"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Saturday 8 December 2012

Panduan Pemakanan Utk Pencegahan Anemia..

Info yg berguna khas untuk ibu2 mengandung yang rendah HB..macam aku ni.hik2..

  1. Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi
Jenis makanan
Saiz hidangan
Kandungan
zat besi
Cadangan pengambilan dalam seminggu
Makan Sumber Haiwan
Daging
2 keping saiz kotak mancis
1.2 mg
6-8 keping
Ayam
1 ketul paha saiz sederhana
0.5 mg
3-4 ketul
Hati/pedal ayam
1 ketul
2.2 mg
1 ketul
Hati lembu
1 keping saiz kotak mancis
2.5 mg
1 keping
Kerang
20 biji
4.1 mg
20 biji
Ikan
1 ekor saiz sederhana
0.9 mg
3-4 ekor
Ikan bilis
1 sudu makan
0.05 mg
5 sudu makan
Makanan Sumber Tumbuh-tumbuhan
Peria
1 cawan
7.3 mg
7 cawan
Kangkung
1 cawan
4.0 mg
7 cawan
Bayam
1 cawan
2.3 mg
7 cawan
Taugeh
1 cawan
1.5 mg
7 cawan

  1. Tingkatkan pengambilan vitamin C
Makanan
Saiz hidangan
Kandungan Vitamin C
Jambu batu
1 potong
97 mg
Buah kiwi
1 biji
65 mg
Limau manis
1 biji
30 mg
Limau nipis
1 biji
17 mg
Mangga
1 biji
30 mg
Nenas
1 potong
16 mg
Belimbing besi
1 biji
26 mg
Tembikai
1 potong
2.2 mg
Buah betik
1 potong tanpa kulit
112 mg

  1. Kawal pengambilan makanan yang menghalang penyerapan zat besi
Jenis makanan
Bahan perencat penyerapan zat besi
Oat dan gandum bijirin penuh
Fitat
Teh, kopi, koko
Polifenol dan tanin
Susu dan hasil tenusu
Kalsium
Kuning telur
Fosvitin

  1. Amalkan pengambilan hematinik
- Zat besi terdapat dalam makanan dari sumber haiwan dan tumbuhan.
- Walaubagaimanapun zat besi yang terdapat dalam makanan daripada sumber haiwan seperti daging merah dan makanan laut mudah diserap oleh tubuh berbanding dengan zat besi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan.
- Keperluan yang disarankan untuk anda adalah seperti berikut:
- Kadar penyerapan zat besi yang terdapat dalam makanan sumber tumbuh-tumbuhan seperti bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah lebih rendah berbanding dengan kadar penyerapan zat besi daripada sumber haiwan.
- Oleh itu untuk meningkatkan kadar penyerapan zat besi daripada sumber bijirin, kekacang dan sayur-sayuran, anda digalakkan untuk makan makanan tersebut bersama dengan makanan yang kaya dengan vitamin C. Vitamin C boleh meningkatkan kadar penyerapan zat besi. Kandungan vitamin C dalam pelbagai jenis buah-buahan adalah seperti berikut:
- Selain daripada itu, kehadiran makanan daripada sumber haiwan seperti daging dan ikan juga boleh meningkatkan penyerapan zat besi daripada bijirin, kekacang dan sayur-sayuran.
- Anda dinasihatkan supaya mengawal pengambilan teh atau kopi kerana minuman ini mengandungi tanin yang boleh menghalang penyerapan zat besi daripada sumber bijirin, kekacang dan sayur-sayuran.
- Jika hendak minum sekali-sekala, hendaklah diminum 2 jam selepas waktu makan utama untuk mengelakkan gangguan ke atas penyerapan zat besi.
- Anda tidak digalakkan untuk minum teh atau kopi sewaktu makan tengahari atau makan malam.
- Anda digalakkan minum jus buah-buahan bagi menggantikan teh atau kopi untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
- Begitu juga dengan kalsium yang terdapat dalam susu dan hasil tenusu. Ia merupakan bahan yang boleh merencat penyerapan zat besi daripada sumber haiwan. Oleh itu, pastikan anda minum susu 2 jam selepas waktu makan utama.
- Waktu terbaik untuk minum minuman bersusu adalah pada waktu minum pagi, minum petang dan sebelum tidur iaitu 2 jam selepas waktu makan utama.
- Makanan-makanan lain yang mengandungi bahan yang boleh merencat penyerapan zat besi adalah seperti berikut:
- Anda dinasihatkan agar mengatur pengambilan makanan tersebut supaya ia tidak mengganggu penyerapan zat besi.
- Pil suplemen ini terdiri daripada zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. Pil-pil suplemen ini akan meningkatkan paras hemoglobin dalam darah anda dan boleh mencegah anemia, insya-Allah.
- Pengambilan suplemen ini mesti mengikut dos dan kekerapan yang disarankan oleh anggota/pakar kesihatan.


1 comment: