"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Friday 20 December 2013

9 bulan sudahhh..

Assalammualaikum. Salam Jumaat..

Hari ni 20hb. Means genaplah si tecik tuh 9 bulan. Terima kasih Ya Allah di atas pinjaman Mu ini. InsyaAllah aku akan menjaga amanahMu ini dengan sebaik-baiknya. 

Sebulan yang lepas, aku risau sangat2 sebab Hasya tak reti mengengsot ke depan. Err..imagine macam askar menghendap tuh. Tapi yang askar tu ke depan, yang dia ni pulak ke belakang. Bila dia meniarap mesti tolak2 badan ke belakang je. Kalau dia nak ambil something yang ada kat depan dia, dia akan golek & pusing-pusingkan badan dia sampai la dapat capai benda tu. Kesian betul aku tengok. Penat tuh. Hahaha. 

Actually aku takde la risau sangat dia tak pandai ke depan apatah lagi merangkak tapi bila PAED cakap "Risiko baby yang low HB ialah perkembangan dia MUNGKIN akan slow sedikit" Erkkk..!! Aku pun mula la gelabah. Tapi nak buat macam mana kan. Takkan la aku nak paksa2 dia merangkak. So, redha je la. Lagipun babysitter Hasya cakap anak2 dia semua macam gitu, tak merangkak tau2 je dah pandai jalan. So aku assume Hasya pun macam tu gak la. Saje je nak sedapkan hati. Hihi.

Tapi kannnnnn..tup..tup.. last week.. tetiba je Hasya pandai mengengsot ke depan, merangkak, duduk sendiri & memanjat!! Ha..hamikk kau. Dalam satu hari pandai semua benda. Subhanallah. Patutlah dia lambat sikit rupanya nak buat semua sekaligus. Hehe. Mula2 dia meniarap pastu mengengsot ke depan, angkat punggung, tangan slow2 menapak ke depan. Pastu bila dah penat dia pusingkan badan, parking punggung dan duduk. Hahahahaha. Detail sungguh aku cerita. Mana tak nye, aku perhati je dia buat satu persatu sampai lupa nak masak okayyy. Leka betul aku menengoknya. Adehh..

Haaa.. bila dah pandai semua tuh aku pulak yang naik risau. Tak boleh tinggal even letak dia kat bawah. Laju je merangkak gi kat dapur la, masuk bilik la. Pastu kejap2 memanjat sofa. Adehh.. Ade sekali tuh, aku tinggalkan dia main2 kat depan tv & aku pergi dapur jap nak masak. Aku jenguk dari dapur tengok dia tengah main2. Aku pun teruskan la memasak. After 15 minit, aku jenguh lagi sekali tengok2 dia dah hilang. Gelabah wehh.. Cari punya cari rupanya dia kat dalam bilik sambil buat muka tak bersalah. Hahaha Sabo je la.

Sekarang ni aku dan hubby memang kena sentiasa aware. Tengah tido pun dia boleh bergolek jatuh katil apatah lagi bila dia tengah main2. Lagi la kena perhati betul2. Kang tak pasal2 makan semut la, cabut plug TV la, menyorok bawah meja makan la, koyak2 tisu sampai sepah la, panjat2 TV & bakul baju la dan macam2 lagi la. Err.. actually semua tu dia pernah buat. Huhuhu..


Friday 13 December 2013

Sakit mata..

Setelah seminggu sakit mata, Alhamdulillah hari ni dah beransur pulih. Mata pun dah tak merah dan berair. Cuma kabur sikit.

Dah 2 kali aku kena sakit mata ni. First time kena masa praktikal kat HKL. Tahun 2007. Sekarang ni tahun 2013 kena balik. Tapi kali ni tak seteruk yang dulu. Kalau dulu sampai tak boleh bukak mata. Kalau tunduk sikit pun rasa macam nak terkeluar biji mata!! Tapi tu la, sekejap je kena dalam 3 hari macam tuh dah baik. Kali ni pulak tak berapa sakit tapi ambil masa nak pulih. Ditambah dengan demam panas. Perghh.. memang betul2 tak larat.

