"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Thursday, 26 November 2015

Nama..

Putri Hasya Sofea..

Ha, itulah nama sebenar si tecik aka anak aku yang bijak tuh. Hihihi. Sebelum aku mengandung, aku & hubby bercadang nak letak nama Firhan iaitu gabungan nama kami. Tapi, bila dah mengandung lain pulak jadinya. Macam-macam nama pulak yang timbul. Excited kot. Haha. 

Masa awal-awal pregnancy, aku kena morning sickness yang sangat teruk. Sepanjang 1st trimester tu banyak benda yang aku tak boleh makan especially ayam. Kalau makan je, confirm loya dan muntah! Mencabar sungguh nak hadap 1st trimester. Orang kata kalau alah makan ayam berkemungkinan dapat anak lelaki. Aku pun mula la fefeling dapat anak lelaki. Si hubby pulak siap borak2 pasal bola dengan baby. Haha. Honestly, aku tak kisah pun dapat anak lelaki or perempuan sebab anak first kan. Aku terima je seadanya.

Masa scan kat KKIA pun doctor cakap nampak macam lelaki. Tapi biasa la kan. Scan kt KKIA mana la clear sangat. Aku pun percaya tak percaya sangatlah tapi percaya la jugak. Haha. Lagi pulak instict aku ni memang kuar merasakan yang aku macam dapat anak lelaki je. Sampailah suatu hari tu, aku buat scan 4D. Haaaaaa.. jelas sangat2. It is a GIRL!!

So gelabah la cari nama anak perempuan pulak. Memang ler banyak nama yang kami kenan. First nama yang kami kenan sangat2 ialah Damia. Tapi selepas berjuta kali tukar2 fikiran finally dah dekat bersalin baru dapat nama yang sesuai. Actually aku sebolehnya nak letak dua nama je dan yang paling penting mudah disebut. Tapi hubby aku ni gedik pulak nak letak Putri. Ermmmmm. Ikut je lah. Haha. So jadi lah Putri Hasya Sofea.

Putri - Puteri
Hasya - Yang Teruja
Sofea - Yang Suci

Memang sesuai sangat dengan tuan punya nama sebabnya sentiasa teruja. Hahaha. Next baby InsyaAllah kami akan kekalkan huruf H-S. 

No comments:

Post a Comment