"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Thursday 27 June 2013

Ayam masak sos tiram (version nak cepat)..

Minggu ni je dah 2x masak ayam masak sos tiram ni.hubby yang request sebab sedap katanya *kembang hidungku yang sudah sedia kembang ni*.kikiki..resepi yang simple & mudah sesangat.15 minit dah siap! since ade baby ni kalau nak masak kena la yang simple2.mane taknye..baru je nak tumis bawang, baby dah uweekk uweekk nak tido.terpaksa la tidokan dia dulu.kalau tak nanti merajuk pulak si bambam tuh.lagi susah! lagi satu kalau nak masak semuanya kena cepat2 sebelum dia meragam.ha, sebab tu la masakan yang aku masak ni main campak2 je.tak banyak bahan2.maklum la version nak cepat..hehe..

ok la..malas nak membebel2 lagi.nah amik resepi campak2 ni..

Bahan-bahan:
1. Ayam - potong kecik2 (untuk 2 org makan)
2. Sos tiram - 3 sudu
3. Bawang putih - 3 ulas
4. Bawang merah - 2 ulas
5. Bawang besar - 1/2 biji
6. Halia - 1/2 inci
7. Lada hijau & merah - 1 batang (kalau letak capsicum pun lagi sedap)
8. Carrot - 1 batang (boleh tambah sayur2 lain kalau nak)
9. Air
10. Gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih, bawang merah & halia.
2. Masukkan ayam & sedikit air. Biar sampai ayam separuh masak, lepas tu masukkan carrot & sos tiram.
3. Masukkan Lada hijau, lada merah & bawang besar.
4. Perasakan dengan sedikit gula.
5. Siap!

Semudah ABC kan?? kikiki..

Tapi malangnye tak sempat nak snap photo baby dah nangis.huhu..so takde la gambarnye ye..huhu..

Monday 24 June 2013

Weekend & jerebu..

Weekend lepas duduk rumah je.keadaan jerebu yang makin teruk sekarang ni better duduk rumah.kalau keluar kang takut pulak papehal jadi kat baby.aku yang dah tua ni pun boleh pedih2 mata & sakit tekak.ni kan pulak baby kan.sebenarnya seronok jugak duduk rumah.boleh main2 ngan si tecik tu.dah seminggu tak main2 ngan dia.mana taknye.hantar rumah BS seawal pagi then jemput dia dah lewat petang.balik rumah je dia terus nangis2 nak tido.bila la masanya nak gentel2..hehe..

Sepanjang 2 hari kat rumah, aku perasan something.Hasya dah boleh meniarap! tapi tu la..meniarap memang pandai tapi malas nak angkat kepala.berat sangat agaknya pipi..hahaha..

macam ni je la position Hasya masa meniarap.statik je..
mata terkebil2 & air liur meleleh2 keluar..
agak2 dah bosan, menangis..hehe..

Ha, ni lagi satu kebolehan Hasya..

leka sangat2 isap tangan sampai baju basah ngan air liur!

dan lagi satu..kuat menjerit!!! tapi takde video la nak tunjuk.nanti2 la aku upload..dia punye jerit fuuuhhhh..satu taman boleh dengar..nak2 kalau die tengah marah lagi kuat bunyinya..hehe..tapi pape pun comel sangat2..ni yang buat aku tak sabar nak tunggu another weekend..

:) :) :)



Thursday 20 June 2013

3 month old..


Syukur Alhamdulillah..semoga anak mummy & daddy membesar bagai juara! yeay!!!

Hasya's development:-
~ dah boleh angkat kepala beberapa minit
~ cuba2 untuk masuk tangan dalam mulut
~ pantang dgr suara mummy sket.mesti merengek nak susu.. :)
~ kuat menjerit.bile dah penat jerit mula la nangis
~ suka mengiring badan nak meniarap
~ makin kuat menyusu

Tuesday 18 June 2013

Hanis & Hasya..

Weekend lepas aku balik rumah mak aku.actually plan tak nak balik.tapi mak, adik & anak2 buah aku rindu ngan si tecik Hasya tu.hari2 post kat FB cakap rindu especially adik aku tu.so terpaksa la kitorang balik jugak.lagipun best jugak balik sebab boleh la aku & hubby berjalan sakan.Hasya tinggal ngan nenek kat rumah.hewhewhew..


Ni gambar anak buah aku, Hanis Maisarah dengan Hasya.umur anak buah aku tu 6 tahun & Hasya plak 3 bulan.jauh betul bezanya tapi nampak Hasya besar pulak.hahaha..mok la adik ni.macam dedi.oppss.. :) :) :)

Monday 17 June 2013

Beringatlah wahai suami2 sekalian..

Copy paste dari FB..

kisah buat suami biar reti baser sikit..ingat bini kuli ke hoii

Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"

Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"

Muin : "Hoh, layan suami je?"

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"

"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."

