"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Thursday 23 October 2014

Isomil forever...

Memandangkan si tecik takmo minum susu Friso macam yang aku cerita kat sini dulu, maka aku pun gigih la request sample susu-susu formula yang lain. Actually sample susu dah lama sampai tapi baru last week aku try bagi kat si tecik. Firstly, aku try S-26 dulu. Seperti yang aku jangkakan, baru je minum sikit terus dia cabut botol susu dari mulut dan menangis! Nananakkkk... nanakkkkk.. Aku pun amik la botol susu tu dan pretend letak susu Isomil pastu bagi balik kat dia. Tengok-tengok lagi melalak. Macam fobia je dia tengok botol susu tu. Hahaha. Ok. S-26 reject!! Next.... sample Sustagen pulak.

Sepatutnya aku nak try bagi this week tapi tah la, aku macam dah patah hati nak try susu lain. Lagi pulak aku tengok label pek sample tu tulis perisa vanilla. Ermmm... dah sah-sah la si tecik reject sebab dia memang tak suka perisa vanilla. Ice cream perisa vanilla pun taknak. Rugi betul la sebab ice-cream vanilla la favourite mummy. Hihihihi.

Eh, lupa pulak nak cerita. Last month aku ada gak try bagi susu Dutch Lady untuk umur setahun ke atas. Aku confident dia nak minum susu tu sebab perisa coklat, so aku beli la 1 kg pek.  Rambang mata sebab MURAH weihhh. 1 kg = RM22++. Mana tak terus rembat 1 kg. Hahaha. Sekali si tecik taknak jugak daaaa. Hamek kau. Sampai sekarang susu tu ada lagi. Ingat nak sedekah kat orang tapi anak-anak kawan aku takde yang minum Dutch Lady. So, biar jelah dalam peti ais tuh. Dah expired nanti baru buang. Adoiiii..

Ermmmm.. nampaknya sampai bila-bila la minum Isomil. Takde harapan langsung nak tukar susu lain. Huhuhu..


Wednesday 15 October 2014

Perbelanjaan bulanan - Groceries..

Ok.. last entry aku ade buat list untuk perbelanjaan bulanan kecuali part groceries. Now, aku nak share pulak list untuk groceries. Macam yang aku inform dulu, biasanya aku shopping di Mydin tapi kali ni try shopping di Econsave pulak. Nak tengok ketara tak perbezaan harga dua-dua tempat ni.

List kat bawah ni hanyalah barang yang sama je tau. Actually banyak lagi barang yang aku beli hari tu. Tapi just nak compare harga barang yang sama je. Column pertama tuh harga barang kat Tesco. Aku refer online je. Senang. Hehe. Saje-saje letak sebab kadang-kadang aku shopping gak kat Tesco.

No
Items
Price (TESCO)
Price (MYDIN)
Price (ECONSAVE)

Milo 2in1 - 20pcs
14.45
12.89
12.35

Tea uncang - Lipton - 20 pcs
2.59
2.59
2.55

Cordial - Sunquik
10.79
9.99
9.95
2
Bihun
6.38
3.90
5.40

Spagetti - Kimball
3.20
3.20
3.20

Macaroni - Prego
2.75
2.75
2.75

Sos spageti - Kimball
3.99
3.95
3.55
2
Megi kari
7.38
7.38
7.18

Sos cili - Life
3.39
3.30
3.30

Sos tiram - Adabi (B)
5.39
4.20
4.80

Kicap - Jalen (B)
5.25
5.40
5.25
4
Rempah sup - Adabi
3.16
3.80
4.00

Tomyam paste - Knorr
2.99
2.75
2.75

Chicken stock - Knorr
2.99
2.75
2.75
5kg
Beras - Jasmine
12.90
12.90
12.90
M
Minyak - Seri Murni
6.25
6.25
6.25

Tepung
1.35
2.19
2.25

Nugget tempura - Ayamas
13.13
11.89
9.95
108.33
102.08
101.13


Ermm.. takde la banyak beza pun. Lebih kurang je harganya. Cuma yang bezanya ialah environment. Econsave ni macam tak teratur sangat barang-barangnya. Crowded sangat. Sana sini ada barang sampai kan tempat beratur nak bayar kat kaunter pun ada barang. Bersesak-sesaklah beratur bila ramai orang. Eh, tapi tu Econsave kat tempat aku lah. Kat tempat lain tak taulah macam mana kan. Apa-apa pun aku lebih suka shopping di Mydin. Ngeeeeeee..


