"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Monday 15 September 2014

Measles..

Jumaat lepas, aku perasan muka aku tiba-tiba je naik ruam kat sebelah pipi. Macam jerawat pasir. Aku ingat mungkin sebab aku period kot. Tu yang naik jerawat. Eh, tapi tak pernah la pulak time aku period naik jerawat halus-halus macam ni. Banyak pulak tuh. So aku pun assume mungkin sebab kesan guna krim & toner Safi kot. Maklumlah baru je tukar. Tak sesuai la tuh. Dalam hati aku dah merungut-rungut. Rugi je beli satu set. Huhuhu.

Balik je dari kerja, aku pun macam biasalah lepak tengok tv dulu. Lagipun aku tak solat, so boleh la tengok tv lama sikit. Ha, masa tu lah badan aku dah start gatal-gatal. Ruam-ruam naik kat bahagian perut, lengan dan leher. Paling teruk gatal kat kulit kepala. Rasa miang sangat-sangat. Macam dah berbulan tak syampu padahal baru 2 hari lepas aku syampu rambut. Aku pun cepat-cepat mandi dan letak syampu tak hengat dunia. Hahaha. Kurang la sikit gatalnya tapi gatal kat badan tak hilang pulak. Makin miang ade la.. Huhuhuhu..

Gatal-gatal tuh berlanjutan sampai la hari Ahad. Ruam-ruam tu pulak dah makin merebak ke muka dan seluruh badan aku. Aku sapu Calamine losyen. Kuranglah sikit gatalnya tapi lepas tuh datang balik. Hubby cakap aku kena allergik. Erk!! Allergik hapenyer. Seumur hidup aku tak pernah la pulak allergik. Semua pun boleh makan. Takde masalah. Yang paling teruk, hubby cakap aku kena sampuk!! Uiks. Sesekati dia jek. Huhuhu.

Dalam pukul 6 petang macam tuh, aku tengok ruam-ruam tuh dah naik sampai ke bibir. Muka aku pulak rasa tegang jek sebab banyak giler bintik-bintik kecik. Macam jerawat pasir. Maka, aku pun decide untuk pergi ke klinik. Doc tengok je bintik-bintik kat tangan aku, terus die ckp "Owh.. ni tanda-tanda measles". Erkk..

Owhhh.. baru aku tau yang aku ni kena demam campak rupanya. Bukan chicken pox yer kawan-kawan. Yang tu lain. Mak aku panggil campak keladi. Patut ler rasa miang semacam. Maka, tak pasal-pasal aku kena injection bagi kurangkan rasa gatal-gatal. Doc cakap aku kena elakkan dari si tecik, takut jangkit. Huhuhu. Kesian dia malam tadi tido dengan daddy je. Mummy terpaksa tido luar. Waaaaaa..!!!

Actually aku dapat MC untuk hari ni. Tapi aku still pergi kerja sebab nak elakkan dari si tecik tuh. Selagi boleh elak, aku cuba elakkan tapi kalau lah dah ditakdirkan si tecik kena jugak, aku redha je lah. Yang penting aku dah cuba.

Syukurlah hari ni dah nampak kurang sikit. Cuma muka aku ni la rasa kasar sangat-sangat. Doc cakap biasanya ambil masa 3 hari jugak nak sembuh. Alhamdulillah lah aku bukan kena chicken pox. Kalau tak, lagi haru. Huhuhuhu.


Friday 12 September 2014

Sambal belacan..

Aku ni bukanlah seorang yang tahan pedas. Kalau makan makanan pedas, wajib ada air bergelas-gelas. Pastu nanti kenyang air jek. Hahahaha.

Lately aku tak tau lah kenapa aku suka sangat makan sambal belacan. Padahal sebelum ni pandang pun tak. Kalau mak aku buat sambal belacan, tak teringin langsung aku nak makan even cuit sedikit pun. Rasanya sejak aku rasa kesedapan makan nasi berlaukkan sup daging, telur masin, timun dan sambal belacan masa kat food court dulu. Perghhhhhh.. terus jatuh cinta. Hihihihi.. Pedas pun pedas lah asalakan sedap. Pembuka selera tuh. Bertambah-tambah nasi!!

