"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Friday, 20 December 2013

9 bulan sudahhh..

Assalammualaikum. Salam Jumaat..

Hari ni 20hb. Means genaplah si tecik tuh 9 bulan. Terima kasih Ya Allah di atas pinjaman Mu ini. InsyaAllah aku akan menjaga amanahMu ini dengan sebaik-baiknya. 

Sebulan yang lepas, aku risau sangat2 sebab Hasya tak reti mengengsot ke depan. Err..imagine macam askar menghendap tuh. Tapi yang askar tu ke depan, yang dia ni pulak ke belakang. Bila dia meniarap mesti tolak2 badan ke belakang je. Kalau dia nak ambil something yang ada kat depan dia, dia akan golek & pusing-pusingkan badan dia sampai la dapat capai benda tu. Kesian betul aku tengok. Penat tuh. Hahaha. 

Actually aku takde la risau sangat dia tak pandai ke depan apatah lagi merangkak tapi bila PAED cakap "Risiko baby yang low HB ialah perkembangan dia MUNGKIN akan slow sedikit" Erkkk..!! Aku pun mula la gelabah. Tapi nak buat macam mana kan. Takkan la aku nak paksa2 dia merangkak. So, redha je la. Lagipun babysitter Hasya cakap anak2 dia semua macam gitu, tak merangkak tau2 je dah pandai jalan. So aku assume Hasya pun macam tu gak la. Saje je nak sedapkan hati. Hihi.

Tapi kannnnnn..tup..tup.. last week.. tetiba je Hasya pandai mengengsot ke depan, merangkak, duduk sendiri & memanjat!! Ha..hamikk kau. Dalam satu hari pandai semua benda. Subhanallah. Patutlah dia lambat sikit rupanya nak buat semua sekaligus. Hehe. Mula2 dia meniarap pastu mengengsot ke depan, angkat punggung, tangan slow2 menapak ke depan. Pastu bila dah penat dia pusingkan badan, parking punggung dan duduk. Hahahahaha. Detail sungguh aku cerita. Mana tak nye, aku perhati je dia buat satu persatu sampai lupa nak masak okayyy. Leka betul aku menengoknya. Adehh..

Haaa.. bila dah pandai semua tuh aku pulak yang naik risau. Tak boleh tinggal even letak dia kat bawah. Laju je merangkak gi kat dapur la, masuk bilik la. Pastu kejap2 memanjat sofa. Adehh.. Ade sekali tuh, aku tinggalkan dia main2 kat depan tv & aku pergi dapur jap nak masak. Aku jenguk dari dapur tengok dia tengah main2. Aku pun teruskan la memasak. After 15 minit, aku jenguh lagi sekali tengok2 dia dah hilang. Gelabah wehh.. Cari punya cari rupanya dia kat dalam bilik sambil buat muka tak bersalah. Hahaha Sabo je la.

Sekarang ni aku dan hubby memang kena sentiasa aware. Tengah tido pun dia boleh bergolek jatuh katil apatah lagi bila dia tengah main2. Lagi la kena perhati betul2. Kang tak pasal2 makan semut la, cabut plug TV la, menyorok bawah meja makan la, koyak2 tisu sampai sepah la, panjat2 TV & bakul baju la dan macam2 lagi la. Err.. actually semua tu dia pernah buat. Huhuhu..


No comments:

Post a Comment