la memang dia suka jagung sebab masa mengandung dulu aku suka sangat makan jagung. Jagung rebus, jagung bakar semua aku suka. Hehe.

Setakat ni tu jela yang si tecik tu makan. Aku berazam weekend ni aku nak beli blender. Nak buat puree untuk dia. Baru la berkhasiat sikit dan yang paling best boleh variety. Tak sabarnye nak tunggu weekend. :) :)

Tuesday 17 September 2013

Pelat..

Sebelum kahwin lagi, aku & hubby memang suka cakap pelat macam budak2 kecik. Konon2 manja lettew. SILA MUNTAH. haha.. Lama2 dah terbiasa pulak cakap pelat macam tu. Sekarang ni cakap kat anak pulak. Orang kata tak bagus cakap pelat kat anak2 especially baby sebab takut dah besar sok dia  pelat. Tapi tak boleh la, dah terbiasa. Hehe.. Harap2 si tecik tu la pelat bila dah pandai cakap nanti.

Ni antara perkataan2 yang sengaja dipelatkan bila cakap ngan baby:
- amam = makan
- ami = mummy
- edi = daddy
- tito / bombom = tido
- cucu = susu
- adi = mandi
- acam = masam
- nantuk = mengantuk
- alan2 = jalan2
- ete = kereta
- awan = kawan
- nanak = taknak
- ikit = sikit
- tacau = kacau
- menan = mainan

Adoyai.. merosakkan bahasa betul. Actually banyak perkataan pelat lagi tapi tu je la yang aku ingat dan biasa guna. Hihihi.. :)


Wednesday 4 September 2013

Bawak si tecik pergi check-up..

Semalam si tecik tu gi check-up. Actually minggu lepas appointment dia, tapi aku tak dapat cuti pulak so terpaksa tangguh 1 minggu. Nasib baik nurse tak marah. Phewww..

Ni first time aku gi check-up si tecik tu berdua je sebab hubby kerja. Lepas hantar hubby gi kerja (kereta hubby rosak) aku terus gi klinik. Awal giler ok. Pukul 7 dah terpacak depan klinik. Klinik pun tak bukak lagi. Haha. Tunggu punya la lama sampai si tecik tu dah hampir2 mengamuk. Akhirnya pukul 7.45 baru bukak. Fuh lega. Dapat la no. 4. Tunggu lagi. Dalam pukul 8 lebih baru la sampai turn aku. Procedure biasa - timbang berat & ukur tinggi. Naik 400 gram je. Huhu..

Then tunggu lagi untuk jumpa nurse pulak. Tangan aku dah mula lenguh dukung si tecik yang takmo duduk diam ni. Agak2 dia dah boring & penat mula la merengek. Aku bagi dia minum susu sampai tertidur. Lama jugak minah ni tido walaupun bising dengan suara budak2 jerit & menangis. Hehe. Masa dia tido nyenyak ni la  baru nurse nak panggil aku masuk. So tak dapat la check fizikal dia. Lepas tulis apa2 yang patut kat buku pink tu, nurse suruh aku tunggu untuk injection pulak.

Dalam 15 minit lepas keluar dari bilik nurse tu, baru la si tecik tu bangun. Nasib baik tak menangis. Bukak2 mata terus senyum. Pheww.. Tunggu punya tunggu dalam pukul 9 suku baru la nama dipanggil untuk injection. Aku dah tak senang hati ni. Ye la mana la tau si tecik tu melalak bila kena injection & cranky sampai balik. Macam mana aku nak drive ke rumah pengasuh dalam keadaan macam tu? Huhu. Pasrah je la.

Masa masuk bilik untuk injection tu, muka dia happy je. Membebel2 mak nenek dia tu. Hehe. Bila nurse mula cucuk jarum kat peha dia, mata dia bulat sebulat-bulatnya macam terkejut. Then bila nurse tekan masukkan vaksin muka dia dah berkerut2 sikit.  Aku agah2 dia supaya tak menangis. Akhirnya after nurse tarik jarum keluar, dia senyum dan tak menangis!!! Amazing!! First time tak menangis masa injection. Good girl. Tapi kan, aku pulak yang terkejut dia tak menangis. Hahaha. Maka kami pun pulang dengan hati yang gembira. Hehe.

On the way ke rumah pengasuh dia senyap je main2 tangan & membebel sorang2. Aku takleh nak cakap2 dengan dia sangat sebab tengah fokus drive. Nak cepat masuk ofis punya pasal. Hehe. Lepas hantar dia aku pun memecut ke ofis. Sampai ofis pukul 10.30. Nasib baik bos tak masuk lagi. Fuh.. lega.

