"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Tuesday 4 July 2017

Raya 2017

Assalammualaikum..

Selamat Hari Raya semua. Hari ni dah raya ke 10. Cepat je kan. Nanti tau2 dah habis Aidilfitri then tup2 bulan puasa semula. Phewww..

Raya tahun ni paling mencabar dan memenatkan! Penghujung Ramadhan, satu family aku tak sihat. Demam, selsema dan batuk. Si kakak tak demam tapi selsema teruk sangat. Mood memang la kelaut. Tak ada selera makan. Si adik pulak 2 hari sebelum raya dia demam panas. On off sampai la raya pertama. Nak tumbuh gigi agaknya. Cranky sepanjang hari. Nak berdukung dan melekap dengan mummy. Bila orang lain cuba nak dukung dia menangis macam histeria. Memang taknak langsung even dengan daddy. So aku jadi penat sangat-sangat. Dah la tak berapa nak sihat. Huhu.

Tahun ni turn beraya di rumah MIL. So aku memang stress tahap maximum. Yela dah la anak-anak tak sihat, then takkan la tak tolong MIL masak kan. Kalau kat rumah mak aku boleh la skip sebab mak aku faham. MIL pun tak berapa sihat. Kesian la pulak. Aku hanya tolong prepare bahan-bahan je selebihnya MIL dan SIL masak. Itu je yang aku termampu. Huhu.

Raya pertama, anak-anak moody. Kakak tak nak pakai baju raya. Adik macam biasa asyik berdukung. Dari pagi sampai la ke petang. Sepatutnya plan asal nak balik kampung hubby di Raub tengah hari, tapi bila tengok keadaan anak-anak macam tu, terus cancel. Gambar raya pun tak sempat nak ambil. Kakak tidur dari pukul 11 pagi sehingga 3 petang! Lama betul. Bangun je dari tidur, terus cari makan. Alhamdulillah dah recover. Adik pun asyik tidur. Macam tak bermaya. Petang tu tiba-tiba badan dia panas semula. Kami bawa ke klinik. Balik dari klinik, tiba-tiba pulak si adik sihat. Hurmmm. Dalam pukul 6 lebih, bila tengok anak-anak dah ok sedikit, terus plan balik Raub malam tu jugak.

Raya kedua, beraya rumah saudara mara di Raub. Kali ni adik memang meragam habis. Menangis, menangis dan menangis. Setiap rumah dia akan menangis. Nak mummy dukung. Maybe tak selesa sebab panas sangat maklumlah rumah kampung. Aku masih bertahan. Sabar, sabar dan sabar even dalam hati macam ada gunung berapi tunggu masa untuk meletus je. Huhu. Nasib baik la tak lama stay di kampung. Malam tu jugak balik semula ke rumah MIL.

Raya ketiga, tengah hari balik ke rumah mak aku di Seremban. Masa ni kakak dah fully recover tinggal batuk sikit je. Adik pun dah ok cuma masih lagi tak boleh berenggang dengan mummy. Melekap. Then bila sampai rumah mak aku, baru la adik nampak happy. Boleh la main-main dengan sepupunya. Mungkin kat sini dia kenal semua orang kot. Dapat la aku rehat kejap. Phewww.

Raya keempat, ada family day di Segamat iaitu family side aku. Every year memang ada family day cuma tempat je berbeza ikut turn. Kat sini, adik sangat behave. Berlari sana sini. Main dengan sepupu-sepupu dia. Tak ada la asyik melekap dengan mummy 24 jam. Yang penting dia nak dukung dengan semua orang. Ramai kakak sepupu yang melayan. Best la dia. Hihi. Di Segamat ni tak lama pun, dalam pukul 3 petang bertolak balik ke Seremban. Then around 7 malam selamat sampai di Seremban.

Raya kelima, masih berada di rumah mak aku. Adik beradik aku berkumpul semula sebab tahun ni adik beradik perempuan semua beraya di rumah mertua. So raya kelima baru dapat berjumpa. Mak aku masak juadah raya lagi. Sedap tak terkata. Hihi. Lepas Isyak, berkemas-kemas untuk balik ke rumah sendiri pulak. Home sweet home!!

Raya keenam, duduk rumah je. Rehat sepenuhnya. Anak-anak behave sangat-sangat. Adik dah tak mintak dukung. Leka main dengan kakak. Mungkin lebih selesa berada di rumah sendiri. Hubby awal pagi dah pergi rumah MIL sebab nak bantu sedikit preparation untuk rumah terbuka esoknya. Aku surrender awal-awal. Tak larat nak ke rumah MIL. Badan letih dan sakit kepala. Plan nak duduk rumah sambil laundry dan kemas rumah.

