"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Wednesday 26 December 2012

Barang2 baby..

Fuhh..legaaaaaa..akhirnya berjaya gak meng'complete'kan barang2 baby..almost 3 bulan shopping baru complete.eh jap2..actually takde la complete mana pun.dalam 90% macam tu la.hehe..barang2 macam stroller, car seat, breastpump semua tu aku plan beli masa dalam pantang nanti..semalam kakak ipar call cakap nak bagi baby cot.alhamdulillah..rezeki baby..barang2 aku masa berpantang nanti insyaAllah beli dalam bulan januari/febuari.part ni senang sket coz aku dah survey awal2.tinggal nak beli je.tu pun thru online.senang.hehe..

Ha, kalau nak tau barang2 baby ni semua aku beli kat 3 tempat je tau..
1) Pureen Warehouse Clearance Sale @ PJ
2) Baby Expo @ Mid Valley
3) Little Whiz

Memang super jimat la beli kat tiga2 tempat ni.SALE SALE SALE..rambang mata.hehe..macam sabtu lepas, aku gi  Little Whiz  .memang berbaloi2..total RM421.70 tapi after discount juz bayar RM351.70 je..yehuu.

Next step, nak cuci semua baju2 baby, sarung bantal + tilam, napkin, etc pulak.tapi skarang ni cuaca tak mengizinkan.mendung & hujan whole day..if cuci kang takut tak kering pulak.lagipun hubby cakap nak handwash.ermmm..alamatnya berjanggut la nak tunggu dia cuci.dia asik bz je lately..takpe la.tengok je la macam mana..hehe..

Ok..ni la list barang2 yang dah complete..

  • Rompers - byk tak terkira :)
  • Baju lengan panjang - 4 pcs
  • Baju lengan pendek - 6 pcs
  • Seluar pendek - 5 pcs
  • Seluar panjang - 5 pcs
  • Booties & mittens - 4 pairs (kena tambah lagi)
  • Sapu tangan - 10 pcs
  • Comforter - 1 pc
  • Receiving blankets - 3 pcs
  • Pillow + bolster - 2 sets
  • Napkin - 12 pcs
  • Diapers - 2 pack (NB), 1 pack (S)
  • Changing mat - 1 pc
  • Detergen - 1 pc
  • Pencuci botol - 1 pc
  • Wet tissue - 4 pack
  • Bath sets - 2 sets
  • Nail clipper - 1 pc
  • Sikat - 1 pc
  • Napkin pins - 5 pcs
  • Barut - 6 pcs (kena tambah lagi)
  • Besen mandi - 1 pc
  • Tilam - 1 pc
  • Hooded blanket - 1 pc
  • Topi - 2 pcs
  • Botol susu - 2 pcs
  • Berus pencuci botol - 1 set

Bila belek2 barang2 ni semua makin tak sabar la pulak tunggu budak tecit ni kuar.. :) :)


Wednesday 19 December 2012

Check-up @ KKIA..

Check-up kali ni tersangatlah TAK BEST..!! just imagine, appointment pukul 10.tapi pukul 1.30 baru nombor aku dipanggil..!! menyirap betul darah aku..kalau aku pergi sorang takpe.ni hubby temankan sekali.kesian dia.dah la baru balik keje malam, tak tido lagi then check-up lambat pulak..tersengguk2 dia menunggu..serius kesian..abis check-up semua dalam pukul 2.sampai rumah lak pukul 3..so dia dapat tido dalam 2 jam je sebelum masuk keje balik.huhu..nampaknya ni la first & last aku ambil appointment pukul 10.lepas ni ambil pukul 8 je.tak pun petang.tak ramai orang.actually memang biasanya appointment aku  pukul 8 tapi hari tu nurse cakap pukul 8 & 9 dah full.so terpaksa la ambil pukul 10 hari ni.fuh..tobat dah nak set appointment pukul 10 lepas ni..

Eh, sori2..geramnye pasal sampai lupa nak update result check-up semalam.hehe..semalam check-up basic je.berat 51.2 kg (cepat betul naik even makan macam biasa je)..darah pun tak ambil.so tak dapatlah nak tengok result HB macam mane.huhu.beria2 aku jaga makan selama 2 minggu ni sebab nak bagi result HB cantik, tup2 takde check pulak.adoyai..!! kena tunggu 2 minggu lagi la nampaknye..