Sekian cerita pasal semalam. Saja je nak cerita pasal experience aku gi klinik dengan si tecik tu. Hehe.

Ok bai. :)



Monday 2 September 2013

Soal anak..

Bila cakap pasal soal anak/zuriat, aku memang agak sensitif sikit. Sebagai seorang yang pernah bergelar TTCian, aku memang tak suka & menyampah dengan orang yang asyik2 tanya pasal anak. Macam dah takde soalan lain lagi nak tanya. Dah terang2 nampak perut orang tu tak besar or takde ciri2 mengandung lagi mau tanya "Dah ada ke?" "Bila nak ada anak?" "Eh, takde lagi ke?Lama kan dah kawin?"

Ishh..serious aku benci dengan soalan tu. Cuba la faham sikit soal anak adalah paling sensitif bagi orang2 yang dah berkahwin. Kalau macam tak nampak perut orang tu membesar, so tak payah nak sibuk2 tanya ada lagi ke tak.

Lagi satu, setiap pasangan yang dah kahwin mestilah nak anak. Cuma rezeki belum menyebelahi mereka sebab tu la takde anak lagi. Janganlah tanya macam2 soalan seolah2 orang tu sengaja tak nak anak. Kita tak tahu masalah orang. Mana la tau orang tu dah berusaha macam2 tapi masih tak dapat zuriat lagi. Then bila orang tanya soal anak, tak ke tension? So tolong la jaga sikit perasaan orang lain. Yer..memang tak salah kalau sekadar nak bertanya. Lagipun aku tau memang manusia ni mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi pasal hal orang lain tapi in proper way la. Berhati-hati bila bertanya.

Aku ingat dulu masa tu aku baru 6 bulan berkahwin. Balik kampung hubby, ada nenek sedara hubby tanya, "Eh, takde lagi ke?Rasanya dah lama kahwin kan?" . Muka aku dah berubah malu masa tu. Tetiba anak dia menyampuk "Alah..baru lagi. Honeymoon puas2 dulu la kan" Fuhh..nasib baik anak dia memahami perasaan aku. Aku hanya mampu senyum je.

Masa wedding cousin hubby pun aku & hubby terkena lagi dengan soalan tak masuk akal. Ada ke pakcik hubby cakap, "Ha..kita tengok siapa yang dapat anak dulu. A (cousin hubby) atau M (hubby). Korang berlumba la". Hoi..sesuka hati je nak suruh orang berlumba2 dapat anak. Ingat ni race ape?? Tension betul masa tu.

Itu pengalaman aku masa takde anak dulu. Sekarang ni dah ada anak pun orang still nak pertikaikan soal anak. Baru2 ni, ade la sorang makcik ni datang beraya kat rumah mak aku,

"Eh ni anak siapa ni Mak Usu (nama panggilan mak aku)?"
"Anak si R (aku) la"
"Eh..bila lahirnya ni? Tak tahu pun? Senyap2 je eh"
"Lahh..buat apa nak bising2. Senyap2 dah la. Hehe"
"Perempuan ke lelaki ni? (Si tecik tu kan botak so orang tak dapat agak dia boy or girl.hehe)"
"Perempuan..."
"La..perempuan lagi.. (Ketiga2 anak kakak aku semuanya perempuan). Bila la Mak Usu ni nak dapat cucu lelaki pulak"
"Mak Usu tak kisah perempuan atau lelaki asalkan sihat"

Perghhh.. aku yang dengar dalam bilik ni rasa berapi je dengan ayat makcik tu. Boleh la pulak dia mempersoalkan gender cucu2 mak aku. Salah ke kalau semua cucu mak aku perempuan? Dulu masa aku belum beranak sibuk2 tanya kenapa aku takde anak lagi. Sekarang ni dah ada anak sibuk2 nak persoalkan gender anak aku pulak. Ada jugak manusia macam tu ek.

Aku betul2 respek ngan mak aku. Cool je dia jawab soalan makcik tu. Yang paling cool dia cakap macam ni, "Anak perempuan ramai takpe. Senang dah besar nanti. Nak2 time kenduri. Ramai yang menolong". Hehe..Terbaik la mak aku nih..

Aku rasa bila si tecik tu dah masuk setahun, mesti ada orang tanya lagi soal anak. "Bila nak tambah?". Sigh..