Tuesday 14 October 2014

Miyamma...

Si tecik suka sangat-sangat dengan kucing. Kalau nampak kucing, habislah kucing tu dikerjakannya. Tarik-tarik bulu, cucuk mata, dan yang terbaru gigit kaki kucing. Huhu. Aku ingatkan dia just pegang kaki kucing tu, tengok-tengok dia amik masuk mulut. Nasib baik la aku nampak dan terus jerit "Adikkkkkkk...". Nak tau apa respon die? Sengih-sengih. Hadoi anakkk. Geram sangat kat kucing sampai nak gigit.

Si tecik jumpa kucing hanya kat rumah pengasuh dan rumah mak aku je. Walaupun si tecik suka dengan kucing, tapi aku tak terfikir pun nak bela sebab aku bab-bab maintenance ni memang fail. Hehehe. Kalau ada pun kucing-kucing jiran je. Tu pun si tecik tu meroyan bila nampak kucing kat luar rumah. Terjerit-jerit kat pintu. Satu taman boleh dengar suara dia. Hahaha. Obses sungguh. Pernah sekali tuh kucing siapa tah masuk dalam rumah, kemain suka lagi si tecik. Kesian kucing tu kena buli. Last-last tak tahan, terus kucing tu keluar. Huhuhu.

Kalau nak tau, si tecik panggil kucing "miyamma". Hahaha. Jauh beno dengan sebutan kucing kan? Hahaha. Actually, aku yang ajar dia panggil kucing "meow". Ni dah pandai cakap sikit-sikit, so dia sebutlah "meow" tapi jadi "miyamar". Hahahahaha. Lawak betul la. Kadang aku suka tanya dia "Ni ape dik?". Pastu nanti dia cakaplah "miyammmaaaa". Kalau malas nak sebut panjang, dia akan sebut "maa". Dah macam panggil mummy la pulak. Huhuhu. Untuk pengetahuan semua, si tecik ni sampai sekarang tak reti sebut mummy. Kalau panggil mummy dia akan sebut "maa..maa". Tapiii kalau panggil daddy pandai pulak. Huhuhu.

Last week balik rumah mak aku. Kat rumah mak aku memang banyak kucing. Happy betul budak bertuah tu sampai tak tido siang. Asyik main dengan kucing je. Aku risau gak kot-kot alahan ke. Harap-harap takde lah.

Ni kucing favourite dia sebab kucing ni tak melawan kalau kena buli dengan syarat, bagi je makan. Hahaha.




Tuesday 7 October 2014

Hari Raya Haji 2014..

Selamat Hari Raya Haji.. Hehehe.

Tahun ni turn beraya di rumah mil. Kebiasaannya macam tu la. Kalau raya puasa beraya di rumah mak aku, then raya haji pulak kat rumah mil. Gilir-gilir. Hehe. Kali ni raya haji lama sikit la dari tahun-tahun lepas sebab Isnin tu cuti ganti kan. Actually company aku tak cuti pun. So terpaksa la amik leave. Huhu. Maka, leave aku sekarang tinggal negative 3 hari. Yer negative sebab dah terlebih annual leave tapi office takmo tolak gaji, dia tolak cuti next year. Adoiiii..

Kami balik rumah mil hari Sabtu malam, selepas settle semua apa-apa yang patut. Sempat la shopping barang dapur. Lagipun hubby kerja Sabtu tu. Tengah hari baru abis kerja. Sampai je rumah mil tengok-tengok juadah raya semua pun dah masak. Mil masak rendang daging, ayam masak merah dan acar mentah. Esoknya baru masak nasi minyak. No ketupat or nasi impit at all. Huwaaaaaaaaaaaa.. nak nangis...!!! Itu la peberet aku bila raya. Tapi dah beraya rumah orang kan. So makan je la apa yang ada. Jangan banyak songeh. Sob..sob..

Raya kat rumah mil bermakna lepak sepanjang hari tengok tv. Memang tu la tradisi turun temurun bak kata hubby. Tak ke mana-mana pun. Tengok tv, makan, tido dan repeat semula sampai la malam. Boring gak la terperap jat rumah je tapi macam aku cakap, raya kat rumah orang so pandai-pandai la sesuaikan diri. Huhuhu. Si tecik toksah cakap la. Merengek-rengek je bila dah petang sebab bosan. Asyik tunjuk luar rumah je then suruh bukak pintu. Hahaha.

Kami kat rumah mil sampai hari Isnin. Petang dalam pukul 6 baru balik rumah. So itulah cerita raya haji kami tahun ni. Sekian.

Friday 3 October 2014

Perbelanjaan bulanan..

Semalam harga minyak naik. So aku rasa confirm barang-barang akan naik jugak. Adoi. Stressnyaaa...!! Makin tinggi lah kos sara hidup dengan gaji yang seciput ini. Waaa... !!!

Disebabkan gaji masuk hari Selasa lepas, maka aku masih tak berkesempatan untuk shopping barang-barang dapur lagi. Sebenarnya aku lebih suka shopping di Mydin sebab harga memang terjamin murah. Lagipun tiap-tiap awal bulan aku akan balik rumah mak aku yang sememangnya dekat je dengan Mydin, tapi memandangkan aku tak balik rumah mak aku weekend ni dan Mydin kat sini punyalah jauh so terpaksalah shopping di tempat lain je. 

Sebelum shopping barang-barang dapur, aku akan sediakan satu list sebagai panduan supaya tak overbudget dan yang paling penting sekali ialah supaya aku tak lupa. Kalau la tak buat list macam tu, ada je barang yang lupa nak beli. Huhuhu. 

Dalam list tu, aku bahagikan kepada 4 bahagian.
1) Barang dapur
2) Household
3) Barang baby
4) Toileteries

Kebiasaannya, kalau macam tak sempat sangat nak beli semua dalam listing tu, aku akan skip beli groceries part sebab tu yang paling banyak dan ambil masa lama. Ye lah kan, kalau hari bekerja mana la ada masa yang panjang. Sampai rumah dah pukul 7 lebih. Pasaraya pulak pukul 10 dah tutup. So terpaksalah beli masa weekend je.

So, inilah list yang aku buat:

Household
  1. Sabun liquid - Kao attack
  2. Sabun serbuk - Daia
  3. Softener - Downy
  4. Sabun pinggan - Glo
  5. Home freshner - Ambi pur
  6. Ubat nyamuk - Jumbo liquid
  7. Plastik sampah
Barang baby
  1. Diapers - Hey baby / Drypers
  2. Susu - Isomil
  3. Toileteries
Additional: Baju tido, towel, botol susu.

Toileteries
  1. Ubat gigi - Fresh&White
  2. Mandian - Lifebouy
  3. Facial wash - Safi
  4. Krim - Safi
  5. Syampu - Head&Shoulders
  6. Deodorant
  7. Pad
Hari rabu lepas aku dah beli semua dalam list ni kecuali susu dan diapers si tecik. Hanya dapat beli 1 pek je Hey Baby sebab dah habis stok. Susu pulak memang takkan beli la kalau harga setin RM74. Huhu. Beli kat Speedmart je lah sebab murah sikit tapi takde lah murah sangat pun. Cuma kurang RM2 setin. Jadilah kan, RM2 pun duit gak. Hihihi.

Total perbelanjaan pada hari itu ialah RM 207.50 which is overbudget sikit la for barang baby sebab ada beli barang additional, costly RM 80.00. Tapi masih ok lagi sebab barang additional tuh bukannya setiap bulan beli pun. Hihihi.

  1. Household   RM 49.40
  2. Barang baby RM 111.00
  3. Toileteries RM 47.10 
Now, tinggal susu dan 1 pek diapers je tak beli lagi.
  • Susu RM72 x 3 tin = RM 216
  • Diapers Hey Baby = RM 24
Setiap bulan, bila tengok harga susu tuh rasa macam sesak nafas je. Nak pengsan pun ade. Adehhh..

Next entry, aku nak share listing untuk groceries pulak yer. Tu pun kalau rajin la. Hihihi.