Jumaat lepas, aku perasan muka aku tiba-tiba je naik ruam kat sebelah pipi. Macam jerawat pasir. Aku ingat mungkin sebab aku period kot. Tu yang naik jerawat. Eh, tapi tak pernah la pulak time aku period naik jerawat halus-halus macam ni. Banyak pulak tuh. So aku pun assume mungkin sebab kesan guna krim & toner Safi kot. Maklumlah baru je tukar. Tak sesuai la tuh. Dalam hati aku dah merungut-rungut. Rugi je beli satu set. Huhuhu.
Balik je dari kerja, aku pun macam biasalah lepak tengok tv dulu. Lagipun aku tak solat, so boleh la tengok tv lama sikit. Ha, masa tu lah badan aku dah start gatal-gatal. Ruam-ruam naik kat bahagian perut, lengan dan leher. Paling teruk gatal kat kulit kepala. Rasa miang sangat-sangat. Macam dah berbulan tak syampu padahal baru 2 hari lepas aku syampu rambut. Aku pun cepat-cepat mandi dan letak syampu tak hengat dunia. Hahaha. Kurang la sikit gatalnya tapi gatal kat badan tak hilang pulak. Makin miang ade la.. Huhuhuhu..
Gatal-gatal tuh berlanjutan sampai la hari Ahad. Ruam-ruam tu pulak dah makin merebak ke muka dan seluruh badan aku. Aku sapu Calamine losyen. Kuranglah sikit gatalnya tapi lepas tuh datang balik. Hubby cakap aku kena allergik. Erk!! Allergik hapenyer. Seumur hidup aku tak pernah la pulak allergik. Semua pun boleh makan. Takde masalah. Yang paling teruk, hubby cakap aku kena sampuk!! Uiks. Sesekati dia jek. Huhuhu.
Dalam pukul 6 petang macam tuh, aku tengok ruam-ruam tuh dah naik sampai ke bibir. Muka aku pulak rasa tegang jek sebab banyak giler bintik-bintik kecik. Macam jerawat pasir. Maka, aku pun decide untuk pergi ke klinik. Doc tengok je bintik-bintik kat tangan aku, terus die ckp "Owh.. ni tanda-tanda measles". Erkk..
Owhhh.. baru aku tau yang aku ni kena demam campak rupanya. Bukan chicken pox yer kawan-kawan. Yang tu lain. Mak aku panggil campak keladi. Patut ler rasa miang semacam. Maka, tak pasal-pasal aku kena injection bagi kurangkan rasa gatal-gatal. Doc cakap aku kena elakkan dari si tecik, takut jangkit. Huhuhu. Kesian dia malam tadi tido dengan daddy je. Mummy terpaksa tido luar. Waaaaaa..!!!
Actually aku dapat MC untuk hari ni. Tapi aku still pergi kerja sebab nak elakkan dari si tecik tuh. Selagi boleh elak, aku cuba elakkan tapi kalau lah dah ditakdirkan si tecik kena jugak, aku redha je lah. Yang penting aku dah cuba.
Syukurlah hari ni dah nampak kurang sikit. Cuma muka aku ni la rasa kasar sangat-sangat. Doc cakap biasanya ambil masa 3 hari jugak nak sembuh. Alhamdulillah lah aku bukan kena chicken pox. Kalau tak, lagi haru. Huhuhuhu.
No comments:
Post a Comment