"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Thursday 24 December 2015

3rd & 4th check up..

Punya la malas nak buat entry banyak2, so aku combine je cerita. Senang. Haha.

Ok. Check up kali ketiga masa kandungan masuk 17 minggu. Ini ialah check up yang paling lama sebab dapat doktor Norana iaitu salah seorang owner kepada Hospital Bersalin Razif!! Perghhh rasa bertuah sangat2 dapat check dengan doktor ni. Penuh dengan pengalaman. Masa scan baby pun punya la lama. Siap tunjuk dan terangkan kat aku satu persatu. Hihi.

Masa ni kesihatan aku agak tak berapa baik. Tekanan darah rendah dan kencing kotor. Huhu. Tak pasal2 kena bebel dengan doktor. Katanya aku ni kurang minum air masak. Errrrr. Memang pun. Ngeeeee. Akulah manusia yang paling susah nak minum air. Tak kira la air masak or air manis. Memang sikit je aku minum. Sehari ada la dalam 3 gelas air. Huhu. Kesian kan. Then, masa ambil darah untuk test HB pun nampak darah aku pekat sangat2. So memang dah terbuktilah badan aku kurang air.

Untuk check up kali ni doktor ada suggest supaya aku ambil Obimin tapi aku refuse sebabnya aku plan nak ambil supplement Shaklee iaitu Vitalea. Aku deangar ramai ibu yang preggy ambil Vitalea dan HB mereka cantik je. So doktor hanya bagi aku pil Kalsium, Antibiotik dan ubat untuk kencing kotor. Tak lupa juga doktor pesan supaya aku minum air banyak2. Alamakkkk..!!

Genap kandungan aku 5 bulan which is 20 minggu, check up untuk kali ke 4 pulak. Aku berdebar2 sungguh nak tau result HB. Mesti rendah! Huhu. Masa ni aku dah start ambil Vitalea for 2 weeks. Alhamdulillah tekanan darah aku normal dan baby pun sihat walafiat. Result HB?? Tadaaaa. 10.5 okayyy. Agak tinggi jugak la for preggy woman. Fuhhhh. Lega sangat!! Tak payah ambil darah lagi. Sakit tau tak. Dah la urat aku kecik dan tak nampak sampai terpaksa guna jarum untuk baby. Huhu. Seksa betul. Syukur lepas ni tak payah cucuk2 lagi dah, Hihi.

Doktor cuma repeat bagi pil Kalsium dan Pramilet. Pramilet tu kiranya macam multivitamin untuk ibu mengandung la instead of Obimin. Bila aku belek2 botol dia, rasanya lebih kurang Vitalea je, Cuma dosage je lain2. So aku decided tak nak makan Pramilet. Takut nanti baby terlebih vitamin la pulak. Ni perbandingan antara dua nultivitamin Pramilet & Vitalea.


PRAMILET

Vitamin A4000 I.U.Vitamin B123 mcg
Vitamin D3400 I.U.Elemental Minerals:
Vitamin C60 mgCalcium250 mg
Folic Acid500 mcgIodine100 mcg
Vitamin B13 mgIron5 mg
Vitamin B22 mgMagnesium10 mg
Nicotinamide10 mgCopper150 mcg
Vitamin B63 mgZinc 85 mcg



VITALEA

Checklist barang2 baby..

Bulan February & December ialah bulan yang paling aku suka dalam setahun. Sebabnya dua2 bulan itu ialah bulan di mana aku & hubby dapat bonus. Bonus aku bulan February dan hubby bulan December. Disebabkan hubby aku baru je dapat bonus minggu lepas, so tiba2 dia tanya "Tak nak beli barang baby ke?". Erkkk. Barang baby?? Aku jadi blur. Selama mengandung ni memang tak ada planning apa2 pun untuk beli barang baby. Cuma hari tu ada discuss dengan hubby nak beli baby cot & carrier. Itu pun kena tunggu dekat2 bersalin nanti. Bukannya nak beli sekarang ni.