"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"

Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"

Muin : "Ooooo, baru aku tau"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"

"Imgat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."

Wallahualam


:) :) :)

Friday 14 June 2013

2 years 2 weeks 2 days..

Masa genap 2 tahun anniversary ari tu (29 May) tak sempat nak post pape..dah 2 minggu 2 hari baru ade masa nak tulis something.hehe..

Well, pejam celik pejam celik dah 2 tahun perkahwinan kami.rasanya baru je kahwin hari tu.kekeke..tahun ke-2 ni aku & hubby dah semakin matang.no more gaduh2 macam tahun pertama perkahwinan.kalau dulu sket2 nak gaduh.benda kecik pun boleh jadi isu besar.tah pape kan.errr..sebenarnye kan, aku yg selalu cari pasal dulu.merajuk tak tentu pasal.keras kepala.tak nak mengalah..kahkahkah.tapi sekarang ni dah kenal perangai masing2.so takde la nak gaduh2 lagi..lagi satu, mungkin tahun ke-2 ni dah ade anak.so kena la dalam mode mak2.tak boleh childish sangat.lagipun memang tak sempat nak gaduh pun.masa terhad sebab nak jaga & fikirkan hal anak.boleh tak? :P

Pape pun, aku bersyukur sangat2 ade seorang suami macam suami aku tu (erkk.paham tak ayat ni?)..penyayang, bertanggungjawab, caring dan sangat2 memahami & tahan  ngan perangai aku ni.kekeke..untuk tahun ke-2 ni jugak Allah kurniakan aku si tecik yang semakin membesar bagai juara tuh..hehe.rasa makin sempurna hidup ni.Alhamdulillah ya Allah..semoga aku dapat jadi seorang isteri & ibu yang baik kepada mereka.amin..

Happy 2nd Anniversary!!

Thursday 13 June 2013

Nama..

Assalamualaikum semua..

Fuh..busy betul lately.takde masa nak update blog.dah banyak kali type tapi half way je then terus tak jadi publish.kali ni baru ade masa nak type full.. :) :)

Erm..lagi seminggu Hasya dah nak cukup 3 bulan.yeay.so far Hasya membesar dengan sihatnye.berat dah hampir 5 kg.tapi badannye tecik je.berat tulang agaknye.hehe.hubby selalu mengeluh anaknye ittew dah semakin berat sampai lenguh2 tangan dukung.ishhh..baru 5 kg dah lenguh.tahpape..mulutnye dah semakin becok.bercakap sambil jerit.pastu senyum2.comel je.seminggu ni aku perasan dia asyik tengok je tangan & kaki dia gerak2.then angkat kaki tinggi2 & luruskan.tak pun dia angkat tangan ke muka dia.rasanya dia nak masukkan tangan dalam mulut kot tapi tersasar ke muka..hahaha.

Aishh..kalau citer pasal Hasya ni memang takde ending.ada je ragamnye tiap2 hari.terhibur hati bila balik keje walaupun penat giler.hehe.sekarang ni aku la yang hantar & jemput dia dari rumah pengasuh.syukur sangat2 Hasya serasi dengan pengasuhnya.takde la risau macam ni.

Ha, ni nak citer pasal nama pulak.aku ingatkan bila bagi nama ringkas & pendek, senang la orang memanggilnya dgn nama penuh contohnye Hasya or Sofea tapirupanya tak!

Nama asal Putri Hasya Sofea jadi Chacha, Sofi, Coppi, Cupi, Aca, Titew, Tit, Adik, Baby

Banyak betul nama panggilan anak mummy ni.tapi dalam banyak2 nama panggilan tu, takde sorang pun yang panggil Putri.hahaha..

:) :) :)

Monday 3 June 2013

1st time..

3 Jun 2013..hari ni 1st day Hasya tinggal kat rumah pengasuh.1st time jugak Hasya tinggal dengan orang yang bukan family.mummy & daddy sayu je tinggalkan dia pagi tadi.tambah2 lagi bila tengok dia tersengih2..waaaaaa..!! rasa macam takmo gi keje je..tapi ape boleh buat.mummy kena gi keje gak..sobsob..

So far masa pengasuh dukung Hasya tadi nampak macam ok.Hasya pun macam serasi je.tersenyum2.maybe dia ingat nenek dia kot.mana taknye dress up (T-shirt + kain batik), cara pegang & even rumah pengasuh pun sebijik macam rumah nenek kat kampung.tu yang dia ingat nenek kot.hehe..takpe la.harap2 Hasya ok la.tak meragam.dalam hati tak putus2 doa Hasya tak menyusahkan pengasuh.susah mummy & daddy nak cari pengasuh ni dik oi.ni pun nanny yang tolong carikan.Alhamdulillah la jumpa..

Sekarang baru pukul 9 pagi..adoyai..lamanya nak tunggu sampai pukul 6!! tak sabar nak jumpa Hasya..!