Arghhhhhhhh.. stresss...!!! Pengasuh mintak cuti lagiiii... Kali ni 3 hari pulak. Katanya nak bawa mak pergi makan angin minggu depan. Adoiiiii... Serabut aku & hubby fikir. Nak ambil cuti, dua-dua pun dah kehabisan annual leave. Lagipun kami ada audit minggu tuh. Nak suruh MIL jaga, memang takkkkk la sebab MIL bukannya sihat sangat. Nak suruh kawan aku jaga, hubby pulak tak percaya. Huhuhu..
Ermm.. kalau nak tau, inilah masalah utama pengasuh si tecik nih. Asyik nak cutiiiiiiii je. Tiap-tiap bulan mesti nak ambil cuti. Paling tidak, suruh aku balik kerja awal. Macam-macam alasan. Nak pergi hantar anak lah, nak ambil anak lah, nak pergi check up lah (yang ni aku boleh consider lagi), nak ikut suami makan angin lah, nak pergi rewang lah, ada hal lah, dan macam-macam lagi lah. (Eh, banyak pulak 'lah'). Dah namanya pun ambil upah jaga budak kannn. Mana boleh cuti sesuka hati. Macam hari tu seminggu cuti raya, aku baru je start kerja 3 hari dia cakap nak cuti pulak. Ada hal kahternyerrrr. Stress betul lah.
Tu jelah satu-satunya masalah pengasuh aku ni. Tapi kalau bab-bab jaga si tecik memang TIPTOP. Selama setahun lebih duduk dengan pengasuh, segala makan pakainya terjaga. Sentiasa bersih. Aku rasa bila kat rumah sendiri, si tecik lagi comot berbanding duduk kat rumah pengasuh. Hahaha. Lagi satu, family pengasuh ni jenis yang sukakan budak-budak. Penyayang sangat sampaikan si tecik tu jadi manja dengan diorang. Kadang-kadang si tecik buat tak tau je bila mummy datang nak ambil dia. Amboiii kemain dia takmo balik yerr.
Selama ni, kami macam tak kisah sangat lah kalau pengasuh nak cuti sebab dia jaga si tecik sebaik-baiknya. Bukan senang nak cari pengasuh macam tu. Bila aku fikir-fikir balik, macam kami ni terlalu berlembut sangat. Asal pengasuh mintak cuti, kami kata ok even dia inform sehari sebelum tuh. Dah kelam kabut nak cari orang jaga si tecik. Lastly, terpaksalah ambil cuti emergency even banyak gilerr kerja! Huhuhu. So, kali ni kami decided untuk berkeras sikit. Aku cakap dengan pengasuh yang aku tak boleh cuti dan daddy pulak ade kursus. Susah nak cari orang jaga si tecik. Nak tak nak, dia terpaksa lah cancel. Tak taulah dia marah ke hape. Huhuhu.
Bila jadi macam ni, aku rasa macam nak cari pengasuh baru je tapiiii takut pulak orang tuh tak jaga anak aku betul-betul.
Ermmmm.. peningggggggggg...

No comments:
Post a Comment