Kalau baju2 baby tu, rasanya macam awal sangat nak beli. Gender baby pun tak tau lagik. Nanti kalau terbeli kaler pink, naya je baby boy pakai pink. Haha. Bab baju tu aku tak berapa kisah sangat sebab baju anak sulung pun masih ada. Lagipun untuk newborn, dulu aku banyak beli kaler putih dan biru. So tak kisah la boy or girl pakai kan. Cuma perlu merajinkan diri masuk store dan geledah balik storage box. Erkkk. Part tu yang paling malas.

Rasanya kalau nak diikutkan, kali ni macam tak banyak sangat barang yang perlu dibeli. Barang2 besar macam stroller, car seat, breast pump, rocker, tilam semua tu dah ada. Kali ni aku pun macam malas je nak cuci mata kt online baby shop. Tak macam masa 1st pregnancy dulu, setiap hari dok google barang2 baby. Tadi aku saja2 la google senarai barang baby. Kot2 ada yang terlupa ke. Sekali terjumpa http://siraplimau.com/senarai-barang-baby-newborn/. Bagus betul ni. Memang complete habis. So next time boleh la aku refer sini je. Senang kan. Memandangkan due aku bulan May, so rasanya bulan February dah boleh beli sikit2, Plus masa tu dah tau gender baby. So senang la nak shopping. Yeayyy. Tak sabarnya nak tau gender baby!!


Thursday 17 December 2015

20 weeks..

Happy 20 weeks to my pregnancy..!! Haha.

Dah half way rupanya. Kejap je masa berlalu. Rasa macam baru je test UPT. Hihi. Kalau nak diikutkan, lagi 20 minggu nak bersalin. Itu pun kalau baby nak lahir ngam2 40 minggu la. Boleh jadi awal or overdue sampai 41 minggu macam si kakaknya dulu. Huhu. Apa2 pun aku harap sangat baby lahir 39 minggu ke atas. Tak nak la lahir awal2. Sebabnya aku nak cuti sampai raya. Haha.

At 20 weeks, aku dah rasa baby movement. Setiap masa rasa baby gerak. Entah bila dia tido aku pun tak pasti. Kadang2 aku risau jugak la. Kenapa la baby ni tak duduk diam? Ada apa2 masalah ke kat dalam sana? Haaa.. Sampai gitu sekali aku fikir. Haha. Nasib baik la Sabtu ni appointment check-up. So boleh la scan baby. Rindunyaa nak tengok baby mummy ni. InsyaAllah semuanya baik2 je.

Oh ya. So far, kesihatan aku baik2 je. Cuma kadang2 ada rasa pening sikit. Mungkin sebab low blood pressure. Tapi since aku consume Shaklee Vitalea, Alhamdulillah dah berkurangan. Badan pun dah kurang letih. Rasa bertenanga sedikit. Aku jugak ada consume tablet Kalsium yang dibekalkan Klinik Razif masa last check up dulu. Perubahan yang paling ketara, kaki aku dah tak sakit dan lenguh2. Biasanya, kalau berjalan or berdiri lama sedikit mula la kaki lenguh2 especially tang tumit dan betis. Kesian hubby jadi tukang urut. Tapi sekarang ok je even 2, 3 kali round shopping mall. Haha.

Harap2 masa check up nanti both mummy dan baby sihat. Will update soon. Hihi.

Thursday 26 November 2015

Nama..

Putri Hasya Sofea..

Ha, itulah nama sebenar si tecik aka anak aku yang bijak tuh. Hihihi. Sebelum aku mengandung, aku & hubby bercadang nak letak nama Firhan iaitu gabungan nama kami. Tapi, bila dah mengandung lain pulak jadinya. Macam-macam nama pulak yang timbul. Excited kot. Haha. 

Masa awal-awal pregnancy, aku kena morning sickness yang sangat teruk. Sepanjang 1st trimester tu banyak benda yang aku tak boleh makan especially ayam. Kalau makan je, confirm loya dan muntah! Mencabar sungguh nak hadap 1st trimester. Orang kata kalau alah makan ayam berkemungkinan dapat anak lelaki. Aku pun mula la fefeling dapat anak lelaki. Si hubby pulak siap borak2 pasal bola dengan baby. Haha. Honestly, aku tak kisah pun dapat anak lelaki or perempuan sebab anak first kan. Aku terima je seadanya.

Masa scan kat KKIA pun doctor cakap nampak macam lelaki. Tapi biasa la kan. Scan kt KKIA mana la clear sangat. Aku pun percaya tak percaya sangatlah tapi percaya la jugak. Haha. Lagi pulak instict aku ni memang kuar merasakan yang aku macam dapat anak lelaki je. Sampailah suatu hari tu, aku buat scan 4D. Haaaaaa.. jelas sangat2. It is a GIRL!!

So gelabah la cari nama anak perempuan pulak. Memang ler banyak nama yang kami kenan. First nama yang kami kenan sangat2 ialah Damia. Tapi selepas berjuta kali tukar2 fikiran finally dah dekat bersalin baru dapat nama yang sesuai. Actually aku sebolehnya nak letak dua nama je dan yang paling penting mudah disebut. Tapi hubby aku ni gedik pulak nak letak Putri. Ermmmmm. Ikut je lah. Haha. So jadi lah Putri Hasya Sofea.

Putri - Puteri
Hasya - Yang Teruja
Sofea - Yang Suci

Memang sesuai sangat dengan tuan punya nama sebabnya sentiasa teruja. Hahaha. Next baby InsyaAllah kami akan kekalkan huruf H-S. 

Wednesday 11 November 2015

2nd check up..

Alamakk..dah 2 minggu baru berkesempatan nak update. Hihi.

Check up untuk kali ke 2 ni tersangatlah cepat tak macam 1st check up dulu. Aku pun tak pasti kenapa. Tak sampai sejam dah settle. Baguslah. Kebetulan pulak kami memang nak balik kampung. Cepat2 settle lagi cepatlah sampai kampung.

So far baby ok. Dah nampak tulang belakang & tangan kaki semua. Size pun ikut LMP. Means baby membesar dengan jayanya. Cuma berat mummy ni turun 1/2 kilo la pulak. Dari 46 kg ke 45.5 kg. Erkkk.. Padahal dah makan banyak. Mungkin belum naik lagi kot. Tengoklah lepas 4 bulan nanti. Kot2 naik banyak kan. Haaa.. yang paling tak best didengar ialah urine ada sikit gula. Huhu. Kena minum air masak banyak2 la lepas ni. Memang aku admit, kurang minum air masak. Asyik2 minum air manis je. Huhu.

Oh yer.. hari ni dah masuk 15 minggu. Yeayyy..!! Size baby sebesar size epal. Takde la besar sangat kan. Patutlah baby bump tak nampak sangat. Hihi.

Lagi 2 minggu next check up. Kali ni tak sabar nak tau result HB. Harap2 lah result cun. Hihi.

Wednesday 28 October 2015

2nd Trimester..

Syukur Alhamdulillah. Hari ni genap 13 weeks. Sekejap je masuk 2nd trimester. Rasa macam baru semalam dapat tau UPT positif. Hihi.

Ermmm.. sepanjang 1st trimester, takde pulak benda2 pelik berlaku. Tak macam 1st pregnancy dulu. Betul la orang cakap. Walaupun mengandung anak ke 10, tiap2 satu tu lain 'peel' nya. Kali ni sickness takde la teruk mana, cuma bloating masih lagi ada sampai la sekarang ni. Suffer betul bila bloating. Automatik patah selera. Lepas tu loya je dan rasa nak muntah. Nasib baik la kali ni aku pandai kawal. Setakat hari ni, cuma 2 kali je aku muntah sepanjang mengandung. Paling aku tak tahan bila perut rasa pedih sangat2. Angin dok tolak2 sampai rasa nak muntah. Bila la agaknya nak hilang bloating ni. Harap2 dah masuk 2nd trimester ni ok la sikit.

