"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Monday 30 April 2012

MC tipu..

Hari selasa lepas aku MC bukan sebab sakit tp ada misi nk buat...so kira MC tipu la..hehe..then after settle keje tuh, rasa boring la plak..hubby tido lagi coz keje mlm..so aku pun masak la ape yg ade dlm peti ais..masak simple jek asalkan kenyang..so, layan...

IKAN TILAPIA 3 RASA

Bahan-bahan:
1.       Ikan tilapia digaul bersama kunyit, garam dan sedikit tepung jagung.
2.       Tomato – 1 biji
3.       Bawang putih – 4 biji (dicincang)
4.       Bawang besar – 1 biji (dicincang)
5.       Lada merah – 1 biji (dicincang)
6.       Halia –  2 inci (dihiris halus)
7.       Sos tiram
8.       Sos tomato
9.       Sos cili

Cara-cara:
1.       Goreng ikan talipia sehingga garing dan ketepikan.
2.       Tumis bawang putih dan halia sehingga garing.
3.       Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, bawang besar, lada merah.
4.       Masukkan tomato dan masak sehingga rata.
5.       Curahkan ke ikan tilapia yang telah digoreng tadi.
6.       Siap.

IKAN TILAPIA 3 RASA

AYAM SOS TIRAM
Bahan-bahan:
1.       Dada ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam.
2.       Bawang putih – 3 ulas (ditumbuk)
3.       Bawang besar – 1 biji (dihiris kasar)
4.       Halia – 1 inci (ditumbuk)
5.       Sos Tiram – 3 sudu
6.       Kicap pekat – 1 sudu
7.       Cili api – 3 biji

Cara-cara:
1.       Tumis bawang putih & halia yang telah ditumbuk sehingga garing.
2.       Masukkan ayam dan kacau-kacau sehingga masak.
3.       Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Gaul sehingga rata.
4.       Masukkan cili api dan bawang besar.
5.       Siap.

AYAM SOS TIRAM



Friday 20 April 2012

Syukur...

Hari Jumaat yang sangat2 indah..Syukur diberikan nikmat untuk terus bernafas di bumi Allah..Semoga mendapat berkat & rahmat dariNya..

Diam x diam dah hmpir seminggu since aku gi klinik homeopathy tuh..dan dah hampir seminggu jugak la aku makan ubat yang doc tu bagi (actually aku makan ubat tu lewat sehari since gi klinik tu)...dan HASILnya...syukur sangat2...so far ok la even masa mula-mula mkn ubat tu rasa musykil tp alhamdulilah dah nampak perubahan on both of us..malam tadi pun hubby ckp if aku tak berjaya pregnant pun dia still nak teruskan rawatan dgn homeopathy ni..hopefully ade la gud news before anniversary kami nanti..InsyaAllah....

Monday 16 April 2012

Homeopathy..

Cycle kali ni aku nk try cara lain pulak - rawatan homeopathy..aku tau perubatan cara ni pun dari forum2 yg aku baca kt internet..so far hasilnya kira ok la tp ape pun semuanya dtg dari Allah.kita cuma berusaha..so last 2 weeks aku pun suggest kat hubby utk gi buat rawatan ni pulak.mula2 die mcm xnak gi coz x yakin.lbh2 lagi die pun x pernah dgr ape perubatan homeopathy ni..tp lps aku terangkan satu2 baru la die setuju dan perkataan yg buat die terus setuju tu ialah..USAHA..hehe..tu jela cara aku convince die..senang kan.
After survey2 aku pun decide gi buat rawatan homeopathy ni kat pkns shah alam..Ha, actly ada byk registered homeopathy kat Selabgor ni..so blh pilih je mane2 tmpt yg dekat..Hari sabtu hari tuh after blk dari keje terus gi sana..dgn semangat berkobar2.actly aku pilih tmpt ni pun sbb smbil menyelam minum air...blh shopping2 tdung after habis treatment..haha..tp malangnye bila dah smpai tmpt tu tgk2 kosong..rupa2nya dh pindah kat seksyen 7..haha..padan la muka aku sape suruh tak baca website tu btl2..tp misi tetap diteruskan & sblm gi kat seksyen 7 tu smpat la aku merembat 1 tudung..hehe..shopping ttp shopping..
Ok.at last smpai jugak tmpt yg ditujui.x ramai patient.ada 2 org je.fuh.. nasib baik..masuk2 bilik doc tu muka masing2 nervous maklumlah 1st time gi klinik utk check kesuburan..nasib baik doc tu byk bercerita..so xdela takut sgt..hehe..dlm 1/2 jam jugakla kat dalam bilik doc tu dgr die bercerita..ye aku ulang lg, dgr die bercerita..x ade check ape2 juz  borak2..after dgr die bercerita tu, die pun suruh amik ubat..ermm..pelik gak.die x check ape2 pun tb2 suh kuar n amik ubat..ermm..mula la aku ni nk fikir -ve jek..tp x nak la bersangka buruk kan..so aku ckp ngn hubby, mybe sbb kte xsmpai 1 thn kwin lg kot..ok..ubat yg doc tu bg pun pelik gak la..ade 4 ubat sume skali..1) liquid - titis 15 titik dlm 500ml air 2) pil - hisap/kemam..mkn ubat tu kena step by step dats y kat setiap ubat tu ade tulis 1,2,3..ermm..x pe la..yg penting aku dah USAHA..yg selebihnya kerja Allah..yg aku mampu buat yakin & berdoa byk moga usaha aku n hubby kali ni berjaya...amin ya rabbil alamin...

Tuesday 10 April 2012

Aku redha..