Mula asalnya Hasya yang kena sakit mata dulu. Aku ingat lagi 3  minggu lepas masa ambil dari rumah babysitter. Mata sebelah kiri dia merah2. Then esoknya dua2 belah mata merah2. Tapi aku tak terus bawak klinik. Esoknya  baru gi klinik sebab dia bad mood je. Merengek sepanjang hari. Semua pun tak kena. Doktor bagi 1 ubat gatal & 2 ubat titis. Ubat titis tu kena letak setiap 2 jam. Perghhhh.. seksa  gilerr nak titis dalam mata dia tapi Alhamdulillah la esoknya (ESOKKK lagikk!!! haha) mata dia dah ok.

Pastu kan, tetiba pulak berjangkit kat daddy. Kesian dia. Dah la first time kena then teruk pulak tu. Dah 2 minggu lebih tak elok2 lagi. Actually aku kena ni pun sebab jangkit dari dia la ni. Grrrrrr.. Sekarang ni mata aku dah ok sikit tapi mata dia tak ok2 lagi. Double kesian. Hehe.. Harap2 minggu ni sembuh la penyakit mata dia tuh. Tak sanggup aku tengok mata merah2 macam tuh.

Pssttt...lagi seminggu Hasya nak masuk 9 bulan. Ok. Takde kaitan. Bai bai. :P


Tuesday 10 December 2013

Rindu Pengubat Luka..


Bila aku dengar je lagu ni mesti teringat masa dalam pantang dulu. Petang2 selalu layan satu drama kat TV3 tu (dah lupe apa tajuknya). Lagu ni jadik OST. Sekarang ni banyak kali pulak mainkan kat radio. Dah tak pasal2 aku rindu masa pantang dulu. Erkkk..


Sering kali ku terkenang saat kau tersenyum
Lalu memandang ku
Tapi, kini pabila kau tiada di sisi
Ku terdampar layu, beralunan sepi
Melayang-layang dihembus bayumu

Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Rindu pengubat luka

Korus
Ku masih memerlukan belaian kasih
Dan tawa mesramu
Kau seretku ke dalam rongga hatimu
Salut kerinduan menggamit menusuk di kalbuku
Terangi hidupku dengan cahayamu

Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Rindu pengubat luka

Walau ku dilupakan
Namun jangan kau lupakan detik bersama

Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Tak ku ulangi kesilapan itu
Maafkan aku
Mengguris hatimu
Berilah ku ruang perbaiki diriku
Aku merayu kembali kepada ku
Rindu pengubat luka

Wednesday 4 December 2013

Homemade food for Hasya..

Hasya agak lambat start makan solid food. Dah 6 bulan lebih baru aku bagi makan. Then umur 7 bulan baru start makan bubur. First solid food aku introduce yang ready made je. Kesian anak mummy kena makan makanan macam tuh. Walaupun kat label tulis tak ada pewarna / perasa tambahan / pengawet tapi sebenarnya ada!! Huhu..

Sekarang ni no more ready made food! Semuanya mummy masak sendiri. Homemade. Lagipun seronok tau buat makanan baby ni. Nak2 kalau dia beria2 makan. Wahhhh.. rasa macam dia cakap "pandainya mummy masakk..!!" Haha. Padahal puree je pun. Steam & blend. Dah siap. Hahahahaha..

Setakat umur 8 bulan ni, dah macam2 resepi gak aku try kat Hasya. Masa mula2 dulu aku tak berapa pandai nak mix makanan dia. Sekarang ni dah pandai sikit. So aku dah tau la apa yang die suka dan ape yang die tak suka makan.

Puree
1) kentang
2) apple
3) avocado
4) keledek
5) pisang
6) carrot + kismis
7) kurma
8) kentang + brokoli + carrot
9) keledek + bayam

Bubur
1) Carrot
2) Kurma
3) Ikan bilis + kismis + carrot + cauliflower
4) Ikan bilis + kurma + cauliflower
5) Ikan bilis + kismis + bayam
6)  Ikan bilis + sawi
7) Ayam + carrot

So far favourite Hasya puree keledek, kentang + brokoli + carrot, keledek + bayam. Berselera sungguh kalau makan. Takde langsung buat muka2 pelik. Hahaha..