Bab pemakanan pulak so far ok la. Ada masa2 yang aku takde selera langsung dan ada2 masa makan macam orang kebulur. Haha. Cuma yang aku perasan, tiap2 minggu wajib pekena laksa. Nak2 datang pulak time tak selera tuh. Dapat hirup kuah laksa yang masam2 dan pedas. Perghhhh. Nikmatnya tak terkata. Sebab tu la tak pernah bosan makan laksa tiap2 minggu. Hihi.

Oh yer. Sabtu ni aku ada check-up for the second time. Tak sabar nak jumpa dengan baby. Harapnya sihat lah. Minggu ni check details - darah & urine. Berdebar2 betul nak tau HB aku berapa. Maklumlah ada bad history kan. Tapi rasanya HB aku memang rendah ni sebab pening2 dan letih sangat2 lately. Adoiii. Kalau betul rendah, terpaksa lah jaga makan lagik. Huwaaaa. Takpe la. Asalkan baby sihat kan. Hihi. So tunggu je la minggu depan yer. Apa2 hal InsyaAllah aku akan update.

Last but not least, copy paste dari website Baby Centre..

Your pregnancy: 13 weeks

Your baby's tiny fingertips have fingerprints, her veins and organs are clearly visible through her still-thin skin, and her body is starting to catch up with her head — which makes up just a third of her body size now. If you're having a girl, she now has more than 2 million eggs in her ovaries. Your baby is almost 3 inches long about the size of a (pea pod) and weighs nearly an ounce.

http://www.babycenter.com/6_your-pregnancy-13-weeks_1102.bc

Wednesday 7 October 2015

1st check-up

Memandangkan cuti aku hanya berbaki 2 hari untuk tahun ni, maka aku & hubby decided untuk check-up pregnancy kat klinik swasta je. Boleh jimat cuti dan masa. Sejujurnya aku lebih suka check-up di KKIA. Lebih detail dan segala-galanya dipantau sampai la dah nak dekat bersalin. Yer, memang agak leceh sedikit check-up di KKIA, lebih2 lagi kalau nasib tak berapa baik dapat nurse yang 'poyo'. Haha.

Masa first pregnancy, aku check-up kat UMRA. Service memang tiptop dan cepat. Tapi bukan tiap-tiap bulan check. Hanya untuk scan je. Full check-up kat KKIA. Ingatkan mengandung kali ni nak check-up kat UMRA jugak la tapi jauh sangat jarak dari rumah. So hubby cakap try check-up kat RAZIF. Kot2 lagi ok ke. Lagipun dekat sikit dalam 1/2 jam je dari rumah.

Maka, hari Sabtu minggu lepas (3/10) aku pun pergi la check-up kat RAZIF. Keluar rumah pukul 9.30 pagi, sampai sana tepat pukul 10.00 pagi. Ngam2 setengah jam! Haha. Macam biasa la kan, mula2 kena register dulu. Ramai betul kat klinik ni. Aku dah rasa tak sedap hati. Mesti lambat nanti. Huhu. Hubby cakap, takpe try je dulu. Ok fine.

Dalam setengah jam, nurse panggil untuk check berat, blood pressure dan tanya soalan2 yang basic. Lepas tu, dari pukul 10 lebih sampai lah ke pukul 12, nama aku tak dipanggil2 lagi. Aikkk?? Menyirap betul nih. Dah la anak aku dah mula rimas sebab lama sangat tunggu plus lapar pulak tuh. Hubby pun muka dah semacam je. Hampir2 gaduh la kitorang sebabnya aku merungut2, "Haaa..tu lah. Nak sangat check kat sini. Kan dah lamaaaaa tunggu". Dia pun dah macam bengang je. At last, aku dah tak boleh tahan, aku tanya nurse yang lalu lalang tu. Nurse tu cakap, "Sorry yer. Doktor ada dua orang je". Ermmm.. patut la pun. 15 minit lepas tu, baru la nama aku dipanggil. Finally..!!!!

Check-up nya takde la lama sangat. Setengah jam je. Nampak je jantung baby masa scan tu terus hati berbunga2, hilang terus marah2 tadi. Haha. Nasib baik la dapat doktor yang sangat2 best. Sempoi betul doktor tu. Macam2 boleh tanya. Cool je dia jawab. So nampaknya, check-up kat sini lagi la even lama giler nak tunggu. Haha. Next check-up 31/10.