Atas permintaan suami yang sememangnya suka sambal belacan, maka aku pun cuba lah buat sendiri dan hasilnyaaaaa..



Senang je rupanya nak buat sambal belacan nih. Aku siap google & tanya kawan-kawan resepinya. Hahaha. Banyak version la pulak. Aku buat yang simple jek. Kata baru first time buat kan. Hihihi. Yang penting hubby cakap SEDAPPPP..!!

Ha, ni bahan-bahannya:


Tumbuk je semua. Lepas tuh campur air perahan limau dan gula sedikit. Siap!!

Dah jadi menu wajib la pulak sekarang ni. Hahaha.

Thursday 11 September 2014

Pengasuh baik tapiiiii.....

Arghhhhhhhh.. stresss...!!! Pengasuh mintak cuti lagiiii... Kali ni 3 hari pulak. Katanya nak bawa mak pergi makan angin minggu depan. Adoiiiii... Serabut aku & hubby fikir. Nak ambil cuti, dua-dua pun dah kehabisan annual leave. Lagipun kami ada audit minggu tuh. Nak suruh MIL jaga, memang takkkkk la sebab MIL bukannya sihat sangat. Nak suruh kawan aku jaga, hubby pulak tak percaya. Huhuhu..

Ermm.. kalau nak tau, inilah masalah utama pengasuh si tecik nih. Asyik nak cutiiiiiiii je. Tiap-tiap bulan mesti nak ambil cuti. Paling tidak, suruh aku balik kerja awal. Macam-macam alasan. Nak pergi hantar anak lah, nak ambil anak lah, nak pergi check up lah (yang ni aku boleh consider lagi), nak ikut suami makan angin lah, nak pergi rewang lah, ada hal lah, dan macam-macam lagi lah. (Eh, banyak pulak 'lah'). Dah namanya pun ambil upah jaga budak kannn. Mana boleh cuti sesuka hati. Macam hari tu seminggu cuti raya, aku baru je start kerja 3 hari dia cakap nak cuti pulak. Ada hal kahternyerrrr. Stress betul lah.

Tu jelah satu-satunya masalah pengasuh aku ni. Tapi kalau bab-bab jaga si tecik memang TIPTOP. Selama setahun lebih duduk dengan pengasuh, segala makan pakainya terjaga. Sentiasa bersih. Aku rasa bila kat rumah sendiri, si tecik lagi comot berbanding duduk kat rumah pengasuh. Hahaha. Lagi satu, family pengasuh ni jenis yang sukakan budak-budak. Penyayang sangat sampaikan si tecik tu jadi manja dengan diorang. Kadang-kadang si tecik buat tak tau je bila mummy datang nak ambil dia. Amboiii kemain dia takmo balik yerr.

Selama ni, kami macam tak kisah sangat lah kalau pengasuh nak cuti sebab dia jaga si tecik sebaik-baiknya. Bukan senang nak cari pengasuh macam tu. Bila aku fikir-fikir balik, macam kami ni terlalu berlembut sangat. Asal pengasuh mintak cuti, kami kata ok even dia inform sehari sebelum tuh. Dah kelam kabut nak cari orang jaga si tecik. Lastly, terpaksalah ambil cuti emergency even banyak gilerr kerja! Huhuhu. So, kali ni kami decided untuk berkeras sikit. Aku cakap dengan pengasuh yang aku tak boleh cuti dan daddy pulak ade kursus. Susah nak cari orang jaga si tecik. Nak tak nak, dia terpaksa lah cancel. Tak taulah dia marah ke hape. Huhuhu.

Bila jadi macam ni, aku rasa macam nak cari pengasuh baru je tapiiii takut pulak orang tuh tak jaga anak aku betul-betul.

Ermmmm.. peningggggggggg...