Raya ketujuh, pukul 8 pagi dah terpacak di rumah MIL. Haha. Actually MIL bukan lah buat rumah terbuka besar-besaran pun. Cuma makan-makan untuk family sebelah Raub sebab masa balik kampung hari tu ramai yang bertanya bila MIL aku nak buat makan-makan. So tak ada lah banyak sangat kena masak. Menunya mee kurma, bihun goreng, ubi rebus dan sambal bilis, sandwich, sate dan tembikai. Sepatutnya majlis bermula lepas Zohor tapi sehingga lepas Asar tak ada sorang pun muncul. Semua tak dapat datang. Huhu. So MIL pun jemput kawan-kawannya datang. Aku pula jemput sorang kawan aku yang stay area rumah MIL. Baru la meriah sedikit. Then pukul 8 malam, ada la sorang sepupu dari Raub datang. Diikuti dengan kakak MIL satu family. Lastly, mak cik hubby side Raub pun sampai. Tu je tetamu yang datang. Jadilah. Hahaha. Malam tu jugak kitorang balik rumah. So penat.

Raya kelapan, rehat. Petang bawa anak-anak pergi jalan-jalan kejap ke Tesco sambil beli groceries. Macam biasa anak-anak beli mainan. Malamnya preparation untuk anak-anak ke rumah babysitter dan mummy pergi kerja.

So, habislah cerita seminggu beraya 2017. Gambar raya tak ada. Sekian. Haha.


Wednesday 24 May 2017

Ubat

Assalammualaikum

Sejak seminggu lepas, anak-anak kurang sihat. Mula-mula Sofea demam. Sebenarnya dah setahun Sofea tak demam. Last dia demam masa umur belum masuk 3 tahun lagi, iaitu bulan Jan 2016. Sekarang dah bulan Mei 2017. Agak lama jugak kan?. Alhamdulillah, esoknya suhu dah dah kembali normal tapi tiba-tiba Sufi pulak demam. Bergilir-gilir. Si adik pun sama, sehari je demam tapi aku bawa juga la dia ke klinik sebab takut melarat especially bila di rumah babysitter. So standby je la ubat. Alhamdulillah, esoknya Sufi dah tak demam. Pelik kan demam sehari je. Hurmmm..

Actually aku memang jenis tak biasakan anak-anak dengan ubat. Kalau setakat dedar atau hampir-hampir nak demam, aku hanya 'sponging' secara kerap, pakaikan pakaian yang nipis dan bagi minum air banyak-banyak. Then aku akan masak sup ayam yang di dalamnya aku lebihkan halia dan bawang putih. Kalau selsema pulak, aku akan hiris bawang merah sebiji dan letakkan di dalam bilik. Selebihnya doa banyak-banyak. That's all. Sebolehnya aku nak antibodi diorang 'bekerja' sedikit. Jangan dimanjakan sangat dengan ubat. Ha gituu. Antibodi pun nak bermanja. Haha.

Beberapa hari kemudian, tiba-tiba Sufi selsema. Disebabkan ubat yang doktor bagi masa demam hari tu tak terusik dan harganya begitu mahal RM 75 okayyy so aku decide untuk bagi Sufi ubat selsema. Aku bagi ubat tu around 7.30 malam dan pukul 8.00 Sufi dah tidur. Awalnya dan senangnya dia tidur. FYI, Sufi ni memang jenis susah sangat nak tidur. Sebelum tidur kena pangku dan dodoi dia setengah jam baru la mata dia lelap. But lepas makan ubat tak payah nak dodoi terus lelap! Kebiasaannya selepas sejam tidur, Sufi akan terjaga dan menangis. Of course la nak susu. Tapiii kali ni dia terjaga, then duduk sambil pandang keliling macam mamai-mamai sedikit lepas tu letak kepala kat bantal dan tidur semula. First time dia tidur semula without menyusu! OMG!!

Now baru aku realize yang ubat selsema ni ada dua jenis iaitu mengantuk dan yang tak mengantuk. Kalau jenis yang mengantuk, lepas consume memang akan tidur je. Maybe untuk rehat secukupnya. Erkk. Ok lepas ni kena lebih berhati-hati atau mungkin tak perlu bagi ubat kot. Natural remedy je lah. Huhu.

Friday 12 May 2017

Sufi 1 tahun..

Assalammualaikum.

11 May 2016. Pejam celik dah setahun aku melahirkan Sufi. Besar dah baby boy mummy sorang ni. Makin banyak akal. Ada saja benda yang pelik-pelik dia buat. Dah nama pun boy kan. Haruslah extreme. Haha.

Di usia Sufi sekarang ni, alhamdulillah dia dah ada 2 batang gigi. Gigi ni mula tumbuh masa dia berumur 10 bulan. Kalau nak dibandingkan dengan kakaknya, Sufi ni jarang pulak menggigit masa menyusu. Fuhh lega mummy. Cuma dia sangat lasak bila menyusu. Menonggeng, meniarap, naik atas badan mummy, berpusing-pusing badan dan macam-macam aksi lagi lah. Letih betul kalau tengok dia menyusu. Macam main-main pun ada. Sabar jelah. Kadang2 rasa penat sangat menyusukan dia. Dah tu, 'peel' menyusu banyak2 kali. Dalam sejam, ada la 3, 4 kali menyusu. Saja je nak main2. Haishhhh.

Selepas tumbuh gigi, Sufi dah mula cuba-cuba untuk berdiri sendiri. Then masuk je 11 bulan, dia dah mula melangkah sedikit demi sedikit dan terus berjalan. Sejak 'dapat kaki' ni, kerja dia berjalan je lah. Kadang-kadang atas katil pun tak pasal-pasal dia berdiri dan berjalan. Seriau mummy tengok tau. Takut terlajak je, terus menjunam ke bawah. Menangis tak berlagu. Huhu. By the way, setakat ni dia tak pernah jatuh katil dengan teruk lagi tau. Kalau jatuh pun sebab dia nak memanjat. Bukannya jatuh masa tido.  Pencapaian terbaik sebab kakaknya dulu berpuluh-puluh kali jugak jatuh katil masa tengah tido. Lasak sangat kot tidonya. Haha. Mungkin jugak kali ni mummy dan daddy lebih berjaga-jaga kot. Belajar dari pengalaman.

Benda paling mudah jaga Sufi ni ialah bab makan. Dia jenis tak cerewet langsung pasal makan. Bedal je apa-apa pun. Sejak mula makan masa umur 6 bulan sehingga lah ke hari ni, dia tak pernah menolak kalau disua makanan. Ambil dan terus ngap! Haha. Memang seronok kalau dapat anak macam ni, tapi part tak seronok bila banyak makanan yang dia tak boleh makan atau kena pantang. Kesian dia. Kalau salah makan sikit, mula la eczema dia akan jadi teruk. Naik ruam. Gatal dan garu2 end up luka dan berdarah. Huhu. Setakat ni, aku dah introduce sikit2 makanan yang boleh trigger eczema dia. Bukanlah aku suka tengok dia gatal dan bergaru tapi untuk betul2 pastikan sama ada dia alergik atau tak dengan makanan tu. So tak ada lah semua makanan yang dikatakan alergik dia tak boleh makan. Contohnya ayam. So far dia ok je makan ayam tapi aku masih berpada2. Takutttt. Haha.

Sufi ni sangat rapat dengan kakak. Walaupun kakak tu selalu buli dia, tapi dia tetap sayang sangat dengan kakak. Buktinya kalau disuruh sayang kakak, kemain laju pergi ke kakak dan cium2 kepala, pipi kakak semua. Siap peluk lagi tu. Cuba suruh dia sayang mummy, krikk krikk krikkk. Buat tak layan. Geram betul! Maklumlah, kakak kan sentiasa ada bersama dia 24 jam sehari. Mana taknya sayang kakak lebih. Huhu.

Apa2 pun mummy harap kasih sayang adik beradik ni akan kekal sepanjang hayat. Amin.

Happy 1st Birthday Sufi!



Friday 3 March 2017

Sufi 9 bulan..

Assalammualaikum.

Hari ni tiba-tiba pulak terajin tertengok terbelek post lama. Baru sedar aku jarang sangat post pasal si Sufi. Alahai macam mana mummy nak refer balik bila dah ada anak ke tiga nanti?? Ehhh... :)

Ok lah hari ni nak cerita pasal Sufi si budak manja tu. Now Sufi dah 9 bulan lebih. Ohhh cepatnya masa berlalu. Aku perhatikan milestone si Sufi ni agak lambat berbanding baby-baby lain. Tak payah jauh-jauh nak compare dengan baby lain, even dengan kakak pun dia kalah. Mana taknya si kakak meniarap masa umur 6 bulan, si adik pulak umur 8 bulan baru pandai meniarap. Walaupun lambat meniarap tapi Sufi terus menjulur ke depan tak macam si kakak asik masuk gear reverse je sehingga umur 9 bulan. Hahaha. 

Masuk je umur 9 bulan, Sufi cuba-cuba untuk duduk. Then, dalam masa 2 minggu dia dah pandai duduk sendiri, merangkak, memanjat dan berdiri lepas tangan! Haa tengok sekaligus dia buat. Lambat tapi cepat. Hihi. Baru lah gelabah mummy asyik jerit Nooooo Sufi. Noooooo sebab memanjat rak TV. Adoiii tak boleh tinggal, mesti kena monitor. Si kakak pulak tak boleh diharap sangat. Kadang-kadang saja dibiar adik tergolek-golek jatuh. Huhu.

Orang kata baby boy ni manja dengan mak. Memang betul pun!! Sangat manja. Just imagine malam-malam aku tak boleh berenggang dengan dia langsung. Tengah tidur pun dia boleh alert mummy tak ada kat sebelah. Jadinya mummy nak bangun weewee pun tak boleh. Harap-harap lah tak kena penyakit batu karang akibat selalu tahan kencing. Huhu. Satu lagi, baby boy memang berani kan? Semua benda dia nak cuba. Sebagai contoh, naik kereta syiling lima puluh sen tuh. Alaaaa tak tau apa nama dia. Faham-faham jela eh. Haha. Masa si kakak dulu, umur setahun lebih baru berani naik. Tu pun muka ketat je sebab takut. Cuba bagi si adik. Haa umur 7 bulan dah pandai naik. Siap terlompat-lompat suka. Kalau dah nama lelaki kan, memang lah tahan sakit. Jatuh tergolek macam mana pun, kejap je menangis lepas tu buat balik. Tu belum lagi si kakak ketuk, sekeh, tunjal kepala dia rilex je. Siap boleh gelak-gelak lagi. Dia ingat kakak bergurau agaknya. Adoii. Gurau kasar tu dik. Huhu.

Bab makan. Sufi ni ikut gen daddy kot. Kuat makan! Tapi yang peliknya berat tak naik banyak. 8 kg je. Ha yang ni ikut gen mummy. Haha. Since umur dia 6 bulan sehingga sekarang, dia tak pernah sekali pun menolak apa-apa makanan yang disuap. Even demam pun masih berselera makan. Maka senang lah kerja mummy. Buat lah puree atau bubur apa pun tanpa perlu risau direject. Oh ya disebabkan Sufi ada eczema, aku pun agak berhati-hati bagi makanan yang sesuai. Bukan semua makanan boleh bagi especially yang mengundang gatal. Eczema baby memang akan alergik pada ayam dan sesetengah ikan. Tapi both penting pulak untuk memperbaiki kulit. So, nak tak nak kena slowly intro. Setakat ni dah introduce ayam dan ikan salmon. Nampak macam tak ada allergik. Alhamdulillah. Senang hati mummy. Kalau dulu mummy kisar halus bubur dia, sekarang tak perlu lagi. Dia dah boleh makan bubur macam biasa walaupun gigi sebatang pun tak ada lagi.

Rasanya tu je la cerita serba sedikit pasal baby boy manja ni. Next time cerita lagi (kalau rajin dan ada masa) :)

Friday 20 January 2017

Eczema - Part 3

Assalammualaikum...

Sebelum ni, aku ada story pasal mandian dan krim pelembap yang Sufi gunakan di sini . So far tak ada apa-apa masalah. Cuma, aku ni pantang betul ada orang review atau share produk tu elok untuk eczema, confirm aku akan serach dan end up beli. Haha. Biasa la kan. Sindrom mak-mak sangat. Semuanya nak yang terbaik untuk anak.

So, disebabkan terpengaruh, aku pun try la beli mandian BUDS super soothing hydrating cleanser. Apa yang menarik tentang mandian ni:-


Cleanse sore, irritated and eczema-prone skin as gently as possible and treat baby to a prebiotic enhanced bathing experience. Gluco-oligosaccharide is a prebiotic that selectively fuels the growth of the healthy bacteria on your baby's skin while inhibiting the growth of detrimental bacteria. 

Masa mula-mula guna, kulit Sufi jadi agak kering dan kasar. Aku rasa mungkin baru first time guna kot. Selepas beberapa minggu guna, nak dijadikan cerita cleanser ni tertinggal pulak kat rumah mertua. Adoii. Nak beli baru macam rugi pulak sebab masih banyak lagi plus tak tau serasi atau tidak untuk Sufi. Nak tak nak terpaksa la cari alternatif lain.

Yerr kalau nak diikutkan, aku ok je tak guna apa-apa sebagai mandian Sufi. Tapiiii pengasuh Sufi tu haa, walaupun aku cakap tak payah pakai sabun atau apa-apa pada Sufi, tapi dia macam tak puas hati sebab baby tak bau wangi. Huhu. Susah nak explain pada orang yang tak berpengetahuan pasal Eczema ni. Walau macam mana pun, aku tetap bersyukur dapat pengasuh ni sebab penyabar orangnya melayan karenah Sufi yang agak crancky disebabkan eczema dia tu. Jadi untuk ganti kepada BUDS clenser tu, aku guna Rooibos Tea je.


Sebenarnya aku tau pasal Rooibos Tea ni dari group Eczema. Teh ni asalnya dari Africa. Memang banyak khasiatnya kalau diminum setiap hari. Untuk eczema, ia dapat mengurangkan rasa gatal-gatal dan merenyam pada badan. Walaupun kulit Sufi dah nampak ok sedikit, tapi badan dia masih gatal-gatal especially lepas mandi. Asyik bergaru-garu satu badan macam merenyam. Maka aku pun search la produk organik yang boleh kurangkan sedikit rasa gatal tu. Finally jumpa Rooibos Tea. Untuk Sufi, aku rendam uncang teh dalam air panas then aku campurkan dalam air mandian dia. 1 uncang boleh la guna 3x rendaman untuk mandi seharian. Teh ni melembapkan kulit Sufi dan of course la ada bau daun teh. Haha. Setakat ni aku tengok tak ada perubahan apa-apa pulak. Gatalnya masih sama cuma kulitnya jadi makin lembut dan kurang kering. Pengasuh pun cakap teh ni melembapkan kulit Sufi. Rasanya terpaksa la aku melupakan BUDS cleanser kat rumah mertua tu. Haha. Ok next entry nak cerita pasal allergy test pulak.

Friday 23 December 2016

Eczema - Part 2

Sambungan dari Part 1.. (Lama betul nak up post baru.. haha)

Selepas hilang ruam-ruam halus tu, eczema Sufi on off lagi tapi tak berapa teruk sehingga lah hujung bulan October iaitu umurnya 5 bulan lebih. Masa ni flare up sampai berdarah-darah. Setiap hari pakai mittens dan potong kuku. Actually kukunya pendek, tapi jenis kuku yang nipis (macam kuku mummy..hihi). Walaupun ditrim setiap hari tapi tetap tajam. Parts yang selalu berdarah di belakang lutut dan pipi sebelah kiri. Asal garu, confirm berdarah. Huhu.