Oh yerr. ni gambar scan hari tu. 9 weeks. Alhamdulillah perkembangan baby ok.



Tuesday 22 September 2015

8 weeks - kesian hubby..

Semalam, dalam pukul 5 petang hubby Whatsapp "Syg balik awal hari ni. Tetibe muntah tak tau nape. Tak larat sangat, badan lemah."  Pagi ni masa aku tengah siap2 nak pergi kerja, aku tengok dia masih tido lagi. Aikk..dah pukul berapa tak bangun2 lagi. "Sayang nak ambil MC la hari ni" Tak larat sangat katanya. Alahai...kesiannya hubby.

Haaaa, ni la orang kata kena tempias mabuk isteri yang mengandung. Hihi. Dah 3 minggu dia macam tu. On off. Bloating, loya dan akhirnya muntah! Aku pun bloating dan loya2 jugak tapi takde la sampai tahap muntah. Masih boleh tahan lagi. Kiranya aku hanya mild sickness. Mungkin separuh tu dah pergi ke hubby. Bagus lah kan, sama2 merasa. Orang tua2 kata kalau suami juga rasa sickness isteri mengandung, maksudnya hubungan suami isteri tu akrab. Tak tau lah betul atau tak tapi memang aku akui yang kami ni jarang gaduh. Biasanya aku je yang cari pasal dulu sebab tu boleh jadi gaduh. Itu pun jarang sangat2. Hihi.

Harap2 balik ni hubby dah ok la. Takde la terbaring je. Kesian betul aku tengok. Balik nanti nak masakkan hubby sup ayam. Ngeee.

Friday 11 September 2015

6 weeks..



Happy birthday to me..!!!

Yeay..dah masuk 30 tahun. Erkkk..30?? Macam tak caya je dah 3 series. Apa ada pada umur kan. Yang penting sihat walafiat dan gembira selalu. Hihi.

Tahun ni aku dapat hadiah yang paling BEST. Dah 6 minggu pun. Alhamdulillah. Syukur. Aku rasa takde beza sangat masa 1st pregnancy dengan sekarang ni. Bloating dan loya memang jadi teman sejati starting 6 weeks. Pagi sampai petang, perut rasa bergelodak jek. Bezanya kali ni aku masih dapat kawal lagi la. Bila rasa loya cepat2 minum air atau makan gula2. Baru la kurang sikit dan tak terus muntah. Tak tau la sampai bila boleh kawal loya tu. Mungkin belum lagi datang lagi the real sickness tu. Kiranya ni sickness manja2 la. Haha. Apa2 pun harapnya takde la teruk macam dulu. Aminnn..

Tuesday 1 September 2015

Rezeki..

Isnin, 31 Ogos 2015. CD33. Dah sehari delay period. Selalunya cycle paling panjang 32 hari dan paling pendek 23 hari. Tiba2 tergerak hati nak buat test. Nasib baik la hari sebelumnya ada beli UPT kat Guardian. Hihi. Pukul 3 pagi aku terjaga tido terus semangat nak buat test. Tadaaaaa..!!


Alhamdulillah. Doa aku dimakbulkan Allah. Syukur sangat2. Rezeki. Hati berbunga2 langsung tak boleh tido semula. Golek sana golek sini, at last keluar bilik tengok tv. Entah macam mana, tau2 tv plak yang tengok aku. Haha.

Kali ni HCG aku kemain tinggi. 1st pregnancy dulu dapat faint line je, kali ni haaa... double line terus. Mungkin cycle aku kali ni pendek kot. Tak tau la kan. Refer to LMP, sekarang baru masuk 5 minggu. Hubby cakap, tunggu confirmation dari doctor dulu then baru announce to both family. Ok tak sabar nak check up next October nanti. Hihi. Harap2 kali ni takde la alahan sangat. Aminnn.



Wednesday 29 July 2015

2 tahun 4 bulan..

