"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Tuesday 28 January 2014

Bubur ayam..

Sebenarnya kan... bila baby berumur 8 bulan, mummy dah boleh bagi makan baby bubur nasi tanpa dikisar halus. Lebih2 lagi bila baby dah ada gigi. Memang sangat2 digalakkan dia belajar mengunyah makanan yang sebegitu.

TAPI Hasya ni budak manja. Aku ada cuba bagi dia bubur nasi tanpa dikisar masa umur dia 9 bulan. Nak tau ape jadi?? Dia boleh pulak buat muka loya dan macam nak termuntah. Macam tercekik pun iye. Adehh. Kalau anak2 orang lain dah boleh makan nasi lembek tapi si tecik ni bubur pun takleh makan lagi. Wajib dikisar halus baru la nak makan. Padahal dah ada gigi 2 batang!! Pernah sekali aku bawakkan bekal bubur kat rumah babysitter. Ermm.. babysitter cakap dia tak nak makan langsung. Kesian pulak aku tengok dia tak makan. So nak tak nak terpaksa la aku blend bubur tu jadi halus. Mungkin belum masanya lagi dia nak accept makanan yang kasar macam tuh.

Sekarang Hasya dah berumur 10 bulan. Alhamdulillah.. berkat kesabaran aku cuba, cuba dan cuba akhirnya Hasya dah boleh makan bubur nasi tanpa dikisar. Senang keje mummy. Habis je masak boleh terus letak dalam tupperware untuk bekalan ke rumah babysitter.

First bubur nasi yang si tecik tu makan ialah bubur + sup ikan siakap. Berselera betul dia makan. No more tercekik, loya etc.. Hihi.. Lepas tu aku buat pulak bubur ayam. Pun dia makan jugak tanpa loya2. Yeay.. !!!

Nak masak bubur nasi senang je cuma kena pandai pelbagaikan. So far favourite Hasya is bubur ayam. Errr.. actually aku pun suka sangat2. Siap masak extra untuk aku bawak bekal gi keje. Ngeeee..

Bubur ayam
Bahan-bahan:
1. Dada ayam - 1 ketul
2. Bawang merah - 2 ulas
3. Bawang putih - 1 ulas
4. Daun sup
5. Beras - segenggam
6. Olive oil
7. Halia

Cara-cara:
1. Masukkan beras, air, halia, ayam (tak perlu dipotong2 kecik) dalam periuk. Air tu agak-agak la yer banyak mana. Masak sampai jadi bubur.
2. Sementara tu, goreng bawang putih & bawang kecil yang telah dihiris halus dgn menggunakan olive oil.
3. Bila ayam dah betul2 masak, carik-carikkan ayam tadi supaya senang baby nak makan nanti.
4. Masukkan bawang goreng, ayam & daun sup yang dihiris halus ke dalam bubur.
5. Siap untuk dimakan.

Semudah ABC kan??

Resepi yang aku bagi ni simple je. Boleh jugak kalau nak masukkan sayur-sayuran or kentang. Lagi berkhasiat. Semuanya bergantung pada kekreatifan anda.


Monday 27 January 2014

20hb..

20hb Januari iaitu minggu lepas, aku & hubby ambil annual leave. Hantar mak aku pergi KLIA. Alhamdulillah syukur mak dapat gak pergi umrah. Mak tak pergi keseorangan. Abang sulung aku, kakak ipar & anak buah aku pergi sekali. So takde la risau sangat. Ade orang yang boleh tengok-tengokkan kat sana nanti. Hari Jumaat ni mak aku balik. InsyaAllah. Tak sabarnye..

Oh yer.. 20hb Januari jugak si tecik tu genap 10 bulan. Macam biasa la kan. Tiap2 bulan mesti aku update perkembangan umur dia. Aku ni kan pelupa. Kang nak refer balik untuk anak second  nanti tak ingat la pulak. Ehhh..?? Ehem2.

Hasya 10 bulan...
~ sangat suka memanjat
~ dah boleh lepaskan tangan bila berdiri tapi kejap je la
~ masih makan bubur yang dikisar. kalau makan bubur yang tak dikisar confirm termuntah. tapi yang peliknya, nasi boleh pulak makan. ermmmm...
~ dah pandai sebut mummy - "ammmi" & daddy - "ti"
~ suka sangat2 dengan kucing. kalau kita cakap "eh, meow la", cepat2 dia pandang sekeliling cari kucing
~ lately suka pulak isap jari kaki. apakah???
~ susu 5oz sekali minum
~ suka menyepah
~ dah pandai letak handphone kat telinga bila orang cakap "hello..hello"


mulat :P

P/s: Lagi 2 bulan nak setahun. Wink.. wink..

Tuesday 7 January 2014

Puree labu..

Hai.. Selamat hari Selasa.. Pagi ni hujan mencurah2. Sejuk je. Mood nak keje pun ke laut. Hihi.

Malam tadi kan.. Aku try resepi baru untuk si tecik tu. Puree yang simple dan mudah sangat2. Yang paling penting SEDAP. Seriously memang sedap. Lagi satu, tak ambil masa berjam2 untuk sediakannya. Puree ni aku namakan PUREE LABU BILIS. Hahaha. Hentam sajalah labu..

Bahan-bahan:
1. Labu 1/4 biji
2. Ikan bilis senggenggam
3. Bawang putih 1 ulas
4. Bawan merah 2 biji
5. Olive oil

Cara-cara:
1. Hiris bawang putih & bawang merah. Goreng sehingga garing sedikit tapi takde la sampai hangus yer puan2.. hehe
2. Goreng ikan bilis. Agak2 dah kekuningan angkat ler.
3. Rebus labu sehingga empuk.
4. Blendkan labu, bawang & ikan bilis yang dah digoreng tadi.
5. Siap!!

Haaaa.. Simple kan?? Hari2 makan bubur boring gak. So sebab tu la aku selang2 dengan puree. Si tecik pun sukaaa sangat2.

Puree labu bilis untuk bekalan di rumah bs

Yummy..!!


Friday 3 January 2014

Tahun baru..

Salam Jumaat...

Alhamdulillah...dah masuk tahun baru. Semoga rezeki kami sekeluarga bertambah, diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan sepanjang tahun 2014 ni. Amin..

Azam baru aku tahun ni ada satu je iaitu.................

SABAR.

Sabar dengan karenah anak, suami, MIL, bos, orang2 yang annoying dan sebagainya.

:) :) :)