"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Friday, 20 December 2013

9 bulan sudahhh..

Assalammualaikum. Salam Jumaat..

Hari ni 20hb. Means genaplah si tecik tuh 9 bulan. Terima kasih Ya Allah di atas pinjaman Mu ini. InsyaAllah aku akan menjaga amanahMu ini dengan sebaik-baiknya. 

Sebulan yang lepas, aku risau sangat2 sebab Hasya tak reti mengengsot ke depan. Err..imagine macam askar menghendap tuh. Tapi yang askar tu ke depan, yang dia ni pulak ke belakang. Bila dia meniarap mesti tolak2 badan ke belakang je. Kalau dia nak ambil something yang ada kat depan dia, dia akan golek & pusing-pusingkan badan dia sampai la dapat capai benda tu. Kesian betul aku tengok. Penat tuh. Hahaha. 

Actually aku takde la risau sangat dia tak pandai ke depan apatah lagi merangkak tapi bila PAED cakap "Risiko baby yang low HB ialah perkembangan dia MUNGKIN akan slow sedikit" Erkkk..!! Aku pun mula la gelabah. Tapi nak buat macam mana kan. Takkan la aku nak paksa2 dia merangkak. So, redha je la. Lagipun babysitter Hasya cakap anak2 dia semua macam gitu, tak merangkak tau2 je dah pandai jalan. So aku assume Hasya pun macam tu gak la. Saje je nak sedapkan hati. Hihi.

Tapi kannnnnn..tup..tup.. last week.. tetiba je Hasya pandai mengengsot ke depan, merangkak, duduk sendiri & memanjat!! Ha..hamikk kau. Dalam satu hari pandai semua benda. Subhanallah. Patutlah dia lambat sikit rupanya nak buat semua sekaligus. Hehe. Mula2 dia meniarap pastu mengengsot ke depan, angkat punggung, tangan slow2 menapak ke depan. Pastu bila dah penat dia pusingkan badan, parking punggung dan duduk. Hahahahaha. Detail sungguh aku cerita. Mana tak nye, aku perhati je dia buat satu persatu sampai lupa nak masak okayyy. Leka betul aku menengoknya. Adehh..

Haaa.. bila dah pandai semua tuh aku pulak yang naik risau. Tak boleh tinggal even letak dia kat bawah. Laju je merangkak gi kat dapur la, masuk bilik la. Pastu kejap2 memanjat sofa. Adehh.. Ade sekali tuh, aku tinggalkan dia main2 kat depan tv & aku pergi dapur jap nak masak. Aku jenguk dari dapur tengok dia tengah main2. Aku pun teruskan la memasak. After 15 minit, aku jenguh lagi sekali tengok2 dia dah hilang. Gelabah wehh.. Cari punya cari rupanya dia kat dalam bilik sambil buat muka tak bersalah. Hahaha Sabo je la.

Sekarang ni aku dan hubby memang kena sentiasa aware. Tengah tido pun dia boleh bergolek jatuh katil apatah lagi bila dia tengah main2. Lagi la kena perhati betul2. Kang tak pasal2 makan semut la, cabut plug TV la, menyorok bawah meja makan la, koyak2 tisu sampai sepah la, panjat2 TV & bakul baju la dan macam2 lagi la. Err.. actually semua tu dia pernah buat. Huhuhu..


Friday, 13 December 2013

Sakit mata..

Setelah seminggu sakit mata, Alhamdulillah hari ni dah beransur pulih. Mata pun dah tak merah dan berair. Cuma kabur sikit.

Dah 2 kali aku kena sakit mata ni. First time kena masa praktikal kat HKL. Tahun 2007. Sekarang ni tahun 2013 kena balik. Tapi kali ni tak seteruk yang dulu. Kalau dulu sampai tak boleh bukak mata. Kalau tunduk sikit pun rasa macam nak terkeluar biji mata!! Tapi tu la, sekejap je kena dalam 3 hari macam tuh dah baik. Kali ni pulak tak berapa sakit tapi ambil masa nak pulih. Ditambah dengan demam panas. Perghh.. memang betul2 tak larat.

Mula asalnya Hasya yang kena sakit mata dulu. Aku ingat lagi 3  minggu lepas masa ambil dari rumah babysitter. Mata sebelah kiri dia merah2. Then esoknya dua2 belah mata merah2. Tapi aku tak terus bawak klinik. Esoknya  baru gi klinik sebab dia bad mood je. Merengek sepanjang hari. Semua pun tak kena. Doktor bagi 1 ubat gatal & 2 ubat titis. Ubat titis tu kena letak setiap 2 jam. Perghhhh.. seksa  gilerr nak titis dalam mata dia tapi Alhamdulillah la esoknya (ESOKKK lagikk!!! haha) mata dia dah ok.

Pastu kan, tetiba pulak berjangkit kat daddy. Kesian dia. Dah la first time kena then teruk pulak tu. Dah 2 minggu lebih tak elok2 lagi. Actually aku kena ni pun sebab jangkit dari dia la ni. Grrrrrr.. Sekarang ni mata aku dah ok sikit tapi mata dia tak ok2 lagi. Double kesian. Hehe.. Harap2 minggu ni sembuh la penyakit mata dia tuh. Tak sanggup aku tengok mata merah2 macam tuh.

Pssttt...lagi seminggu Hasya nak masuk 9 bulan. Ok. Takde kaitan. Bai bai. :P


Tuesday, 10 December 2013

Rindu Pengubat Luka..


Bila aku dengar je lagu ni mesti teringat masa dalam pantang dulu. Petang2 selalu layan satu drama kat TV3 tu (dah lupe apa tajuknya). Lagu ni jadik OST. Sekarang ni banyak kali pulak mainkan kat radio. Dah tak pasal2 aku rindu masa pantang dulu. Erkkk..


Sering kali ku terkenang saat kau tersenyum
Lalu memandang ku
Tapi, kini pabila kau tiada di sisi
Ku terdampar layu, beralunan sepi
Melayang-layang dihembus bayumu

Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Rindu pengubat luka

Korus
Ku masih memerlukan belaian kasih
Dan tawa mesramu
Kau seretku ke dalam rongga hatimu
Salut kerinduan menggamit menusuk di kalbuku
Terangi hidupku dengan cahayamu

Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Rindu pengubat luka

Walau ku dilupakan
Namun jangan kau lupakan detik bersama

Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Rindu pengubat luka

Wednesday, 4 December 2013

Homemade food for Hasya..

Hasya agak lambat start makan solid food. Dah 6 bulan lebih baru aku bagi makan. Then umur 7 bulan baru start makan bubur. First solid food aku introduce yang ready made je. Kesian anak mummy kena makan makanan macam tuh. Walaupun kat label tulis tak ada pewarna / perasa tambahan / pengawet tapi sebenarnya ada!! Huhu..

Sekarang ni no more ready made food! Semuanya mummy masak sendiri. Homemade. Lagipun seronok tau buat makanan baby ni. Nak2 kalau dia beria2 makan. Wahhhh.. rasa macam dia cakap "pandainya mummy masakk..!!" Haha. Padahal puree je pun. Steam & blend. Dah siap. Hahahahaha..

Setakat umur 8 bulan ni, dah macam2 resepi gak aku try kat Hasya. Masa mula2 dulu aku tak berapa pandai nak mix makanan dia. Sekarang ni dah pandai sikit. So aku dah tau la apa yang die suka dan ape yang die tak suka makan.

Puree
1) kentang
2) apple
3) avocado
4) keledek
5) pisang
6) carrot + kismis
7) kurma
8) kentang + brokoli + carrot
9) keledek + bayam

Bubur
1) Carrot
2) Kurma
3) Ikan bilis + kismis + carrot + cauliflower
4) Ikan bilis + kurma + cauliflower
5) Ikan bilis + kismis + bayam
6)  Ikan bilis + sawi
7) Ayam + carrot

So far favourite Hasya puree keledek, kentang + brokoli + carrot, keledek + bayam. Berselera sungguh kalau makan. Takde langsung buat muka2 pelik. Hahaha..


Monday, 25 November 2013

Saya giler camera..!!!

video

Ni la kesukaan Hasya. Nampak camera / handphone terus sengih2. Ala2 fotogenik gitu. Hahaha..  :) :) :)

Friday, 22 November 2013

8 months old...

Dah lama rasanya tak update perkembangan si tecik tuh. Alhamdulillah 2 hari lepas genaplah Hasya 8 bulan. Teringat masa pregnant 8 bulan. Hasya tendang2 perut mummy. Nak drive kereta pun tak senang. Kejap2 gerak ke kiri, kejap2 ke tengah perut. Tak reti duduk diam. Hehe. Rindu pulak nak mengandung lagi. Erkkk.. Ok. Abaikan. Hehe.


Disebabkan aku malas nak tulis panjang2, so aku listkan je la perkembangan Hasya setakat ni yer. Hehe.

~ Gigi dah 2 batang - On the way lagi 2 batang sebab bila rasa gusi kat atas tu macam keras. :)
~ Membebel2 - Kalau boring, bebelan akan jadi panjang & lama. :)
~ Tak suka makan puree buah & biskut - Bila bagi buat muka loya tapi kalau bagi bubur nasi kemain suka. Makan bubur 3x sehari pun takpe. :)
~ Suka bergolek2 - Aduhai. Ni yang paling aku lemah. Dah tak boleh biar dia main sendiri. Confirm bergolek jauh. Pernah jatuh katil sebab mummy tinggalkan dia 5 minit je. Huhu. Nasib baik takde pape. :)
~ Suka bila orang dukung - Means kalau orang nak dukung or ambil, dia hulur tangan je nak ikut tak kira sape2 pun. :)
~ Dah pandai nak gi jalan2 - Kalau nampak mummy or daddy siap2 mula la merengek2 nak mintak dukung. Takut kena tinggal. :)
~ Mengutip - Segala jenis barang/benda yang dia jumpa masa merayap mesti masuk mulut. Hari tu hampir2 makan semut!!
~ Dah tegap bila duduk.
~ Bila nampak camera / hp terus sengih2. 
~ Jerit2 panggil mummy bila mummy bizi kat dapur. Bila jengukkan kepala tengok dia, mula la dia jerit2 suka. Hahaha..
~ Suka jelir2 lidah.
~ Dah mula nak memanjat.
~ Tak pandai merangkak lagi. Kalau meniarap, asyik reverse je. Tak pernah ke depan. :)
~ Dah pandai pegang botol susu sendiri. 


Rasanya tu je la kot perkembangan budak mucuk masyam tuh. Next month aku update lagi hokay. :) :) :)


Bila si tecik demam..

Menjadi seorang ibu bukanlah mudah. Sentiasa hidup dalam kerisauan. Anak takmo menyusu - risau. Anak kembung - risau. Anak cirit birit - risau. Anak sembelit - risau. Anak tak nak makan - risau. Anak naik ruam2 kat badan - risau. Anak tak nak senyum - risau. Anak tak nak tido - risau. Anak demam - risau BERGANDA-GANDA.

Selama 7 bulan ++ inilah 1st time aku dilanda kerisauan tahap maximum iaitu bila si tecik demam. Tak pernah2 demam since lahir tetiba jek demam panas. Suhunya tinggi pulak tuh. 38 degree celcius ke atas. Allah je yang tau macam mana perasaan aku. Dah la tak ade pengalaman. Semuanya kelam kabut. Huhu..

Tapi Alhamdulillah... lepas 2 minggu demam (31/10/13 ~ 8/11/13)  on off, on off akhirnya anakku sihat walafiat. Syukur sangat2. Happy bila si tecik dah start jerit2 macam dulu. :) :) :)



Tuesday, 29 October 2013

Tragedi Oktober...

Wah2.. lama sungguh tak menulis.. Busy betul la lately.. Kerja menimbun2. Tau2 je dah sampai penghujung bulan October. Phewwwwww......

Uiks..banyak betul benda berlaku bulan October nih. Tapi aku highlight yang best2 je la eh. Hehe. Meh2 baca tragedi Oktober nih. Wink2..

~ First skali of course la pasal si tecik tuh. Kalau nak tau, si tecik tuh dah ada gigi..!! Yeayyyyy.. Mommy & Daddy are super duper excited. Actually aku tak perasan langsung bila gigi si tecik tu tumbuh. Al kisahnya.. masa hari ahad (13 Oktober) ari tuh hubby ajak gi ziarah kawan U dia. Rumah punye la dekat. 10 minit dah sampai tapi tak pernah gi rumah dia. Mane la taknya, sabtu ahad je mesti ada program. Tak menyempat nak ziarah. Kawan hubby ni ada anak sorang. Lelaki. Lama wehhhh duk nyembang kat rumah dia dalam 2 jam lebih gitu. Masa nak balik, tetiba wife kawan hubby cakap ngan anak dia "Eh Amsyar tengok.. Adik baby dah ada gigi la.." Masa aku dengar tu aku macam blur jap. Ye la bila masa pulak anak aku ni tetiba ada gigi?? Ingatkan wife dia salah tengok. Masuk je dalam kereta aku cepat2 check. Eh.. betul la....!!!!! Anakku dah ada gigi...!!!!! Hubby lagi kelakar. Boleh pulak dia berhentikan kereta kat tepi jalan semata2 nak tengok gigi anak! Hahahahaha.. Dahsyat..

~ Kakak aku telah selamat melahirkan puteri ke-4 nya pada 9 Oktober. Yer.. Perempuan lagi. So sekarang ni mak aku ada 5 orang cucu perempuan. Tak kisah la apa orang nak kata. Semua itu rezeki dari Allah. Muka baby tu sebijik macam abang iparku. Huhu. Eh, lupa pulak, nama anak buah aku tu Hannan Fasyahah. Ahad lepas (28 Oktober) baru sempat nak tengok baby tuh. Comel..!!

~ Hari Raya Haji jatuh pada 15 Oktober yakni hari Selasa. Aku tak dapat cuti sebab replace dengan cuti Chinese New Year awal tahun. Plan awal, hubby & si tecik balik rumah MIL & aku gi kerja. Tapi...... ada sesuatu yang berlaku. So terpaksa aku ambil EL. Inform office kereta rosak padahal ada hal lain. Haha. Nak cerita kat sini tapi panjang sangat la. Kesudahannya aku, hubby & si tecik duduk rumah sesaja. Tak gi mana2 pun. So sad..!

~ 23 Oktober dengan rasminya cik P telah menjengah buat kali ke-2 lepas bersalin dulu. Cycle kali ni agak panjang 35 hari. (Ni pun nak highlight gak ke) Haha..

~ Result darah. 30 Oktober iaitu esok aku ambil cuti. Nak pergi hospital untuk jumpa dengan pedratik. Bulan lepas si tecik tu ada ambil darah so sekarang ni nak tau la result darah dia macam mana. Harap2 takde problem. Eh lupa pulak. Actually si tecik ada masalah HB rendah since lahir lagi. Doc cakap berkemungkinan dia ikut darah aku. Ye la, aku kan HB rendah. Sebelum umur 6 bulan memang ada sisa2 darah ibu kat dalam badan baby. Lepas 6 bulan baru fully darah baby sendiri. Sebab tu la bila si tecik masuk 6 bulan kena check balik darah dia. Errr..faham tak? Kalau tak faham takpe la. Tunggu je la result nanti macam mana. Hehe..


Monday, 30 September 2013

1st solid food..

Alhamdulillah..dah 6 bulan lebih si tecik tu. Tak sangka dah setengah tahun berlalu. Dah setengah tahun jugaklah aku menjaganya. Ya Allah terima kasih di atas pinjamanMu ini. Syukur sangat2. Terharu!

Ok. Rasanya semua tahu kan, bila baby dah masuk 6 bulan ni maka boleh la start bagi makanan pejal atau solid food. Tapi kan.. Aku rasa was2 je nak bagi si tecik tu makan. Takut perut dia tak boleh terima lagi makanan pejal. Dulu kemain excited nak bagi makan sekarang ni takut pulak. TAHPAPE! hahaha.. Hubby pun berperasaan macam aku. Bila aku cakap nak beli blender khas sebab nak buat puree untuk baby, hubby suruh aku hold dulu. Tak payah beli lagi. Alang2 tunggu 1hb Oktober baru bagi baby makan katanya. Reason?? Bulan baru. Ha, yang ni lagi TAHPAPE! hahaha..

Dalam takut2 tu aku boleh la pulak TERbeli ready made puree untuk si tecik tu. Hehe..Ingatkan nak buat sendiri puree tu tapi blender takdak. Macam mana nak buat puree kan?? Ngeeee..  So, first solid food si tecik tu aku pilih HEINZ perisa parsnip + lobak merah + keledek.


Excited sungguh si tecik tu mamam. Tak cukup pulak tuh. Dah bagi 2 sudu besar tapi nangis2 lagi jadi nak tak nak terpaksa tambah lagi. Kuat makan betul la budak ni. Macam daddynye lah tu.. Hahaha.. 1 botol tu aku bagi 3 hari. Sehari sekali je makan. Then bila dah habis aku beli lagi. Tapi kali ni perisa lain pulak. Labu + Jagung manis.


Ha, yang ni lagi la tak cukup!! 3 kali aku tambah baru la dia tak menangis. Hubby cakap maybe dia suka jagung kot. Aku fikir2 balik, betul la memang dia suka jagung sebab masa mengandung dulu aku suka sangat makan jagung. Jagung rebus, jagung bakar semua aku suka. Hehe.

Setakat ni tu jela yang si tecik tu makan. Aku berazam weekend ni aku nak beli blender. Nak buat puree untuk dia. Baru la berkhasiat sikit dan yang paling best boleh variety. Tak sabarnye nak tunggu weekend. :) :)

Tuesday, 17 September 2013

Pelat..

Sebelum kahwin lagi, aku & hubby memang suka cakap pelat macam budak2 kecik. Konon2 manja lettew. SILA MUNTAH. haha.. Lama2 dah terbiasa pulak cakap pelat macam tu. Sekarang ni cakap kat anak pulak. Orang kata tak bagus cakap pelat kat anak2 especially baby sebab takut dah besar sok dia  pelat. Tapi tak boleh la, dah terbiasa. Hehe.. Harap2 si tecik tu la pelat bila dah pandai cakap nanti.

Ni antara perkataan2 yang sengaja dipelatkan bila cakap ngan baby:
- amam = makan
- ami = mummy
- edi = daddy
- tito / bombom = tido
- cucu = susu
- adi = mandi
- acam = masam
- nantuk = mengantuk
- alan2 = jalan2
- ete = kereta
- awan = kawan
- nanak = taknak
- ikit = sikit
- tacau = kacau
- menan = mainan

Adoyai.. merosakkan bahasa betul. Actually banyak perkataan pelat lagi tapi tu je la yang aku ingat dan biasa guna. Hihihi.. :)


Wednesday, 4 September 2013

Bawak si tecik pergi check-up..

Semalam si tecik tu gi check-up. Actually minggu lepas appointment dia, tapi aku tak dapat cuti pulak so terpaksa tangguh 1 minggu. Nasib baik nurse tak marah. Phewww..

Ni first time aku gi check-up si tecik tu berdua je sebab hubby kerja. Lepas hantar hubby gi kerja (kereta hubby rosak) aku terus gi klinik. Awal giler ok. Pukul 7 dah terpacak depan klinik. Klinik pun tak bukak lagi. Haha. Tunggu punya la lama sampai si tecik tu dah hampir2 mengamuk. Akhirnya pukul 7.45 baru bukak. Fuh lega. Dapat la no. 4. Tunggu lagi. Dalam pukul 8 lebih baru la sampai turn aku. Procedure biasa - timbang berat & ukur tinggi. Naik 400 gram je. Huhu..

Then tunggu lagi untuk jumpa nurse pulak. Tangan aku dah mula lenguh dukung si tecik yang takmo duduk diam ni. Agak2 dia dah boring & penat mula la merengek. Aku bagi dia minum susu sampai tertidur. Lama jugak minah ni tido walaupun bising dengan suara budak2 jerit & menangis. Hehe. Masa dia tido nyenyak ni la  baru nurse nak panggil aku masuk. So tak dapat la check fizikal dia. Lepas tulis apa2 yang patut kat buku pink tu, nurse suruh aku tunggu untuk injection pulak.

Dalam 15 minit lepas keluar dari bilik nurse tu, baru la si tecik tu bangun. Nasib baik tak menangis. Bukak2 mata terus senyum. Pheww.. Tunggu punya tunggu dalam pukul 9 suku baru la nama dipanggil untuk injection. Aku dah tak senang hati ni. Ye la mana la tau si tecik tu melalak bila kena injection & cranky sampai balik. Macam mana aku nak drive ke rumah pengasuh dalam keadaan macam tu? Huhu. Pasrah je la.

Masa masuk bilik untuk injection tu, muka dia happy je. Membebel2 mak nenek dia tu. Hehe. Bila nurse mula cucuk jarum kat peha dia, mata dia bulat sebulat-bulatnya macam terkejut. Then bila nurse tekan masukkan vaksin muka dia dah berkerut2 sikit.  Aku agah2 dia supaya tak menangis. Akhirnya after nurse tarik jarum keluar, dia senyum dan tak menangis!!! Amazing!! First time tak menangis masa injection. Good girl. Tapi kan, aku pulak yang terkejut dia tak menangis. Hahaha. Maka kami pun pulang dengan hati yang gembira. Hehe.

On the way ke rumah pengasuh dia senyap je main2 tangan & membebel sorang2. Aku takleh nak cakap2 dengan dia sangat sebab tengah fokus drive. Nak cepat masuk ofis punya pasal. Hehe. Lepas hantar dia aku pun memecut ke ofis. Sampai ofis pukul 10.30. Nasib baik bos tak masuk lagi. Fuh.. lega.

Sekian cerita pasal semalam. Saja je nak cerita pasal experience aku gi klinik dengan si tecik tu. Hehe.

Ok bai. :)



Monday, 2 September 2013

Soal anak..

Bila cakap pasal soal anak/zuriat, aku memang agak sensitif sikit. Sebagai seorang yang pernah bergelar TTCian, aku memang tak suka & menyampah dengan orang yang asyik2 tanya pasal anak. Macam dah takde soalan lain lagi nak tanya. Dah terang2 nampak perut orang tu tak besar or takde ciri2 mengandung lagi mau tanya "Dah ada ke?" "Bila nak ada anak?" "Eh, takde lagi ke?Lama kan dah kawin?"

Ishh..serious aku benci dengan soalan tu. Cuba la faham sikit soal anak adalah paling sensitif bagi orang2 yang dah berkahwin. Kalau macam tak nampak perut orang tu membesar, so tak payah nak sibuk2 tanya ada lagi ke tak.

Lagi satu, setiap pasangan yang dah kahwin mestilah nak anak. Cuma rezeki belum menyebelahi mereka sebab tu la takde anak lagi. Janganlah tanya macam2 soalan seolah2 orang tu sengaja tak nak anak. Kita tak tahu masalah orang. Mana la tau orang tu dah berusaha macam2 tapi masih tak dapat zuriat lagi. Then bila orang tanya soal anak, tak ke tension? So tolong la jaga sikit perasaan orang lain. Yer..memang tak salah kalau sekadar nak bertanya. Lagipun aku tau memang manusia ni mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi pasal hal orang lain tapi in proper way la. Berhati-hati bila bertanya.

Aku ingat dulu masa tu aku baru 6 bulan berkahwin. Balik kampung hubby, ada nenek sedara hubby tanya, "Eh, takde lagi ke?Rasanya dah lama kahwin kan?" . Muka aku dah berubah malu masa tu. Tetiba anak dia menyampuk "Alah..baru lagi. Honeymoon puas2 dulu la kan" Fuhh..nasib baik anak dia memahami perasaan aku. Aku hanya mampu senyum je.

Masa wedding cousin hubby pun aku & hubby terkena lagi dengan soalan tak masuk akal. Ada ke pakcik hubby cakap, "Ha..kita tengok siapa yang dapat anak dulu. A (cousin hubby) atau M (hubby). Korang berlumba la". Hoi..sesuka hati je nak suruh orang berlumba2 dapat anak. Ingat ni race ape?? Tension betul masa tu.

Itu pengalaman aku masa takde anak dulu. Sekarang ni dah ada anak pun orang still nak pertikaikan soal anak. Baru2 ni, ade la sorang makcik ni datang beraya kat rumah mak aku,

"Eh ni anak siapa ni Mak Usu (nama panggilan mak aku)?"
"Anak si R (aku) la"
"Eh..bila lahirnya ni? Tak tahu pun? Senyap2 je eh"
"Lahh..buat apa nak bising2. Senyap2 dah la. Hehe"
"Perempuan ke lelaki ni? (Si tecik tu kan botak so orang tak dapat agak dia boy or girl.hehe)"
"Perempuan..."
"La..perempuan lagi.. (Ketiga2 anak kakak aku semuanya perempuan). Bila la Mak Usu ni nak dapat cucu lelaki pulak"
"Mak Usu tak kisah perempuan atau lelaki asalkan sihat"

Perghhh.. aku yang dengar dalam bilik ni rasa berapi je dengan ayat makcik tu. Boleh la pulak dia mempersoalkan gender cucu2 mak aku. Salah ke kalau semua cucu mak aku perempuan? Dulu masa aku belum beranak sibuk2 tanya kenapa aku takde anak lagi. Sekarang ni dah ada anak sibuk2 nak persoalkan gender anak aku pulak. Ada jugak manusia macam tu ek.

Aku betul2 respek ngan mak aku. Cool je dia jawab soalan makcik tu. Yang paling cool dia cakap macam ni, "Anak perempuan ramai takpe. Senang dah besar nanti. Nak2 time kenduri. Ramai yang menolong". Hehe..Terbaik la mak aku nih..

Aku rasa bila si tecik tu dah masuk setahun, mesti ada orang tanya lagi soal anak. "Bila nak tambah?". Sigh..



Friday, 30 August 2013

Hasya nak mamam..

Lebih kurang 3 minggu lagi si tecik tu nak masuk 6 bulan. Maknanya lagi 3 minggu baru boleh bagi bambam tu mamam. Aduhai..hati dah meronta2 nak bagi dia makan lebih2 lagi bila tengok dia gelojoh jilat kurma kat jari aku dan menangis sebab nak lagi! Ikutkan hati aku & hubby nak je bagi dia puri kurma sebab rasanya dia dah lulus semua ujian kat bawah ni.


Panduan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk solid food:
  • Mempunyai berat badan yang 2 kali ganda dari waktu dilahirkan - Berat lahir 3kg. sebelum raya timbang 5.6kg. So rasanya sekarang ni berat dia dah 6kg means 2x ganda dari berat lahir. Pass.
  • Kalau kita makan, dengan khusyuknya baby kita tengok makanan yang sedia terhidang kat atas meja. - Bukan setakat tengok dengan khusyuk tapi siap meleleh2 air liur keluar. Pass.
  • Memasukkan jari di dalam mulut mereka, kekadang lebih dari satu jari - Yang ni memang tiap2 hari buat sampai basah lencun bajunya. Pass.
  • Setiap kali diacah dgn tangan ataupun sudu pasti dia akan membuka mulut (nganga) - Hasya ni advance sikit. Tangan & sudu dah biasa sangat. Bila bagi air kotak, dia akan aim straw dan masuk dalam mulut dan terus jilat. Pass.
  • Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah. Pass.
  • Mencuba untuk mencapai sudu, pinggan, mangkuk dan sebagainya - Semua benda nak dicapainya dan masuk mulut. Pass.

Ha, nampak tak dia dah lulus semua ujian tu. Tapi kan, bila difikir2 balik keburukan bagi baby makan solid food terlalu awal, terus kami pendamkan je niat tu. 

Kesan apabila memberi solid food terlalu awal kepada baby:
  • Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kekenyangan
  • Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
  • Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan, dan diarhea.


Ermmm..nak tak nak tunggu je la lagi 20 hari. Huhu..


Tuesday, 27 August 2013

Rambut gugur..

Arghhhh..tensionnya!!!

Rambut aku makin hari makin banyak yang gugur. Atas tilam, bantal, lantai, bilik air, sinki, dapur, karpet, dan rasanya setiap inci rumah tu ada je rambut aku. Kadang2 kat si tecik tu pun ada rambut aku - car seat, baju, bekas toileteries & kat muka dia pun ada jugak. Kesian kan? Hehe..Aku perasan rambut aku mula gugur since si tecik tu masuk 4 bulan. Aku ingatkan faktor syampu sebab kebetulan masa tu aku tukar syampu yang agak mahal sikit. Dalam hati rasa menyesal sangat2 then terus tukar ke syampu yang biasa aku guna tu. Bila dah tukar aku tengok makin teruk rambut aku yang gugur. Maka, berguguran juga la airmata ku ini. Haha. Takde maknanya aku nak nangis sebab rambut gugur cuma agak risau & takut jugak la. Boleh la pulak aku membayangkan rambut aku akan jadi botak macam iklan Yun Nam tu. Oh no!!

Orang yang perasan masalah rambut gugur aku ni of coz la hubby aku. Risau betul dia. Eh, tak sure la pulak dia risau ke atau rimas dengan rambut aku yang bersepah2 kat rumah tu. Hahaha.. tapi aku rasa dia risau kot sebab dia pernah tanya, "Syg tengok lately rambut B banyak gugur la. Kat sinki pun ada. Kenapa ek? Macam org sakit je"  Eh2.. sesuka hati je cakap org ade penyakit. tapi kan sebenarnya aku risau gak kot2 betul aku ade penyakit. Huhu. 

Selepas sebulan lebih mengalami keguguran rambut yang kritikal, aku baru terhegeh2 nak meng'google' "tips elakkan rambut gugur". Tahap rambut gugur aku sekarang sampai tak boleh pegang rambut langsung. Mesti akan gugur, gugur dan gugur lagi. Sehari lebih dari 100 helai kot. Waaaa...!! Ok back to story.. ermm.. banyak jugak tips2 untuk mengurangkan rambut gugur. Yang paling famous - guna lidah buaya & daun bunga raya. Mane la aku nak dapat benda alah tu semua. Waaa...!! lagi. 

Dalam peng'google'lan aku pasal tips elakkan rambut gugur, aku ada jugak terfikir2 kenapa rambut aku gugur ek? Akhirnya baru aku tau kenapa..

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.


Sumber: http://pama.karangkraf.com/famili/rambut-saya-banyak-gugur-1.26749

Fuhhh.. lega sangat2 lepas tau sebab2 rambut aku gugur. It's normal bagi ibu2 selepas melahirkan anak. Lepas ni takde la aku nak stress2 bagai sebab masalah ni. Nampaknya aku kena tunggu sampai si tecik tu berumur setahun baru la rambut aku back to normal. Ok. Lagi 6 bulan. Pasrah je la.. Huhu..


Tuesday, 20 August 2013

5 months old..


Hari ni Hasya genap 5 bulan.cepat betul masa berlalu tau2 dah 5 bulan si tecik tuh.makin lasak & cerdik dia sekarang ni.ha, ni aku nak citer ragam si tecik tu..

Ahad lepas, masa tu hubby nak mandikan dia. selalunya kalau nak mandi dia kemain lagi suka. after bukak semua baju tinggal diaper je hubby pun dukung la dia nak masuk bilik air. tetiba dia nangis jerit kuat2. aku masa tu kat dapur berlari masuk dlm bilik tgk nape dia nangis jerit2 macam tu. hubby try pujuk2 tapi dia still melalak. last2 aku dukung & pujuk dia tanye nape nangis, baru la slow sikit dia nangis. tapi bila dia pandang hubby terus melalak & jerit macam marah. aku cakap ngan dia tak baik marah daddy.sian daddy..then baru dia ok sket tapi still jerit marah kt hubby lagi. ermm.. nampaknye aku la yang kena mandikan. masa aku nak bukak diaper, tgk2 dia dah yak2..since dia pun dah tak nangis & jerit2 lagi, aku suruh hubby cuci & mandikan dia sebab aku nak masak. then baru la dia senyum2 kat hubby dan boleh pulak gelak2 masa hubby mandikan dia..puas aku fikir nape la dia melalak tadi.lama2 baru aku paham.rupanya masa hubby bukak2 baju nak mandikan dia tu, dia dah yak2 sebenarnya. dia ingatkan hubby nak tukar diaper tapi tgk2 hubby terus bawak dia ke bilik air nak mandi. patut la dia marah sangat. konon2 nak inform hubby yang dia dah yak2 & suruh cuci dulu then baru boleh mandi..hahahahaha..

Hasya & nenek..

eh2..baru perasan..hari ni jugak genap 2 tahun 2 bulan & 22 hari kami berkahwin.cantik kan nombor tu...ngeh3..



Friday, 16 August 2013

Raya 2013..

Selamat hari raya semua..

Haha..dah seminggu lebih baru terhegeh2 nak wish selamat hari raya..takpe la raya kan sebulan kan??ngeee...

Amacam raya korang tahun ni?mesti best kan?tahun ni aku raya serba sederhana jek.baju raya pun takde.pakai tahun lepas punye.tak sempat nak beli.ingatkan nak beli last2 minit.skali tengok semua kedai dah tutup.waaaaaaa...!! nangis tak berlagu la.nasib baik baju si tecik tu dah beli awal2..pheww..

Raya tahun ni ade kelainan sket.1st time raya kat rumah MIL.masa mula2 kawin dulu raya kat kampung hubby di Raub.2nd year pulak kat rumah mak aku.3rd year baru la dapat raya kat rumah MIL.bagi pendapat aku, tak best la raya kat rumah MIL.macam tak raya je.tak meriah.aktiviti 1st raya byk melepak kat rumah je.huhu..agak bosan la jugak.hubby aku cakap mmg tiap2 tahun macam ni.raya or tak sama je..huhu..

Raya ke-2..kitorang konvoi balik kampung hubby kat Raub.macam yg aku mention sebelum ni, ade kenduri kat sana.bertolak dari rumah MIL pukul 1 then sampai kampung dalam pukul 3 camtu.Hasya mengamuk sakan dalam kereta.maybe sebab lambat sangat keluar rumah.mane taknya, siap2 pukul 9 tapi pukul 1 baru keluar.tu yang dia mengamuk tu.biasanya dia siap2 je terus naik kereta & jalan.tapi nak wat macam mana kan.kata konvoi.so kena la tunggu MIL & family SIL siap2 bagai.hubby pun bengang gak sebenarnye coz lambat sangat.dia nak je pergi dulu tapi aku cakap tunggu je la..

Raya ke-3..lepas sarapan & salam bersalaman semua, kitorang bertolak dari Raub ke Seremban - rumah mak aku.actually mak aku takde rumah pun coz balik kampung Johor.konon2 malas la nak follow diorang, so aku balik jela rumah mak aku even mak aku takde.TAPI tah macam mana tetiba hubby nak follow diorang pulak.tukar plan la nampaknya.dari Raub terus ke Muar (rumah pakcik aku) then gi pulak ke Labis (kampung aku)..dan benda yang paling tak logik ialah dari Labis boleh pulak kitorang balik rumah kat Klang..hahaha..padahal plan asal balik rumah mak aku kat Seremban.ada la hal2 yang tak dapat dielakkan so terpaksa balik Klang dulu.kerja gila betul la..Raub - Muar - Labis - Klang dalam masa 1 hari! then petang esoknya balik rumah mak aku pulak..kui2..

Kesimpulannya, aku rasa raya tahun ni agak huru hara sket coz tukar plan last2 minit.hehe..tapi apa2 pun aku sangat happy sebab dapat kenalkan si tecik tu dengan sedara mara both side mummy & daddy..dan inilah raya yang paling adventure bagi aku & hubby coz kena travel ngan si tecik tu.nice experience!!

Klang - Raub - Muar - Labis - Klang - Seremban - Klang..pengalaman yang takkan aku lupa.. :) :) :)


Friday, 2 August 2013

Raya mana tahun ni??

Ok.sebenarnya kalau ikut turn, tahun ni aku & hubby beraya kat rumah MIL coz tahun lepas dah raya rumah mak aku.TAPI..disebabkan kena hantar rombongan meminang pakcik hubby ke Terengganu, so kitorang pun terpaksa tukar plan.raya kat rumah mak aku dulu..wahh.aku dah hepi giler bila dgr hubby cakap macam tu..hehe..

Initial plan:
1 day sebelum raya - balik jap rumah MIL mintak maaf sume then tghhari baru balik rumah mak aku.
1st raya - kat rumah mak aku.
2nd raya - pagi2 bertolak ke Raub (kampung hubby) sebab petang tu ada kenduri doa selamat untuk pakcik hubby yang nak bertunang tu.
3rd raya - bertolak ke Terengganu. stay kat Homestay.
4th raya - pagi gi menghantar rombongan meminang tu la then after settle sume terus balik klang (rumah kitorang)
5th raya - melepak kat rumah sampai start keje raya ke-7

TAPI..di atas sebab2 tertentu, kitorang tak jadi ikut ke Terengganu.so plan terpaksa diubah lagi..

Plan ke-2:
1 day sebelum raya - pagi2 bertolak ke Raub.takut jam.
1st raya - kat Raub.
2nd raya - still kat Raub.tolong mana2 yang patut untuk kenduri.
3rd raya - bertolak ke Terengganu. stay kat Homestay.
4th raya - pagi gi menghantar rombongan meminang tu la then after settle sume terus balik klang (rumah kitorang)
5th raya - melepak kat rumah sampai start keje raya ke-7

Plan yang ke-2 ni hubby yang suggest dan MIL pun memang suruh kitorang balik Raub sebelum raya tolong nenek & atuk apa2 yang patut since kitorang tak gi Terengganu kan..TAPI tiba2 MIL suruh raya dulu dengan dia pulak.then balik Raub sama2.ishh.aku dah pening dah ni.nak tak nak kena la ubah plan lagi..

Plan ke-3:
1 day sebelum raya - tghhari balik rumah MIL.
1st raya - kat rumah MIL.
2nd raya - pagi2 bertolak ke Raub (kampung hubby) sebab petang tu ada kenduri doa selamat untuk pakcik hubby.
3rd raya - balik rumah mak aku.
5th raya - balik Klang

dan sesungguhnya aku tersangat la HEPI dengan plan yang ke-3 ni..hahahha..
sebabnye dapat beraya lama sket kat rumah mak aku.3 hari okayy..yeay!!!

ha, lagi satu minggu ni kena balik rumah mak aku lagi even minggu lepas dah balik sebab nak mintak2 maaf sume.kalau tak, bila lagi nak balik kan??ok.double HEPI..muahahaha..

P/S: harap2 takde la ubah apa2 lagi..amin..hehe..

Penawar duka lara..

~ Putri Hasya Sofea ~ 
~ 4 month old ~





Wednesday, 31 July 2013

Baju raya tak beli lagi..

Lebih kurang seminggu lagi nak raya.tapi...aku masih lagi takde baju raya..waaaa...!!

Aku rasa Ramadhan tahun ni adalah Ramadhan yang PALING busy buat aku.asal weekend je mesti takde kat rumah.1st weekend - balik rumah mak aku, 2nd weekend - balik rumah MIL, 3rd weekend - balik rumah mak aku (sebab nak amik kueh raya utk MIL & babysitter), and InsyaAllah 4th weekend ni nak balik rumah MIL pulak.so bila la masanya nak berbuka kat rumah sendiri???memang tak la jawapnye..huhu..dan yang paling menyedihkan, tak dapat berbuka sama2 dengan hubby..maksud aku, berbuka 2 orang je..waaa..!! rindu saat2 berbuka sama2 masa dulu2 (eh, banyak pulak perkataan berganda.hehe)..

Berbeza betul tahun2 lepas dengan tahun ni.biasanya sebelum puasa, aku dah beli at least sepasang baju raya.tapi tahun ni tak berkesempatan nak beli awal2.last week masa kat rumah mak aku, sempat la jugak beli baju raya si tecik tu kat Jusco.baju kemeja hubby pun dah beli kat Parkson.so tinggal baju aku sorang je la yang tak beli2 lagi ni.aku ingat nak ajak hubby gi shopping hari Ahad ni.tu pun kalau MIL bagi la.kang kecik hati pulak sebab berbuka sehari je kat rumah dia.adoii..pening2..so tunggu je la hari Ahad ni yer..sekian..

:)

Saturday, 20 July 2013

4 bulan..

Hari ni my baby genap 4 bulan..20 Mac 2013 - 20 July 2013..

Hasya's development:
- dah pandai meniarap. pantang baring sket mesti cepat golek & meniarap.
- pegang barang masuk dalam mulut.
- ngences! makin teruk sekarang ni.
- kurang menangis kuat2.merengek je kalau nak susu or tido.
- suka tengok kartun Tom & Jerry.
- dah kurang melalak time Maghrib.bagi susu terus tido.
- suka borak2 dengan daddy.bila ngan aku kurang sket boraknye.nape tah..hihi..








Opps..cekci lak gambar last ni..hehe..semoga anak mummy & daddy ni membesar bagai juara!! amin..

Friday, 19 July 2013

10 Ramadhan..

Cepatnye masa berlalu.tau2 je dah 10 Ramadhan..Alhamdulillah.aku masih lagi puasa penuh! ngeee.....

Hari rabu lepas dapat berita yang tak best.hubby kena keja malam sampai nak dekat raya nanti.ermm..nampaknya aku terpaksa la sahur & berbuka sorang2.huhu.sedey! kena tunggu weekend baru dapat berbuka sama2.kalau dah sorang2 tu maksudnya pukul 8 lebih la aku dapat berbuka.ye la, nak tidokan si tecik tu dulu & solat Maghrib then baru la dapat berbuka dengan tenangnya.hehe..

Oh yer.minggu ni turn berbuka kat rumah MIL.harap2 semuanya ok la.bukan ape, selalunya bila balik rumah MIL mesti ada bangkit 1 isu.pastu gaduh2.bermasam muka.tak suka2..eh2..bukan aku yang gaduh ngan MIL ok..maksud aku, kakak ipar & hubby aku ler.tiap2 tahun mesti ada 'drama'..adoiyai..letih aku tengok.bak kata hubby, dah macam slot Samarinda kat TV3 tu dah ha..hehehe..

Ok la.setakat tu je cerita aku.ada masa cerita lagi..




Thursday, 11 July 2013

Cipta sejarah!!

Hari ni aku sahur pukul 3 pagi!!

Haha..tak pernah2 bangun sahur seawal tu.pagi tadi si tecik bambam tu tetiba pulak terjaga pukul 2 lebih.selalunya kalau dia terjaga mesti merengek sebab nak susu tapi aku tengok elok je dia tak nangis.mata kemain bulat pandang sekeliling.cari mummy la tu.tak nampak agaknye sebab bilik tu gelap sikit.comel je.mata dah la membulat & besar.ha, confirm la tu ajak main.so aku pun bangkit & letak dia depan tv.sementara mood dia tgh ok tu aku baik aku bersahur.nanti takde la kelam kabut..menu sahur aku hari ni: nasi + ayam masak sos tiram + milo mix ESP + susu coklat..dalam pukul 4 kitorang tido balik.then agak2 nak azan subuh tu aku bangun jap makan kurma & minum air masak pastu tido balik sampai pukul 6..so tu la cerita sahur aku hari ni.nice experience.nanti bila Hasya dah besar nak citer kat dia pasal ni..erk!! hehe..

** cepatla hari Sabtu.nak berbuka bersama hubby & family.yahooo..!! mode: counting days..

Wednesday, 10 July 2013

1st Ramadhan..

Alhamdulillah..masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dgn Ramadhan tahun ni..

Aku ingat lagi tahun lepas.masa 1st Ramadhan, aku baru 2 or 3 minggu pregnant.mabuk teruk.masa sahur ok je makan tapi 5 minit lepas tu terus muntah balik apa yang aku makan.huhu.mula-mula aku berkeras jugak nak puasa tapi bila pergi check-up, doc cakap baby tak membesar & berat badan aku pun turun.so nak tak nak terpaksa la aku tak puasa selama beberapa hari..

Ha, tu citer tahun lepas.tahun ni pulak dah ada si tecik bambam tu.fuhhh..lagi la mencabar.dia ni pulak jenis yang bangun pukul 4 or 5 pagi.clash la dgn waktu sahur.bangun pagi tadi tetiba pulak die nangis & merengek2.actually since malam tadi macam tu.aku perasan die tak nyenyak tido.sikit2 terjaga.so pagi tadi meragam la sebab tak cukup tido.hubby dah la takde, keje..sudahnya aku hanya bersahurkan roti 2 keping & air horlick secawan je pagi tadi.pasrah je la..hehe..

Apa-apa pun aku harap dapat puasa full tahun ni coz period aku tak kunjung tiba since bersalin bulan Mac aritu..ngehngehngeh..

Thursday, 27 June 2013

Ayam masak sos tiram (version nak cepat)..

Minggu ni je dah 2x masak ayam masak sos tiram ni.hubby yang request sebab sedap katanya *kembang hidungku yang sudah sedia kembang ni*.kikiki..resepi yang simple & mudah sesangat.15 minit dah siap! since ade baby ni kalau nak masak kena la yang simple2.mane taknye..baru je nak tumis bawang, baby dah uweekk uweekk nak tido.terpaksa la tidokan dia dulu.kalau tak nanti merajuk pulak si bambam tuh.lagi susah! lagi satu kalau nak masak semuanya kena cepat2 sebelum dia meragam.ha, sebab tu la masakan yang aku masak ni main campak2 je.tak banyak bahan2.maklum la version nak cepat..hehe..

ok la..malas nak membebel2 lagi.nah amik resepi campak2 ni..

Bahan-bahan:
1. Ayam - potong kecik2 (untuk 2 org makan)
2. Sos tiram - 3 sudu
3. Bawang putih - 3 ulas
4. Bawang merah - 2 ulas
5. Bawang besar - 1/2 biji
6. Halia - 1/2 inci
7. Lada hijau & merah - 1 batang (kalau letak capsicum pun lagi sedap)
8. Carrot - 1 batang (boleh tambah sayur2 lain kalau nak)
9. Air
10. Gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Tumis bawang putih, bawang merah & halia.
2. Masukkan ayam & sedikit air. Biar sampai ayam separuh masak, lepas tu masukkan carrot & sos tiram.
3. Masukkan Lada hijau, lada merah & bawang besar.
4. Perasakan dengan sedikit gula.
5. Siap!

Semudah ABC kan?? kikiki..

Tapi malangnye tak sempat nak snap photo baby dah nangis.huhu..so takde la gambarnye ye..huhu..

Monday, 24 June 2013

Weekend & jerebu..

Weekend lepas duduk rumah je.keadaan jerebu yang makin teruk sekarang ni better duduk rumah.kalau keluar kang takut pulak papehal jadi kat baby.aku yang dah tua ni pun boleh pedih2 mata & sakit tekak.ni kan pulak baby kan.sebenarnya seronok jugak duduk rumah.boleh main2 ngan si tecik tu.dah seminggu tak main2 ngan dia.mana taknye.hantar rumah BS seawal pagi then jemput dia dah lewat petang.balik rumah je dia terus nangis2 nak tido.bila la masanya nak gentel2..hehe..

Sepanjang 2 hari kat rumah, aku perasan something.Hasya dah boleh meniarap! tapi tu la..meniarap memang pandai tapi malas nak angkat kepala.berat sangat agaknya pipi..hahaha..

macam ni je la position Hasya masa meniarap.statik je..
mata terkebil2 & air liur meleleh2 keluar..
agak2 dah bosan, menangis..hehe..

Ha, ni lagi satu kebolehan Hasya..

leka sangat2 isap tangan sampai baju basah ngan air liur!

dan lagi satu..kuat menjerit!!! tapi takde video la nak tunjuk.nanti2 la aku upload..dia punye jerit fuuuhhhh..satu taman boleh dengar..nak2 kalau die tengah marah lagi kuat bunyinya..hehe..tapi pape pun comel sangat2..ni yang buat aku tak sabar nak tunggu another weekend..

:) :) :)



Thursday, 20 June 2013

3 month old..


Syukur Alhamdulillah..semoga anak mummy & daddy membesar bagai juara! yeay!!!

Hasya's development:-
~ dah boleh angkat kepala beberapa minit
~ cuba2 untuk masuk tangan dalam mulut
~ pantang dgr suara mummy sket.mesti merengek nak susu.. :)
~ kuat menjerit.bile dah penat jerit mula la nangis
~ suka mengiring badan nak meniarap
~ makin kuat menyusu

Tuesday, 18 June 2013

Hanis & Hasya..

Weekend lepas aku balik rumah mak aku.actually plan tak nak balik.tapi mak, adik & anak2 buah aku rindu ngan si tecik Hasya tu.hari2 post kat FB cakap rindu especially adik aku tu.so terpaksa la kitorang balik jugak.lagipun best jugak balik sebab boleh la aku & hubby berjalan sakan.Hasya tinggal ngan nenek kat rumah.hewhewhew..


Ni gambar anak buah aku, Hanis Maisarah dengan Hasya.umur anak buah aku tu 6 tahun & Hasya plak 3 bulan.jauh betul bezanya tapi nampak Hasya besar pulak.hahaha..mok la adik ni.macam dedi.oppss.. :) :) :)

Monday, 17 June 2013

Beringatlah wahai suami2 sekalian..

Copy paste dari FB..

kisah buat suami biar reti baser sikit..ingat bini kuli ke hoii

Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"

Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"

Muin : "Hoh, layan suami je?"

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"

"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."

"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"

Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"

Muin : "Ooooo, baru aku tau"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"

"Imgat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."

Wallahualam


:) :) :)

Friday, 14 June 2013

2 years 2 weeks 2 days..

Masa genap 2 tahun anniversary ari tu (29 May) tak sempat nak post pape..dah 2 minggu 2 hari baru ade masa nak tulis something.hehe..

Well, pejam celik pejam celik dah 2 tahun perkahwinan kami.rasanya baru je kahwin hari tu.kekeke..tahun ke-2 ni aku & hubby dah semakin matang.no more gaduh2 macam tahun pertama perkahwinan.kalau dulu sket2 nak gaduh.benda kecik pun boleh jadi isu besar.tah pape kan.errr..sebenarnye kan, aku yg selalu cari pasal dulu.merajuk tak tentu pasal.keras kepala.tak nak mengalah..kahkahkah.tapi sekarang ni dah kenal perangai masing2.so takde la nak gaduh2 lagi..lagi satu, mungkin tahun ke-2 ni dah ade anak.so kena la dalam mode mak2.tak boleh childish sangat.lagipun memang tak sempat nak gaduh pun.masa terhad sebab nak jaga & fikirkan hal anak.boleh tak? :P

Pape pun, aku bersyukur sangat2 ade seorang suami macam suami aku tu (erkk.paham tak ayat ni?)..penyayang, bertanggungjawab, caring dan sangat2 memahami & tahan  ngan perangai aku ni.kekeke..untuk tahun ke-2 ni jugak Allah kurniakan aku si tecik yang semakin membesar bagai juara tuh..hehe.rasa makin sempurna hidup ni.Alhamdulillah ya Allah..semoga aku dapat jadi seorang isteri & ibu yang baik kepada mereka.amin..

Happy 2nd Anniversary!!

Thursday, 13 June 2013

Nama..

Assalamualaikum semua..

Fuh..busy betul lately.takde masa nak update blog.dah banyak kali type tapi half way je then terus tak jadi publish.kali ni baru ade masa nak type full.. :) :)

Erm..lagi seminggu Hasya dah nak cukup 3 bulan.yeay.so far Hasya membesar dengan sihatnye.berat dah hampir 5 kg.tapi badannye tecik je.berat tulang agaknye.hehe.hubby selalu mengeluh anaknye ittew dah semakin berat sampai lenguh2 tangan dukung.ishhh..baru 5 kg dah lenguh.tahpape..mulutnye dah semakin becok.bercakap sambil jerit.pastu senyum2.comel je.seminggu ni aku perasan dia asyik tengok je tangan & kaki dia gerak2.then angkat kaki tinggi2 & luruskan.tak pun dia angkat tangan ke muka dia.rasanya dia nak masukkan tangan dalam mulut kot tapi tersasar ke muka..hahaha.

Aishh..kalau citer pasal Hasya ni memang takde ending.ada je ragamnye tiap2 hari.terhibur hati bila balik keje walaupun penat giler.hehe.sekarang ni aku la yang hantar & jemput dia dari rumah pengasuh.syukur sangat2 Hasya serasi dengan pengasuhnya.takde la risau macam ni.

Ha, ni nak citer pasal nama pulak.aku ingatkan bila bagi nama ringkas & pendek, senang la orang memanggilnya dgn nama penuh contohnye Hasya or Sofea tapirupanya tak!

Nama asal Putri Hasya Sofea jadi Chacha, Sofi, Coppi, Cupi, Aca, Titew, Tit, Adik, Baby

Banyak betul nama panggilan anak mummy ni.tapi dalam banyak2 nama panggilan tu, takde sorang pun yang panggil Putri.hahaha..

:) :) :)

Monday, 3 June 2013

1st time..

3 Jun 2013..hari ni 1st day Hasya tinggal kat rumah pengasuh.1st time jugak Hasya tinggal dengan orang yang bukan family.mummy & daddy sayu je tinggalkan dia pagi tadi.tambah2 lagi bila tengok dia tersengih2..waaaaaa..!! rasa macam takmo gi keje je..tapi ape boleh buat.mummy kena gi keje gak..sobsob..

So far masa pengasuh dukung Hasya tadi nampak macam ok.Hasya pun macam serasi je.tersenyum2.maybe dia ingat nenek dia kot.mana taknye dress up (T-shirt + kain batik), cara pegang & even rumah pengasuh pun sebijik macam rumah nenek kat kampung.tu yang dia ingat nenek kot.hehe..takpe la.harap2 Hasya ok la.tak meragam.dalam hati tak putus2 doa Hasya tak menyusahkan pengasuh.susah mummy & daddy nak cari pengasuh ni dik oi.ni pun nanny yang tolong carikan.Alhamdulillah la jumpa..

Sekarang baru pukul 9 pagi..adoyai..lamanya nak tunggu sampai pukul 6!! tak sabar nak jumpa Hasya..!


Wednesday, 15 May 2013

Pai comel saya :)

Assalamualaikum..

Again..dah lama tak menghapdate blog ni.baby pun dah almost 2 month.masa pantang hari tu stay rumah mak so paham2 je la line internet kat sana slow mcm siput.hehe..ermm..actually aku dah start keje since hari selasa lepas.bila dah keje ni mula la rindu-rinduan ngan baby.setiap hari nak cepat2 abis keje & sampai rumah :)

Ok la.ni nak share sket gambar my cutie pie.. :) :)


Monday, 1 April 2013

Puteri pertamaku..

Assalamualaikum semua...

Dah lama tak jenguk blog ni..since 38 minggu pregnancy rasanye..hehe..sekarang ni baru ada masa nak belek2 blog ni balik..

Alhamdulillah aku telah selamat melahirkan puteri pertamaku PUTRI HASYA SOFEA pada hari rabu 20 Mac 2013 jam 3.17 pagi..pengalaman yang tak akan aku lupakan sampai bila2..diduga dengan macam2 dugaan sebelum bersalin sampai la waktu nak bersalin..baru aku tau betapa payah & sakitnya masa tu..fuh..bila difikir2 balik memang tak nak rasa sakit macam tu lagi tapi bila tengok baby terus hilang semua kesakitan tu..pelik kan?? ermm..nanti la aku cerita dari A to Z macam mana pengalaman aku bersalin..sekarang ni masa terhad sangat2..

Sebelum tu, perkenalkan puteri kesayangan aku & hubby.... :)



Thursday, 28 February 2013

38 weeks..

Minggu ni dah masuk minggu ke-38..tahap berjaga2 sekarang ni.henpon sentiasa standby kat tangan.kot2 tetiba je rasa contraction cepat2 kol hubby.

Selasa lepas check-up kat kkia, doc cakap baby tak engaged lagi.maknanya lambat lagi la aku nak bersalin.ermm..nampaknye anak mummy ni takmo kuar lagi la ye.best betul duduk lam perut mummy ni lama2..aku kalau boleh nak baby cepat2 keluar..hubby pun cakap camtu gak.dah tak sabar2 nak main2 ngan baby katanya.hehe.sekarang ni pun berat baby dah 3.2 kg.so memang sesuai sangat la baby keluar masa ni.tak besar & tak kecik sangat.aku risau gak kalau2 dah 40 minggu baby still tak keluar lagi.makin tambah la beratnya nanti.boleh capai 4 kg.kang tak pasal2 kena c-zer..takmo2..nak bersalin normal.

Anyway, minggu ni last check-up kat kkia botanik.minggu depan (4 Mac) aku dah start cuti & balik kampung.so continue check-up kkia kat kampung ler nampaknya..actually aku malas nak cuti awal macam ni.lagipun EDD aku 12 Mac.kalau nak diikutkan bila dah masuk spital baru la aku start cuti.tapi hubby pulak suruh aku cuti awal.dia risau aku drive jejauh gi keje.ye la.jarak dari rumah ke tempat keje lebih kurang sejam.kot2 masa aku drive tetiba je contraction, tak ke haru.dah la kena harung jam lagi..tapi bagi aku ok je.aku still lagi boleh drive.so far takde rasa sakit2 lagi.tapi nak buat macam mana kan.nak tak nak terpaksa la ikut kata hubby.tak nak jadi isteri derhaka la pulak..huhu..

Ok la.rasanya ni la last post aku sampai la berpantang nanti.harap2 semuanya berjalan dengan lancar.amin..bila2 free nanti aku update gambar baby pulak yer..hehe..

Bye.. :)


Wednesday, 20 February 2013

Cuti CNY..

Aktiviti sepanjang cuti CNY lepas:

8/2 : tengok movie citer Hantu Kak Limah 2 @ Setia City Mall..takde la best sgt pun citer die..kureng sket..
9/2 : pergi One Baby World beli breastpump + barang baby..finally barang2 baby 100% complete..
10/2 : balik rumah mak aku..sebelum tu singgah Nilai dulu sbb abang sulung aku ada buat makan2 sket sempena birthday dia yg ke-39 (dah tua rupanya abg aku tuh.hik2)..sampai sana dalam pukul 5 ptg then balik rumah mak aku pukul 8.30 malam..lama giler kat rumah dia.!! hehe..
11/2 - 12/2 : kat rumah mak aku..kemas2 bilik untuk berpantang nanti..hehe
13/2 : pagi duk rumah, kemas2 sket + laundry then petang balik rumah MIL..
14/2 : check-up @ KKIA (actually rumah MIL dekat dgn KKIA)..after check-up, pergi Jusco jap coz hubby nak renew lesen kat post office dalam Jusco tu..sesambil tu aku shopping la sket.hehe..dapat la grab 1 baju.. :) 
15/2 : settlekan banking matters + tukar tayar kereta aku..dah pecah teruk.tahun ni je dah 2x tukar tayar..mula2 sebelah kiri, ni sebelah kanan pulak..huhu..
16/2 : pergi IKEA..saje je semata2 nak makan meatball..haha..tapi sempat gak grab cermin..hehe..
17/2 : baru la ada masa rest kat rumah after whole week ke sana sini..phewww..esoknya dah kena start kerja balik..huaaaaaa..!!!

