Sebelum kahwin lagi, aku & hubby memang suka cakap pelat macam budak2 kecik. Konon2 manja lettew. SILA MUNTAH. haha.. Lama2 dah terbiasa pulak cakap pelat macam tu. Sekarang ni cakap kat anak pulak. Orang kata tak bagus cakap pelat kat anak2 especially baby sebab takut dah besar sok dia pelat. Tapi tak boleh la, dah terbiasa. Hehe.. Harap2 si tecik tu la pelat bila dah pandai cakap nanti.
Ni antara perkataan2 yang sengaja dipelatkan bila cakap ngan baby:
- amam = makan
- ami = mummy
- edi = daddy
- tito / bombom = tido
- cucu = susu
- adi = mandi
- acam = masam
- nantuk = mengantuk
- alan2 = jalan2
- ete = kereta
- awan = kawan
- nanak = taknak
- ikit = sikit
- tacau = kacau
- menan = mainan
Adoyai.. merosakkan bahasa betul. Actually banyak perkataan pelat lagi tapi tu je la yang aku ingat dan biasa guna. Hihihi.. :)
No comments:
Post a Comment