Cycle kali ni x berjaya lg..nampaknya x ada la baby 2012..huhu..x pe la..aku terima dengan redha..mgkin Allah merancang sesuatu yg lbh baik lps ni..tp period kali ni sangat2 berbeza..aku dapat kawal emosi dgn baik & jayanya x mcm selalu - emo + stress + nk marah2 jek..syukur alhamdulilah blh berfikir secara positif & x buruk sangka ngn Allah...lpas ni aku kena berusaha bsungguh2 lg..next step is homeopathy..moga2 Allah memberi rezeki melalui cara ini..amin ya rab bil alamin..permudahkanlah urusan hambaMu yg lemah ini Ya Allah..

Saturday 7 April 2012

Yakin pada Allah...


Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan,
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, 
Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit,
Air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, 
Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, 
Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…

Semoga kata-kata ni menjadikan aku lebih tabah & redha dengan ketentuan Allah dlm mengharungi segala ujian untuk mendapatkan zuriat...amin..

Friday 6 April 2012

Musibah..

Pagi ni aku  terbaca 1 post dari Ustazah Siti Nor Bahyah mengenai musibah yg melanda kita..Kata-kata ini telah byak menyedarkan aku yg sedang ber'TTC' ni..

Duhai sahabatku sekelian yg dikasihi selalu.
Jangan sesekali kita mengubah kebiasaan hidup apabila ditimpa musibah seperti tidakmahu makan, tidak menjaga kebersihan diri, tidak mandi, tidak tidur, tidak menyikat rambut, tidak merapikan misai dan janggut. Kononnya, terlalu sedih dan susah hati.. sebenarnya itu adalah satu protes terhadap Allah yang menurunkan musibah itu untuk menguji hamba2 yang dikasihiNYA..Musibah itu sebenarnya ialah kayu pengukur yang boleh menilai sehampir mana hubungan kita dengan Allah.Jika hati kita tenteram, sabar dan redha dengan musibah,itu adalah petanda hati kita telah ada rasa cinta pada Allah. Sebaliknya jika hati kita merasa marah, kecewa dan putus asa dengan musibah,itu petanda hati kita jauh daripada Allah.Oleh itu sahabatku sekelian, apabila ditimpa musibah, segeralah kita semua bertaubat dan kembali kepada Allah.

Ya Allah..jauhilah aku dari perasaan kecewa, sedih & susah hati apabila tidak dikurniakan zuriat lg Ya Allah..Jadikanlah aku orang yg redha dgn ketentuanMu..Sesungguhnya Engkaulah sebaik2 perancang..

Thursday 5 April 2012

Ikan goreng cili api + sup sayur

Blk keje xlarat nk masak..bukak2 peti sejuk nmpk ikan (xtau ape nama die..haha)..mula2 ingat nk masak kari asam tp bile pikir2 blk mcm xbest jek..plus, tgk ikan tuh mcm x sesuai je nak masak kari asam..so tukar fikiran..goreng jek..tp tgk mcm plain je..so cmpak2 cili api & bawang bg penambah rasa..haha..hentam je la labu...asalkan sedap (sedap ke??) sedap sgt hokai...tp x tau nk letak nama ape..hentam jela..hehe..

ikan goreng cili api
bahan-bahan:
  1. ikan (x tau nama die ape..) - 3 ekor
  2. cili api - 5 biji
  3. bwang putih - 3 ulas
  4. halia - 1/2  inci
  5. asam keping - 1keping
  6. garam (secukup rasa)
  7. gula (secukup rasa)
cara masak:
  1. goreng ikan terlebih dahulu..tp jgn goreng smpai garing..(ikut citarasa sendiri)
  2. tumbuk cili api + bwang  putih + halia
  3. masukkan bahan tumbuk td & tumis smpai garing + wangi
  4. masukkan gula + garam secukup rasa + asam keping
  5. masukkan ikan & kacau2 hingga rata
  6. siap utk dimakan...







sup sayur simple
bahan-bahan:
  1. carrot, baby corn, cendawan tiram - nk letak sayur ape2 pun blh..sy letak ni je coz ni je yg ada dlm peti sejuk..
  2. bwang putih - 2 ulas (hiris)
  3. bwang merah - 1 ulas (hiris)
  4. ikan bilis - 6 ekor
  5. air - 3 gelas
  6. garam - secukup rasa
  7. daun bawang 
cara masak:
  1. tumis bwang putih + bwang merah + ikan bilis smpai wangi
  2. masukkan air
  3. masukkan carrot & masak smpai agak2 lembut
  4. masukkan cendawan tiram + baby corn
  5. masukkan garam secukup rasa
  6. bila dah masak, tabur daun bawang
  7. siap

Tuesday 3 April 2012

don't judge a book by it's cover...

Segarnya bgn pg ni.dhla tdo awal kul 9.00pm then bgn pun lmbat kul 6.30am coz x payah masak..mlm td dh siap2 masak utk hubby yg br blk dr keje mlm..lauk ni nmpk je mcm xsedap tp sangat sedap hokaii...mkn lauk ni je pun dh ckup.xyah lauk lain..ni la resepinye..simple & marvellous...


AYAM BLACK PEPPER
Bahan-bahan:
  1. Ayam - 10 ketul (digoreng)
  2. Bawang putih - 10 ulas 
  3. Bawang merah - 3 ulas  
  4. Halia - 2 inci  
  5. Lada hitam  - 2 sudu (tumbuk kasar)
  6. Sos lada hitam - 1 sudu
  7. Bawang holand - 1 biji 
  8. Kicap manis (agak2 ler nk letak byk mana)
  9. Gula - 1/2 sudu 
Cara-cara:
  1. Bawang putih, bawang merah, halia diblender. Tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan lada hitam, sos lada hitam, kicap manis & gula.
  3. Masukkan ayam & bawang holand yg dihiris kasar.
  4. Kacau2 sehingga rata.
  5. Siap..!!