Lamanyaaaaaaa tak bercerita pasal si tecik. Alhamdulillah sekarang dah berumur 2 tahun lebih atau lebih tepat 2 tahun 4 bulan.

Percakapan getting better dan dah berkurangan cakap bahasa German. Haha. Pelat tu ada la sikit2 tapi masih boleh difahami. Sejak balik kampung hubby masa raya hari tu, aku perasan dia dah pandai buat ayat penuh. Contohnya, kalau dia nak minta makan. Biasanya dia akan cakap, "Mami..nak mamam.." tapi kali ni dia cakap, "Mamii..Iyaa (Sofea) nak mamam acik (nasi). Awokk (Lauk) ayam." Haaa.. amik kau mummy. Sekali dengan lauk dia mention. Hahaha. Teruja betul aku dengar dia cakap macam tu. Rasa comeyyy jek. Hahaha. Harapnya umur 3 tahun nanti fasih la percakapan dia. Amin.

Kalau nak tau, si tecik ni sangat2 protect aku tau. Kalau hubby acah2 pukul aku, dia akan cepat2 datang sambil jerit "Arghhhhhh..angan babap mamiii..!!" Lepas tu kena la setepek kat muka or badan hubby. Haha. Kalau aku acah2 pukul hubby pulak, dia buat tak tau je. Pilih kasih betul. Haha. Sejujurnya memang boleh nampak dia tak berapa ngam dengan hubby. Aku pun tak tau sebab apa. Ada je benda yang digaduhkan. Mungkin hubby rajin menyakat dia, tu yang dia marah sangat agaknya. Tapi tak bermakna dia tak rapat langsung dengan hubby. Ada masa2 tertentu boleh jadi geng especially bila nak ke kedai, urut or garu belakang badan, tak pun buat susu. Erkk. Ada kepentingan baru boleh jadi geng. Hahaha.

Sekarang ni si tecik ada hobi baru iaitu bela ikan. Kemain suka dia dengan ikan. Tiap2 hari bagi ikan or dia panggil 'fish' makan. Ikan yang kami beli hari tu ikan Laga. Senang nak jaga dan InsyaAllah hidup lama. Hihi. Ikan ni ada nama. Kalau ditanya, "Sofea, apa nama fish?". Dia jawab, "Mimi". Yakin je ikan tu betina. Tah2 jantan. Hahaha. Aku tak pasti mana dia dapat nama tu. Mungkin  sempena dengan nama kucing kat rumah mak aku kot? Nama kucing tu Mimi jugak. Alahai semua pun nak letak nama Mimi lah pulak! Haha.

Kalau nak diikutkan, banyak benda lagi nak cerita pasal si tecik tapi nanti2 lah aku update lagi. Now, back to work!

Monday 13 July 2015

Persiapan Raya..

Tahun ni aku dan hubby rilex sikit pasal persiapan raya ni. Takde lah kelam kabut nak shopping sana sini. Letih oii. Dah la puasa. Actually, bukannya sebab dah prepare awal-awal tapi konsep kami tahun ni ialah pakai je apa yang ada. Hihihi. Konon-konon nak berbelanja secara sederhana lah kann. Aku rasa raya tahun ni banyak belanja kat si tecik. Aku cuma beli sepasang baju kurung moden je. Yer SEPASANG SAHAJA ok. Pelik kan?? Hahaha.

Oh yer..tahun ni turn raya sebelah hubby tapi kami beraya di rumah atuk dan nenek hubby di Pahang. InsyaAllah kami balik kampung sehari sebelum raya sehingga hari raya ke tiga. Then, baru la raya sebelah aku pulak di Johor dan Seremban.

Tema baju untuk raya pertama kami tahun ni ialah jubah. Kaler pulak ialah kelabu. Kami pilih kaler ni sebab memang dah ada jubah kaler ni. So tak payah la nak beli lagi kan. Cuma untuk si tecik je lah kena tempah sebab tak pernah berjubah. Jubah aku by Poplook dan hubby pulak beli kat Mydin. Dua-dua jubah ni beli masa adik aku nikah awal tahun hari tu. Si tecik pulak aku tempah dengan kawan aku je. Cute sangat jubah dia sebab ada ropol-ropol. Hihi. Ok. Baju untuk raya pertama dah complete. Yeay..!! Tak sabarnya nak tunggu hari raya. Hahaha.