23 October, apointment untuk vaksin 5 bulan. Doktor tengok keadaan Sufi, terus cakap "I cannot give this baby vaccine!". Mungkin doktor tu takut kalau vaksin penyebab eczema Sufi makin teruk. Lagipun kalau orang biasa tengok luka-luka tu memang agak menakutkan. Padahal luka tu dah kering dan ok sedikit. Doktor tu je yang gelabah siap suruh pergi klinik pakar then lagi 2 minggu datang balik untuk vaksin. Tapi lepas 2 minggu aku tak datang semula pun. Haha. Aku & hubby decide pergi ke pakar kanak-kanak Dr. Chong.

Asalnya kami hanya datang untuk check eczema Sufi sahaja tapi kebetulan kat situ juga ada injection untuk vaksin. Then doktor kata tiada kaitan eczema dan vaksin sebab sekarang ni vaksin dah upgrade bukan macam dulu-dulu (tak pasti upgrade tang mana). So, kami pun decide untuk teruskan je la injection vaksin. Memandangkan masa tu Sufi dah nak masuk 6 bulan, so doktor bagi dua-dua sekali - vaksin 5 bulan dan 6 bulan.

Doktor Chong ni sangat-sangat best tau. Very friendly. Dia explain satu persatu according to gambar. Tenang dan sabar je jawab macam-macam soalan dari aku. Haha. Happy dan puas hati sangat dapat jumpa doktor ni. Tak hairanlah klinik ni sentiasa penuh especially on weekend! (Nasib baik kami pergi hari Selasa). Doktor tu cakap eczema Sufi ni tak adalah teruk sangat tapi kena extra care. Pastikan kulit dia sentiasa lembap. Bila kering, tu yang jadi gatal sangat-sangat.

Aku ada tanya jugak pasal steroid. Doktor ni senyum je. Macam biasa la kan, mana-mana doktor memang takkan lari dari krim steroid. Lagi pulak keadaan luka Sufi berair. Takut kena jangkitan kuman. Walaupun doktor cakap hanya apply untuk beberapa hari dalam kuantiti yang sangat minimum, tapi aku tak berani la nak guna. Other than krim steroid, doktor ada bagi krim Ceradan. Ceradan ni aku prefer sangat sebab Sufi agak serasi (buat masa ni). Luka cepat sembuh dan kulit kurang kasar dan tebal. Cuma macam yang doktor pesan, walaupun kulit nampak ok dan tak kering tapi mesti teruskan apply moisturizer setiap hari without fail.

So, setakat ni (akhir bulan Nov) ni la senarai pelembap & mandian yang Sufi guna:-

1) Dermaveen Bath Oil - Disebabkan kulit Sufi yang kering, so aku guna oil based untuk mandian dia. So far bath oil ni ok cuma masalahnya susah nak cari. Biasanya di farmasi-farmasi biasa tak ada jual. Kalau nak beli pun through online. Aku beli ni pun di farmasi Caring. Harga dalam RM70 dan boleh guna sehingga 2 bulan.



2) Ceradan Cream - Krim yang doktor pakar bagi. Setakat ni dah 2 tube guna. Krim ni pun susah nak dapat. Ni pun aku order dari farmasi. Seminggu baru dapat. Aku suka krim ni sebab kulit Sufi akan jadi lembut bila apply 2-3 kali.


3) VCO - Sebelum ni aku guna D'herbs VCO. Dah 2 kali beli. Then hari tu nak beli lagi tapi dah habis stok. So beli la VCO Hidayah keluaran Serai Mas. Baru aku tau, VCO ni bukan semuanya sama. VCO Hidayah ni nampak berkesan sedikit especially bila luka berair. Malam ni sapu, esoknya luka tu dah kering. Walaupun baunya agak kuat berbanding VCO D'herbs tapi kesannya bagus. So aku decide beli VCO Hidayah je lepas ni.


Sambungan di next entry.... :)


Tuesday 29 November 2016

Eczema - Part 1

Assalammualaikum.

Hari ni ada masa sedikit untuk cerita pasal eczema anak kedua ku. Sebenarnya memang tak sangka betul eczema Sufi akan jadi lebih teruk dari kakaknya, Sofea. Mengikut pembacaan aku, Sofea hanya mild eczema sebab hanya hubby sahaja yang allergy. Now, bila hubby dan kakak ada allergy, maka adik akan 'high risk' untuk develop eczema. Senang cerita macam ni:-

Kakak ada 'atopic condition' = Adik low risk to develop eczema
Mummy atau Daddy ada 'atopic condition' = Adik moderate risk to develop eczema
Mummy dan Daddy / Mummy dan Kakak / Daddy dan Kakak ada 'atopic condition' = Adik high risk to develop eczema.


'Atopic conditions' : asthma, eczema, hay fever atau food allergy


22 August 2016. Masa ni Sufi baru lepas vaksin untuk 3 bulan. Lepas injection tu, dia macam crancky je. Semua benda tak kena. Bermula dari tarikh itu lah eczema Sufi 'flare' on off sehingga la hari ini. Kadang-kadang baru je elok licin kulitnya, then naik balik. 

Aku perasan eczema Sufi mula dari muka. Bahagian pipinya ada tompok-tompok putih. Ingatkan sebab kulit dia belum mature, tak pun sebab ruam panas. Then lepas vaksin tu, kulit kat situ jadi kering sangat. Bila dah kering tu of course la gatal kan. Then jadi makin teruk bila dia menggaru, Kesan dari garuan (bukan gurauan ye. haha)  tu, kulit jadi calar balar dan luka. Luka tu pulak kena jangkitan kuman. So mula la berair dan jadi makin gatal. Then bila luka tu baru je nak kering, dia menggaru lagi. Dah luka balik. Memang tak kan pulih la macam tu. Kalau ok pun, sekejap je. 


Mula-mula melecet sikit

Bila digosok2 jadi macam ni

Dah kering sikit
Kering dan berdarah kesan garuan

Cara untuk kurangkan kegatalan tu, aku kena pantang makan. No seafood & egg at all! Ye la sebab aku kan masih breastfeed dia. Nak tak nak, berkorban la sedikit untuk anak. Actually banyak je makanan yang aku pantang lagi. Kekacang, dairy foods dan makanan yang masam-masam. Terpaksa la aku melupakan mangga muda favourite ku itu! Huwaaa.. Untuk luaran pulak, aku hanya sapu VCO especially selepas mandi. Kadang-kadang sapu sedikit Herbal Blend bila kulit terluka. Nampak ok sedikit.

3 minggu selepas vaksin, Sufi demam. Suhu tak tinggi sangat. Dalam masa 3 hari dah sembuh. Tak tau sebab apa dia demam. Tiba-tiba je.

Budak demam

Then seminggu selepas sembuh dari demam, seluruh badan dan muka dia naik ruam-ruam halus. Mula-mula aku ingatkan mungkin eczema, tapi rasa tak sedap hati pulak, Simptom2 macam kena measles. Terus bawa dia pergi klinik. Alhamdulillah, doktor cakap bukan measles sebab dia tak demam dan nampak aktif (apa taknya, dia dok sengih2 dengan doktor. Haha). Doktor cakap mungkin dia ni allergik dengan habuk or environment.

Macam measles kan??


Macam biasa la kan, kalau pergi klinik confirm dapat ubat steroid - Hydrocot & Mometasone. Sighhh. Tapiii aku tak guna pun ubat tu. Takut kesan sampingan lagi jadi teruk.

Sambungan.. next enrty..

Wednesday 21 September 2016

Si Adik Demam..

Tak tau lah apa puncanya si adik demam. Nak katakan berjangkit dari family members yang demam tak ada pulak. Nak katakan nak tumbuh gigi, aikkk tak kan 4 bulan lebih nak tumbuh gigi kot?? Ermmm.. mungkin musim demam agaknya.

Petang Khamis, 15 Sept tu babysitter inform hubby (sebab hubby yang jemput anak-anak) badan si adik panas. Dia tak meragam tapi senyap je dan tak berap aktif. Balik rumah, aku rasa kepala dia agak panas. Bila check suhu, dalam 37°C. Orang kata dedor. Means tak demam lagi la. Aku basahkan kain lampin then lap-lap kepala dan badan dia. Mood dia pun ok. Tak meragam dan tido pun nyenyak.

Esoknya, 16 Sept bermula lah episod cranky dia. Nasib baik lah mummy cuti Malaysia Day. Memang berkepit je la. Seharian dia serba tak kena. Tido pun kejap-kejap. Nangis, nangis dan nangis sepanjang hari. Biasanya kalau berdukung dia senyap tapi hari tu dukung pun dia masih menangis. Then satu badan dan muka naik rashes. Sebab itu kot dia meragam. Tak selesa habis badan gatal-gatal. Huhu. Sepatutnya hari tu hubby kerja shift malam tapi aku suruh dia cuti. Tak larat wehhh.. Lagipun, si adik asyik nak dengan daddy je. Nak daddy dodoi dan tidokan. Keadaan cranky dia tu berlanjutan sampai ke malam. Suhu pun kejap-kejap naik sampai 38°C. Bila lap-lap badan dia dengan kain basah, baru lah turun suhu. Mummy dan daddy dah macam panda. Mata lebam masing-masing tak cukup tido. Huhu.

Pagi Sabtu, keadaan adik tak baik lagi. Badan masih lagi panas tapi tak demam. Suhu setakat 37°C lebih je. End up kami bawa jugak pergi ke klinik. Risau la pulak kalau sebab lain. Sekarang kan banyak penyakit. Huhu. Doktor cakap hanya demam biasa. Tekak dan paru-paru semua ok. Fuhh lega mummy. Balik dari klinik, cek suhu semula tengok-tengok suhu dah normal. Bertuah punya budak. Nak jugak pergi klinik baru ok walaupun tak makan ubat lagi pun. Haha.

Now tinggal rashes je tak hilang sepenuhnya lagi. Tak sure la eczema or rashes apa entah. Yang pasti itu yang buat dia tak selesa nak tido. Tapi dah dua malam, dia tido dengan lenanya. Tido di atas katil tanpa berbuai pun. Alhamdulillah. Senang hati mummy dan daddy. Harap-harap adik sembuh sepenuhnya. Aminn..


Thursday 15 September 2016

Anak kedua..

Oh yer. Rasanya tak pernah lagi aku cerita pasal anak kedua aku ni kan. Meh aku cerita serba sedikit pasal Sufi ni ha. Hihi.

Dilahirkan pada 11 May 2016, Rabu, 1.28 pagi. Sekarang dah berumur 4 bulan.

Sejujurnya perjalanan Sufi sangat la mudah. Dari mula mummy TTC (Trying to conceive), sehingga lah kelahirannya. Semuanya MUDAH dan SENANG. Aku selalu terfikir, kesenangan ni mungkin ujian dari Allah. Nak menguji sejauh mana sikap aku. Bersyukur kah aku? Riak kah aku? Huhu.

Masa si kakak (anak pertama) genap 2 tahun (Mac 2015) aku dan hubby decide nak tambah seorang anak lagi. Tapi masa tu tak adalah beria sangat means kalau aku datang period tu tak adalah frust menonggeng. Boleh cuba lagi bulan depan. Haa macam gitu lah. Haha. Boleh dikatakan kami tak la serious sangat TTC. Tak ada OPK, tak ada makan apa2 supplement, tak ada cuba petua2 untuk mendapatkan anak dan sebagainya. Aku hanya monitor period cycle untuk tau waktu subur bila. Itu SAHAJA. Tup.. tup.. hujung bulan Ogos, atau lebih tepat Hari Merdeka 31 Ogos aku pun cuba la buat UPT. Alhamdulillah positifff..!! Happy tak terkata.

Masuk bab pregnant pulak. Awal pregnancy, aku biasa2 je. Tak ada morning sickness pun. Then masuk beberapa minggu lepas tu baru la datang sickness tapi mild je tak seteruk masa mengandungkan si kakak dulu. Sepanjang masa mengandung tersangat lah mudah. HB aku ok. Baby ok. Mood aku pun ok. Kaki tak cramp teruk. Masa check up pun ok sebab check up di hospital swasta. So rilek2 je tak adalah nak menunggu lama sangat. Kesimpulannya segalanya OK sehingga lah waktu hendak bersalin. Walaupun overdue, tapi tak perlu induce. Ngam2 sehari sebelum tarikh induce, aku dah rasa sakit2. Pukul 1.30 tengah hari pergi hospital, pukul 1.28 pagi aku bersalin. Kira cepat la jugak kan progress untuk first time bersalin normal macam aku ni. Hihi.

Alhamdulillah, sehingga sekarang Sufi tak banyak kerenah. Cuma biasa lah kadang-kadang datang dia punya 'angin'. Sama ada nak berubah bulan atau pun disebabkan perangai manja dia tu. Memang cranky je la sepanjang hari. Asyik nak melekat dengan mummy. Setakat ni itu la perangai dia. Tak tau la kot-kot esok lain pulak. Harap-harap dipermudahkan segalanya hingga besar nanti. Aminn..

Milestones 4 bulan
~ Dah mula mengiring lepas tu meniarap sekejap. Benda yang dia paling tak suka ialah meniarap. Baru kejap dah melalak macam hape jek.. Huhu.
~ Dah kenal dengan orang. Kalau mood tak ok, hanya nak dengan mummy dan pengasuh SAHAJA.
~ Tak boleh nampak makanan. Confirm meleleh2 air liur.
~ Semua benda yang dipegang akan masuk ke dalam mulut.

Friday 29 July 2016

Zuriat ke dua..

Kisah kelahiran Hasbi Sufi.

11 May 2016, Rabu. 1.28 pagi. 2.87 kg. 

Kronologi:

3 May, Selasa
Aku dah mula cuti. Sengaja cuti awal sebab malas bawak kereta dan mengadap jammed. Duduk rumah je layan si kakak.

4 May, Rabu
Hari ni sepatutnya dah due tapi baby macam tak ada tanda2 nak lahir pun. Haha. Puas la aku kemas satu rumah. Sental bilik air, mop lantai, cuci kipas semua tapi baby tak nak turun2 (engaged) lagi.

5 May, Khamis
Last check up kat Hospital Razif. Hari ni jugak aku ada buat CTG untuk monitor heart beat baby & contraction. Resultnya TAK ADA contraction langsung. Doc cakap macam lambat lagi je nak bersalin. Maka aku pun minta reference letter dari doktor untuk aku nak bersalin kat Seremban. Doktor advice aku pergi hospital pada hari Rabu sebab masa tu dah overdue 1 minggu.

