11 May 2016. Pejam celik dah setahun aku melahirkan Sufi. Besar dah baby boy mummy sorang ni. Makin banyak akal. Ada saja benda yang pelik-pelik dia buat. Dah nama pun boy kan. Haruslah extreme. Haha.
Di usia Sufi sekarang ni, alhamdulillah dia dah ada 2 batang gigi. Gigi ni mula tumbuh masa dia berumur 10 bulan. Kalau nak dibandingkan dengan kakaknya, Sufi ni jarang pulak menggigit masa menyusu. Fuhh lega mummy. Cuma dia sangat lasak bila menyusu. Menonggeng, meniarap, naik atas badan mummy, berpusing-pusing badan dan macam-macam aksi lagi lah. Letih betul kalau tengok dia menyusu. Macam main-main pun ada. Sabar jelah. Kadang2 rasa penat sangat menyusukan dia. Dah tu, 'peel' menyusu banyak2 kali. Dalam sejam, ada la 3, 4 kali menyusu. Saja je nak main2. Haishhhh.
Selepas tumbuh gigi, Sufi dah mula cuba-cuba untuk berdiri sendiri. Then masuk je 11 bulan, dia dah mula melangkah sedikit demi sedikit dan terus berjalan. Sejak 'dapat kaki' ni, kerja dia berjalan je lah. Kadang-kadang atas katil pun tak pasal-pasal dia berdiri dan berjalan. Seriau mummy tengok tau. Takut terlajak je, terus menjunam ke bawah. Menangis tak berlagu. Huhu. By the way, setakat ni dia tak pernah jatuh katil dengan teruk lagi tau. Kalau jatuh pun sebab dia nak memanjat. Bukannya jatuh masa tido. Pencapaian terbaik sebab kakaknya dulu berpuluh-puluh kali jugak jatuh katil masa tengah tido. Lasak sangat kot tidonya. Haha. Mungkin jugak kali ni mummy dan daddy lebih berjaga-jaga kot. Belajar dari pengalaman.
Benda paling mudah jaga Sufi ni ialah bab makan. Dia jenis tak cerewet langsung pasal makan. Bedal je apa-apa pun. Sejak mula makan masa umur 6 bulan sehingga lah ke hari ni, dia tak pernah menolak kalau disua makanan. Ambil dan terus ngap! Haha. Memang seronok kalau dapat anak macam ni, tapi part tak seronok bila banyak makanan yang dia tak boleh makan atau kena pantang. Kesian dia. Kalau salah makan sikit, mula la eczema dia akan jadi teruk. Naik ruam. Gatal dan garu2 end up luka dan berdarah. Huhu. Setakat ni, aku dah introduce sikit2 makanan yang boleh trigger eczema dia. Bukanlah aku suka tengok dia gatal dan bergaru tapi untuk betul2 pastikan sama ada dia alergik atau tak dengan makanan tu. So tak ada lah semua makanan yang dikatakan alergik dia tak boleh makan. Contohnya ayam. So far dia ok je makan ayam tapi aku masih berpada2. Takutttt. Haha.
Sufi ni sangat rapat dengan kakak. Walaupun kakak tu selalu buli dia, tapi dia tetap sayang sangat dengan kakak. Buktinya kalau disuruh sayang kakak, kemain laju pergi ke kakak dan cium2 kepala, pipi kakak semua. Siap peluk lagi tu. Cuba suruh dia sayang mummy, krikk krikk krikkk. Buat tak layan. Geram betul! Maklumlah, kakak kan sentiasa ada bersama dia 24 jam sehari. Mana taknya sayang kakak lebih. Huhu.
Apa2 pun mummy harap kasih sayang adik beradik ni akan kekal sepanjang hayat. Amin.
Happy 1st Birthday Sufi!

No comments:
Post a Comment