Monday 29 June 2015

Ramadhan 2015

Salam Ramadhan.

Syukur dah masuk hari ke 12 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu!! Huhu. So far aku masih lagi berpuasa penuh. Harap-haraplah sampai hujung Ramadhan nanti. Ngeeeee.

Ramadhan kali ni ada kelainan sedikit. Selama 12 hari Ramdhan, aku tak pernah lagi menjejakkan lagi ke bazar Ramadhan. Yeayyy. Boleh dikatakan setiap hari aku akan masak. Kalau tak masak, aku beli lauk dan kuih2 kat kedai makan, yang penting bukan bazar. Aku ni kalau pergi ke bazar memang rambang mata. Semua pun nak. Last2 bila dah berbuka, makan sikit dah kenyang. Makanan yang lebih tu konon2 simpan lah untuk esoknya. Ermmmm. Jangan haraplah nak usik semula. Terbiar je lah dalam peti ais tu selama beberapa hari. At last, buang jugak ke tong sampah. Membazir betul. So selama ni hanya hubby je yang pergi ke bazar. Tu pun beli ala kadar je macam kuih dan roti john. Air so far tak pernah beli lagi. Tak macam tahun2 lepas, air wajib beli kat bazar. Sedapnya tidak. Huhu.

Tahun ni semua harga makanan pun naik harga dan mahal sebab GST punya pasal. Huh!! Bayangkanlah kuih buah melaka yang ada 5 biji tu berharga RM2. Kalau besar2 tu aku ok lagi. Ni besar ibu jari anak aku jek. Sekali ngap 5 biji tu pun boleh sebab terlalu kecik!! Nasib lah aku tak berapa minat kuih buah melaka. Selalunya hubby yang rajin beli.Favourite dia. Nak buat macam mana kan. Isteri dia ni tak berapa rajin nak buat. Hihi. Mahal pun mahal lah.

So kesimpulannya, tahun ni aku dan hubby ada sedikit penjimatan dan kesederhanaan. Bila berbuka, makan ala kadar je. Cukup sekadar nasi dan 2 jenis lauk. Cuma kadang2 je ada kuih. Air pun bancuh sendiri, Ribena tak pun oren Sunkist. Hihi. Puas hati Ramadhan kali ni sebab boleh melawan nafsu makan. Alhamdulillah.Syukur.

Monday 18 May 2015

Sambal tumis bawang..

Hari ni nak share satu resepi yang sangat mudah dan sedap! Sambal tumis bawang.

Aku dapat resepi ni daripada mak aku tapi diubah sikit mengikut citarasa sendiri. Cewahh.. Hubby suka sangat sambal macam ni. Siap suruh masak lebih sebab nak simpan untuk esoknya. Ye lah kan. Hubby kerja shift malam. So kalau dia nak makan, just panaskan sambal dan letak telur. Sedap weihhh..!!

Bahan-bahan:
1. Bawang besar - 2 biji dipotong kecil2
2. Cili kering - dikisar
3. Belacan
4. Air asam jawa
5. Garam, gula dan ajinomoto

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu. 
2. Masukkan cili kering dan sedikit air. Biar sehingga cili betul-betul masak.
3. Masukkan belacan, air asam jawa, garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.
4. Siap!!

Haaaaaa.. senang giler kan tapiii memang sedap sangat2. Makan pulak dengan nasi lemak. Perghhh. 5 kali tambah. Haha.


Selamat mencuba..!!


Wednesday 6 May 2015

TTC again..

Assalammualaikum..

Bulan lepas 20 March 2015 genaplah si tecik 2 tahun. Alhamdulillah besar dah anak mummy & daddy. Macam-macam kerenah. Hihi. Oh yer, sekarang ni die dah pun wean off 100% dengan jayanya. Mula2 tu mmg susah sket tapi lama2 dia pun dah terbiasa dan terus lupa. Sikit pun tak mintak. Hihi.

Haa.. bile anak dah umur 2 tahun ni mula la aku & hubby diterjah soalan2 yang memang aku dah jangkakan dari dulu lagi. "Eh, bila nak menambah? Anak dah besar kan.." Biasalah. Ramai sangat orang yang AMBIL BERAT sampaikan semua benda pun diorang nak ambil tahu. Boringggggg..

Honestly, aku rindu sangat waktu mengandung dulu. Morning sickness. Scan. Baby bump. Perut mengeras. Baby tendang2. Wahhhh. Rindunyaaa.. rasa macam nak mengandung sekarang jugak!! Haha.

Bulan Jun nanti aku & hubby plan nak TTC semula. Kenapa bulan Jun?? Sebab..... nak sama birth date dengan anak aku yang pertama. Boleh celebrate birthday sama2. Haha. Tapi memandangkan Jun ialah bulan Ramadhan, maka postponed ke bulan July/Ogos. Mudah sikit kalau nak consume apa2 supplement Epo, Gulsan, etc..Ehem2. Supplement ke atau sebab lain. Tettttt...!! Haha.

Kalau lah Allah nak bagi sekarang pun aku terima je dengan hati yang terbuka. Aku & hubby dah bersedia. Si tecik pun dah macam bosan je main sorang2. Bila balik rumah mak aku, kemain suka dia sampai lambat tido sebab main dengan kakak2 sepupu dan mak2 sedara. Seronok aku tengok dia excited main. Hihi.

Semoga Allah permudahkan perjalanan TTC kami nanti. Amin.


Thursday 12 March 2015

Wean off..

Assalammualaikum...

Bukan mudah nak wean off bf ni rupanya. Lagi2 kalau anak tuh kuat mengempeng macam anak aku tuh. Kadang2 dia bf bukan sebab lapar ke haus ke tapi sebab habit. Dah terbiasa dari kecik. Padahal baru je makan nasi & minum susu sebotol tapi still jugak nak bf.

Aku seboleh-bolehnya memang nak bf kan die sampai dapat adik nanti (tak sure la bila tuh! haha). Tapi yang menjadi masalah aku sekarang ialah aku tak larat. Seriously tak larat. Tulang belakang aku sakit tiap kali anak aku mengempeng. Tak kisah la baring or duduk. Memang rasa lenguh. Mungkin kesan epidural. Lagipun aku ni kurang minum susu. Tu yang menambahkan lagi sakit belakang. Hihihi.

Sekarang ni Alhamdulillah. Hampir 3 minggu aku berjaya wean-off. Errr.. tapi tak sepenuhnya la sebab kadang2 ada la sekali dua dia bf. Tapi dalam dua keadaan kritikal je.

Pertama : Bila dia susah sangat nak tido siang. Walaupun dah mengantuk sangat2 sebab sehari suntuk tak tido, tapi tahan mata sebab nak main. Lepas tu mula la mengamuk. Tu tak kena, ni tak kena. So solutionnya bf kejap, tak sampai 5 minit dah tido. Hihihi.
Kedua : Dalam kereta. Minum susu dah, main handphone dah, baca buku dah, kacau daddy driving pun dah. Bila semua benda dah buat, mula la boring. Last2 nak bf. Terpaksa la bagi sebab tak nak dia mengamuk dalam kereta. Lagi haru biru nanti. Huhu.

Selain dari dua keadaan ni, semuanya ok. Malam memang tak bf langsung & paling senang nak wean-off. Asal dia terjaga je terus buat susu. Lepas tu terus tido sampai ke pagi. Dapat la mummy tido dengan tenang dan jayanya. Hihi.

Next entry, aku akan bagi tips2 nak wean-off. Ingatkan nak masukkan sekali dalam entry ni tapi tak sempat la pulak. Ada banyak kerja. Huhuu. Next time yer..

Eh..sebelum tu, mari ;ah tatap gambar budak yang lagi 2 minggu nak masuk 2 tahun tu. Hihi.