7 May, Sabtu
Balik ke rumah mak. Makan puas2. Shopping puas2. Jalan puas2. Tapiii masih tak ada tanda2 nak bersalin.

8 May, Ahad
Celebrate mother's day. Makan steamboat banyak2. Shell out lagi. Pun tak rasa nak bersalin. Haha.

9 May, Isnin
Konon2 nak serah diri kat hospital walaupun doktor Hospital Razif dah inform suruh datang bila dah due 1 minggu. Degil kan. Lepas check semua, doktor HTJ cakap tunggu sampai hari Rabu. Tak sabar punya pasal. Haha. Biasanya untuk kes overdue diorang akan bagi masa seminggu dari tarikh due. Then baru boleh induce. Plus bukaan pun tak ada lagi. Kalau nak ikutkan, aku nak je warded hari tu jugak tapi katil penuh pulak. Maka balik lah semula ke rumah. Sebelum pergi hospital, aku siap cakap dengan anak sulungku "Balik nanti mummy bawak baby yer". Tengok2 baby tak ada lagi. Hahaha. Kelakar betul lah. Petang tu sempatlah tengok movie Captain America dan bawa anak pergi jalan2 kat taman. Macam biasa dalam pukul 10, aku dah masuk tido. Tiba2 aku rasa lain macam. Sakit period tapi mild. Malam tu memang aku tak dapat tido langsung. Sikit2 terjaga sebab tahan sakit. Aku tau itu contraction tapi buat2 rilek je sebab tak kuat sangat kan.

10 May, Selasa
Pagi tu sakitnya makin kuat. Ingatkan nak pergi hospital pagi tu jugak tapi tengah siap2 nak pergi hospital, tiba2 hilang pulak sakitnya. Haha. So cancel pergi hospital. Petang nanti la baru pergi. Menjelang tengah hari, sakit tu datang lagi tapi makin kerap. Pukul 1 aku ambil wuduk untuk solat Zuhur, tengok2 ada ketulan darah keluar. Apa lagi, kelam kabut la ke hospital. Sampai di hospital, lama jugak la tunggu untuk check. Then bila check, bukaan baru 1 cm. Lepas settle semua check up, dalam pukul 4 lebih aku masuk ward. Katil memang penuh sangat2. Tak ada kosong langsung. Nurse suruh aku duduk kat extra katil dulu. Perghhh panas gila. Dah la tak ada kipas. Maka duduk la aku kat katil tu sambil menahan contraction. Sakit oitt.. Oh yer, masa ni contraction dah makin kuat. Pukul 7 lebih, ada doktor buat rondaan dari katil ke katil. Doktor tu cakap kalau dah tak tahan sangat, dia boleh check bukaan semula. Aku refuse sebab rasa masih boleh tahan lagi walaupun tak senang duduk dah. Haha. Tahan punya tahan sampai la pukul 10. Ok fine. Dah tak larat. Check bukaan dah 5 cm. Siap2 & call hubby then terus pergi labour room. Maka bermula la episod menahan kesakitan. Kali ni aku bersyukur sebab hubby dapat masuk dalam labour room. At least dapat sokongan dari hubby selain nurse2 yang baik hati itu. Bila check CTG, contraction ku makin kuat. Rasanya nak tercabut la besi tepi katil tu aku pegang. Haha. Hubby usap2 kepala aku sambil baca2 apa entah aku pun lupa. Sakit punya pasal tak ingat apa2 dah. Haha. Aku ingat lagi doktor tu cakap sesama sendiri "Haa ni kejap je. 2, 3 jam keluar la baby. Cuma parut C-zer & first time deliver normal tu je la yang kita kena risau sikit" Lebih kurang macam tu la ayatnya. Tu pun dah buat aku rasa lega.

11 May, Rabu
Diam tak diam tau2 dah nak pukul 1 pagi. Bukaan dah 9 cm. Aku tak boleh tahan lagi. Aku jerit "Saya nak terannnnn". Kelam kabut diorang prepare apa2 yang patut. Masa mula2 teran tu, nurse cakap "Haa pandai.. buat macam tu lagi". Kali kedua teran, alamak silap teknik la pulak. Haha. Ok cuba lagi kali ketiga teran, kepala baby dah nampak. Hubby usap2 kepala aku sambil cakap "Sikit lagi ni B. Dah nampak kepala dah ni". Dengan kekuatan yang ada, aku teran sekuat2 hati. Akhirnya.. pada jam 1.28 pagi lahirlah seorang baby boy di dunia ini. Fuhh lega. Tak terucap dengan kata2. Betul la orang kata, bila nampak muka baby, terus hilang serta merta sakit bagai nak mati tadi. Hihi.

Sykur alhamdulillah. Kali ni aku berpeluang untuk bersalin secara normal. Dapat lah hubby tengok sendiri macam mana proses kelahiran dan kepayahan seorang ibu melahirkan anak. Baru dia tau betapa susah aku bertarung nyawa demi zuriat dia ni. Hihi.

Hasbi - Memadai bagi ku
Sufi - Ahli Tasawuf

Oh yerr. sebenarnya aku & hubby memang dah lama sangat2 nak menamakan anak kami HASBI. Maksudnya memadai atau cukuplah setakat ni je anak2 kami. Alhamdulillah Allah kurniakan sepasang. Tapi kalau Allah nak bagi rezeki lebih, kami terima je. Best jugak ramai anak ni. Hihi.