Kesimpulannya..aku masih rasa tak puas lagi bercuti.macam tak cukup pulak seminggu cuti sebabnya takde masa nak rest langsung..ke sana sini.harap2 cepatlah aku bersalin coz banyak berjalan.hehe..


Wordless wednesday..


So sleepy..

Monday, 18 February 2013

Yeay..HB dah naik..!!

Syukur sangat2..dah berbulan2 HB jatuh merudum finally hari Khamis lepas check-up HB naik dari 9.9 ke 11.3..yahoooooo..!! tak payah nak risau pasal kena cucuk bagai..ngeeeee...

Ha..!! nak tau tak camne HB aku boleh naik mendadak?petuanya ialah --> makan kurma setiap hari..serious.tak tipu..sebelum ni dah macam2 aku makan - bayam, jambu batu, hati ayam, peria, daging, kerang & banyak lagi la yang konon2 boleh naikkan HB tapi malangnya semua tu tak jalan.HB makin lama makin turun..dan yang paling tak tahan kena pantang dari makan/minum banyak benda - teh, kopi, produk berasaskan soya, milo, kuning telur & macam2 lagi la..huhu..seksa.!! tu belum lagi citer pasal Iberet Folic.tiap2 hari telan pun still HB rendah..tapi alhamdulillah..berkat makan kurma selama 2 minggu berturut2, HB aku naik dengan jayanya..fuh..lega..

Harap2 HB aku ni maintain sampai nak bersalin nanti..amin..


Friday, 1 February 2013

34 weeks..

Update for 34 weeks..

Mommy : makin mengah, jalan makin slow, kaki cepat cramp, rasa panassssssssss especially  mlm2, sgt2 emotional (tak dpt char kuew teow pun leh nangis teresak2..haha), perut selalu tegang,  mengeras & gatal2, tido & duduk tak selesa, susah nak nafas, jadi pelupa (plg teruk - hp tinggal kat opis)..

Baby : makin aktif, tulang dah makin kuat, bila gerak2 rasa tulang2 mencucuk kat perut & sangat sakit, suka kacau bila mommy tgh drive kete, dah kenal suara daddy, bila mommy & daddy borak2 mula la baby pun gerak2 nak borak jugak..

Daddy : makin eksaited nak suh baby kuar cepat2, bila baby buat hal mlm2 (mengeras & tak duk diam) daddy akan cakap cmni "baby, takmo kaco mommy.tido eh.sok nak skolah" **tak tau pe motip daddy ckp cmtu tp comel.!!**

Result check-up @ KKIA semalam:
Berat mommy : 54.2 kg (wow..x pernah2 seumur idup berat mcm ni!!)
Berat baby : 2.1 kg
HB : 9.9 (turun lagi.tak tau la nak makan ape lagi!)
BP : rendah sket
Position baby : ceph
Heart beat baby : tak ingat tapi lebih dari 120 means normal
Air ketuban : normal
Result MGTT : normal (yeay..x payah minum air gula lagi!)

So far takde apa2 masalah for both mommy & baby..cuma yang kaler merah tu je la.haishh..!!fed-up betul..dugaan oh dugaan..


Monday, 28 January 2013

:)

Panduan Penyimpanan EBM (Expressed Breast Milk)

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.


Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
a) bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
b) bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
c) breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu


Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
1) Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
2) Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
3) Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
4) Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan


Expressed Breast Milk (EBM). Panduan asas penyimpanan susu ibu:
1) Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

2) Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya.

3) Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas.

4) Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

5) Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk.

6) Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk) sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar.

7) Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.

Thursday, 24 January 2013

Nak cantiknye pasal..

Wanita & kecantikan tak dapat dipisahkan..chewahh..

Since sekolah menengah sampai la sekarang ni, dah byk kali aku tukar produk2 skin care.tak terkira.! produk2 tu semua mula2 guna je ok tapi lama2 macam dah tak serasi pulak..jeragat + jerawat pun timbul..huhu..

Kali ni aku di'introduce' oleh SIL satu produk skin care yang tak pernah terlintas langsung kat fikiran aku nak guna...MARY KAY...Mula2 memang malas nak ambil tahu pun sebab aku ingatkan mahal.lagipun aku ni bukanlah seorang yg suka invest utk hal2 kecantikan *nak cantik tapi kedekut* boley tak?haha..tapi rupa-rupanya harganya tak la semahal yang aku fikir.kira affordable la..

Ok, untuk permulaan ni, aku try set Botanical Effects.memandangkan jenis kulit aku ni jenis combination, so SIL suggest aku try jenis kulit normal.tapi aku cuma guna Cleanser & Moisturizer je sebab aku ni tak rajin la pulak nak apply toner bagai.memang sebelum ni pun aku tak pakai toner pun sbb MALAS *nak cantik tapi malas* haha..





After seminggu aku menggunakan produk MARY KAY ni, aku dah dapat feedback yg ok tau.perubahan yang paling ketara, muka dah kurang berminyak tapi tak terlalu kering..kiranya lembap2 gitew la.hikhik..then bos aku pulak tetiba tegur..

"Eh, kenapa muka kamu makin putih?Jarang keluar rumah ke?"

dan aku pun jawab cmni..

"........................................."

Ha, tu maksudnya tersipu2 malu + spechless..hoho..

Tersipu2 malu sebab bos aku tegur aku kat depan sorang collegue aku tu.malu la weii sebab dia yang tgh khusyuk buat keje tetiba toleh kat aku..Speechless sebab bos aku ni takde masa nak tegur hal2 yg takde kaitan dgn keje..alih2 boleh ckp cmtu pulak ngan aku..nasib baik bos aku cepat2 blah.kalau tak, tak tau la aku nak jawab apa..hehe

Dalam hati aku..'eh, dah berkesan ke produk ni?tapi aku baru pakai seminggu.takkan la cepat sgt.tapi kalau betul2 berkesan, Alhamdulillah sgt2'..

Sekarang ni dah hampir 2 bulan aku guna produk ni dan hasilnya tersangat-sangatlah bagus.muka dah takde jerawat lagi..!! ho yeah..yang penting kurang berminyak..biasanya kat opis bila lepas solat zohor je mesti aku kena pakai bedak balik tapi since guna MARY KAY, aku tak payah susah2 nak touch up muka balik.muka tak beminyak langsung sampai la abis waktu keje..hepinye...!!

Aku dah mula jatuh cinta ngan MARY KAY ni..wah..!! sebab tu la masa nak repeat order cleanser hari tu, aku add on Mask..best jugak pakai Mask ni.kulit jadi lembut je.yang paling aku suka Mask ni boleh jadi 2 in 1.scrub & mask.i loike!!



Eh, lupa pulak..citer pasal mask ni kan, masa 1st order dulu aku ade gak beli Satin Lip Mask.aku beli ni pun sebab bibir aku selalu merekah kekeringan.kadang2 sampai berdarah.huhu..after pakai Lip Mask ni bibir aku jadi lembut & lembap bak sutera.hikhik..kiranya dah tak kering lagi la..


So far aku sangat2 berpuas hati dengan produk skin care MARY KAY ni.insyaAllah next time aku nak try produk2 MARY KAY yang lain pulak.. :)


Wednesday, 23 January 2013

23/01/13..

Hari ni genap 2 tahun kami bertunang..hehe..

Actually aku tak ingat sangat pun tarikh bertunang ni..ye la.dah kawin dah pun kan.so baik ingat tarikh wedding.lagi special.hehe..tapi kan, malam tadi tepat pukul 12am tetiba hp hubby berbunyi.bunyi reminder.aku masa tu tengah mamai2 so takde la kisah sangat.terus sambung zzzzz balik..hehe..

Petang tadi baru teringat nak tanye dia nape hp dia bunyi reminder malam tadi.ade birthday sape2 ke hari ni?then dia ckp, hari ni tarikh kami bertunang..tak sangka pulak dia nak letak kat reminder..so sweet...ngeeeee...

23/01/11

Sayang..

Lagu favourite hubby skrang ni..Sayang ~ Shae..

Hari tu siap suruh aku cari &  download lagu ni kat hp dia.tah hape yang best sangat lagu ni aku pun tak tau.aku dengar biasa2 je..

Yang klakarnye aku sesaje menyakat dia, aku cakap kalau nak suruh aku cari lagu ni dia kena nyanyi dulu.mula2 dia tak nak sebab malu tapi nak punya pasal sanggup nyanyi lagu ni tuh..haha..hubby oh hubby..layan je la..hik hik..

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

[Ulang dari awal]

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Jangan ragukan cintaku
Percaya sayangku
Jaga hatimu untukku
Ku menyayangimu
Semangat hidupku
Ku tetap untukmu
Cintaku selalu milikmu