Mulai hari ni aku dah kena kira pergerakan baby.dari pukul 9 pagi sampai 9 malam.baby kena gerak at least 10 kali.kalau kurang dari tu kena jumpa doc cepat2.jenuh la aku nak mengira gerakan baby lepas ni..dah la asik lupa je.hehe..maybe baru start kot.lama2 nanti biasalah tu..

Ermm..ape lagi ek?ha, result scan pulak..EDD dah berubah jadi 10/3/13.makin cepat pulak..berat baby 1.2 kg.doc cakap it's normal.kedudukan baby cephalic which is kepala kat bawah.then doc cakap kedudukan baby masih tinggi lagi.

Setakat ni tu je la update check-up untuk kali ni.next appointment 2 januari 2013.dah masuk tahun baru.yeay..!!


Thursday 13 December 2012

27 weeks..

Aktifnya baby pagi ni.agaknya dia tau kot mummy dia ni rindu ngan dia..kalau boleh hari2 nak scan skodeng baby tgh buat apa.hehe..next scan lambat lagi la pulak.30 dec ni.nasib baik ada soft copy photo scan haritu.dapat la lepaskan rindu kat baby mucuk mummy & daddy ni.. :)

Baby @ 24 weeks
Tgk la tuh baby mummy & daddy nih.nakal betul.siap jelir lidah lagi.
Gerammmmmmmm sangat2 sebab COMEL.hehe..mana la mummy tak rindu..

Wah..sedar tak sedar dah masuk 3rd trimester dah..another 13 weeks @ 3 months++ to go.patut la pagi ni rasa loya semacam.rupanya dah masuk fasa lain.perut pun rasa tak selesa je.mengeras & tetiba nampak besar semacam..baby buat apa dalam ni agaknya sampai perut mummy jadi macam ni??ngeee...

Saturday 8 December 2012

Panduan Pemakanan Utk Pencegahan Anemia..

Info yg berguna khas untuk ibu2 mengandung yang rendah HB..macam aku ni.hik2..

  1. Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi
Jenis makanan
Saiz hidangan
Kandungan
zat besi
Cadangan pengambilan dalam seminggu
Makan Sumber Haiwan
Daging
2 keping saiz kotak mancis
1.2 mg
6-8 keping
Ayam
1 ketul paha saiz sederhana
0.5 mg
3-4 ketul
Hati/pedal ayam
1 ketul
2.2 mg
1 ketul
Hati lembu
1 keping saiz kotak mancis
2.5 mg
1 keping
Kerang
20 biji
4.1 mg
20 biji
Ikan
1 ekor saiz sederhana
0.9 mg
3-4 ekor
Ikan bilis
1 sudu makan
0.05 mg
5 sudu makan
Makanan Sumber Tumbuh-tumbuhan
Peria
1 cawan
7.3 mg
7 cawan
Kangkung
1 cawan
4.0 mg
7 cawan
Bayam
1 cawan
2.3 mg
7 cawan
Taugeh
1 cawan
1.5 mg
7 cawan

  1. Tingkatkan pengambilan vitamin C
Makanan
Saiz hidangan
Kandungan Vitamin C
Jambu batu
1 potong
97 mg
Buah kiwi
1 biji
65 mg
Limau manis
1 biji
30 mg
Limau nipis
1 biji
17 mg
Mangga
1 biji
30 mg
Nenas
1 potong
16 mg
Belimbing besi
1 biji
26 mg
Tembikai
1 potong
2.2 mg
Buah betik
1 potong tanpa kulit
112 mg

  1. Kawal pengambilan makanan yang menghalang penyerapan zat besi
Jenis makanan
Bahan perencat penyerapan zat besi
Oat dan gandum bijirin penuh
Fitat
Teh, kopi, koko
Polifenol dan tanin
Susu dan hasil tenusu
Kalsium
Kuning telur
Fosvitin

  1. Amalkan pengambilan hematinik
- Zat besi terdapat dalam makanan dari sumber haiwan dan tumbuhan.
- Walaubagaimanapun zat besi yang terdapat dalam makanan daripada sumber haiwan seperti daging merah dan makanan laut mudah diserap oleh tubuh berbanding dengan zat besi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan.
- Keperluan yang disarankan untuk anda adalah seperti berikut:
- Kadar penyerapan zat besi yang terdapat dalam makanan sumber tumbuh-tumbuhan seperti bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah lebih rendah berbanding dengan kadar penyerapan zat besi daripada sumber haiwan.
- Oleh itu untuk meningkatkan kadar penyerapan zat besi daripada sumber bijirin, kekacang dan sayur-sayuran, anda digalakkan untuk makan makanan tersebut bersama dengan makanan yang kaya dengan vitamin C. Vitamin C boleh meningkatkan kadar penyerapan zat besi. Kandungan vitamin C dalam pelbagai jenis buah-buahan adalah seperti berikut:
- Selain daripada itu, kehadiran makanan daripada sumber haiwan seperti daging dan ikan juga boleh meningkatkan penyerapan zat besi daripada bijirin, kekacang dan sayur-sayuran.
- Anda dinasihatkan supaya mengawal pengambilan teh atau kopi kerana minuman ini mengandungi tanin yang boleh menghalang penyerapan zat besi daripada sumber bijirin, kekacang dan sayur-sayuran.
- Jika hendak minum sekali-sekala, hendaklah diminum 2 jam selepas waktu makan utama untuk mengelakkan gangguan ke atas penyerapan zat besi.
- Anda tidak digalakkan untuk minum teh atau kopi sewaktu makan tengahari atau makan malam.
- Anda digalakkan minum jus buah-buahan bagi menggantikan teh atau kopi untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
- Begitu juga dengan kalsium yang terdapat dalam susu dan hasil tenusu. Ia merupakan bahan yang boleh merencat penyerapan zat besi daripada sumber haiwan. Oleh itu, pastikan anda minum susu 2 jam selepas waktu makan utama.
- Waktu terbaik untuk minum minuman bersusu adalah pada waktu minum pagi, minum petang dan sebelum tidur iaitu 2 jam selepas waktu makan utama.
- Makanan-makanan lain yang mengandungi bahan yang boleh merencat penyerapan zat besi adalah seperti berikut:
- Anda dinasihatkan agar mengatur pengambilan makanan tersebut supaya ia tidak mengganggu penyerapan zat besi.
- Pil suplemen ini terdiri daripada zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. Pil-pil suplemen ini akan meningkatkan paras hemoglobin dalam darah anda dan boleh mencegah anemia, insya-Allah.
- Pengambilan suplemen ini mesti mengikut dos dan kekerapan yang disarankan oleh anggota/pakar kesihatan.


Friday 7 December 2012

26 weeks = demam..

Batuk & selsema menyerang lagi.tapi alhamdulillah batuk cuma 2 hari je tak macam selalu tu berminggu2 baru ok.maybe sebab aku banyak minum air masak.sekarang ni selsema je tak hilang lagi.tapi tu pun dah kurang sket.cuma 2 hari je teruk.kali ni aku decide tak nak ambil apa2 ubat.biarlah elok sendiri.aku cuma amalkan minum jus buah-buahan & tak lupa air masak.nampaknya lagi cepat sembuh berbanding kalau aku makan ubat.hehe

Hari Selasa hari tu aku check-up kat KKIA.so far semuanya ok tapi macam biasa la kan HB  makin turun.ni yang aku tengah runsing sekarang ni.doc siap bagi warning if next check-up HB aku masih macam tu jugak, dia akan bagi aku 12 injection.OMG..!!! parah ni..before balik, doc ada ambil sample darah aku nak test anemia.

Ok.cuak gak if kena 12 injection tu.so sekarang ni aku kena displin makan Iberet hari-hari..then, setiap hari MESTI makan makanan yang tinggi zat besi macam bayam, hati, peria, kerang, jambu batu..tak boleh missed langsung even sehari.nak tambah lagi HB, aku try minum pati delima balik.harap2 dalam 2 minggu ni naik la.takde la nurse & doc bebel2 kat aku lagi.dan yang paling penting baby sihat takde masalah..takut gak bila baca pasal risiko HB rendah pada baby.huhu..

Oklah.ni result check-up kat kkia:-
Berat = 49.7 (naik 2.1 kg)
BP = normal
HB = 10.1 (turun 0.4)
Urine = normal

Kali ni aku kena injection tetanus untuk 1st dose.ramai yang cakap tangan akan rasa lenguh for 1 week!! tapi so far aku tak rasa camtu pun.cuma 1st day rasa sengal sket then esoknya dah ok.syukur alhamdulillah..

Next check-up 2 minggu lagi ~ 18/12/12..harap2 HB dah naik..mode:: NERVOUS tahap MAX!!!!