"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Monday 30 June 2014

Day 1 - Ramadhan...

Ni cerita semalam. Hari pertama Ramadhan. Tahun ni syukur sangat2 sebab dapat bersahur dan berbuka puasa dengan hubby on 1st Ramadhan. Sebelum ni hubby kerja malam. So bersahur dan berbuka la sorang2. Sob sob..

Aku bangun sahur agak awal jugak lah - pukul 4.20 pagi. Errr.. yang tu lepas 'snooze' lah. Kunci jam pukul 4 pagi sebenarnya. Hahahaha.. Aku masak simple2 je. Ayam masak sos dan kobis goreng. Maka, ketang ketung la bunyi kat dapur pepagi tuh. Tapi kan...... yang aku peliknya, si tecik tuh elok je tido. Punya lah bising aku masak dia nyenyak betul tido. Tak macam tahun lepas, aku baru je nak makan dia dah menangis dan merengek2. Sudahnya aku hanya sahur roti jek. Huhuhu. 

Alhamdulillah hari pertama berpuasa semalam tak terasa letih sangat walaupun cuaca teramatlah panas. Mana taknya, sepanjang hari duduk kat rumah. Tengok tv, tido, kemas rumah sikit, basuh + sidai + lipat kain pastu main2 dengan si tecik. Pukul 5 lebih baru aku start masak untuk berbuka. Tu je la aktiviti aku. Bosan jugak la tapi tak larat nak keluar dengan cuaca yang panas macam tuh. Huhuhu.

Tapi serious lah. Si tecik tu tersangatlah behave semalam. Selalunya time mummy daddy makan, dia suka sangat kacau. Tapi semalam waktu berbuka dia elok je duduk diam2. Aku letak nasi & ayam goreng dalam pinggan pastu bagi dia makan sendiri. Dari kami start makan sampai la aku dah siap2 kemas, dia duduk je sambil kutip nasi sebutir2 dalam pinggan dia pastu ngapp. Hahaha. Kelakar puh hade. Actually, ni first time dia makan sendiri. Seronok agaknya. Mummy daddy pun boleh makan dengan aman dan damai. Hihihi.

Ermmm.. harap2 lah perangai macam ni bertahan sampai sebulan yer. Minggu ni daddy kerja malam. So please behave yer. Mummy nak bersahur dan berbuka dengan tenang. Hihihi. Eh, hari ni nak berbuka ape yer??


Tuesday 24 June 2014

Formula Milk...

Di usia si tecik 1 tahun 3 bulan, Alhamdulillah dia masih diberikan rezeki untuk breastfeed (bf) walaupun bukan sepenuhnya. InsyaAllah kalau dipanjangkan rezeki, aku akan bf anak ku sehingga umurnya 2 tahun tak pun sampai dapat adik nanti. Kikikiki...

Sekarang ni, si tecik masih setia dengan susu Isomil. Mula-mula minum Isomil untuk 0 - 12 bulan. Now up ke Isomil Plus untuk 1 - 10 tahun. Hihihi. So far tak pernah ada masalah minum susu ni. FYI Isomil ni soy-based dan lactose-free formula. Aku introduce Isomil masa si tecik start minum Formula Milk (FM). Penerimaan dia pun ok jek even baru first time minum.

Untuk umur 0-12 bulan

Tapi aku tak ingat la kenapa tetiba aku gi tukar ke susu Anmum. Serious tak ingat. *Teruk sangat dah tahap pelupa aku nih. Adehhh.* Tapi yang aku ingat dia memang tak sesuai minum susu tuh sebabnya lepas seminggu minum, muka dan badannya naik bintik2 merah. Immediately. Telinga bengkak dan menangis2 tahan sakit. Adoiiii. Ngeri sungguh masa tuh. Aku cepat2 stop bagi susu Anmum and bf banyak2. Lepas 2 jam, syukur ok sepenuhnya. Bintik2 dan bengkak hilang terus. Agaknya anak aku ni allergik susu lembu kot. Lagipun, dia kan ada eczema. So mungkin jugak tak sesuai. Aku pun tukar semula ke Isomil.

A few months after minum Isomil, aku tukar susu lagi. Ada la sebab2 yang tertentu. Tapi still soya-based ler. Aku try susu Dumex Mamex Gold. Dari segi harga memang murah la dari Isomil. Boleh jimat +/- RM10 setin. Tapiiiiiiiii si tecik tak ngam dengan susu ni. Sembelit...!! Muka merah2 meneran. Walaupun bukan setiap hari sembelit tapi kesian aku tengok dia tiap kali kena sembelit. Terseksa. Huhuhu. Hampir sebulan jugak lah minum susu ni. At last, aku decide tukar ke Isomil semula. No more sembelit. Fuhhh.. lega. 




So, itu je la pengalaman aku pasal FM nih. Sekarang ni aku tengah berfikir2 nak tukar susu. Tapi tak tau la susu mana yang sesuai. Cadangnya nak cuba susu lembu pulak. Rasanya si tecik ok kot kalau tukar susu sebab dia dah besar sikit. Tengoklah nanti macam mana. Ermmm.. pening fikir pasal FM.

Tuesday 10 June 2014

Bekal si tecik: Ikan masak singgang..

Perghhh.. dah lama betul tak share resepi kat sini. Walaupun aku ni bukanlah seorang yang pandai memasak, tapiiii aku sangat rajin okay (cehh.. puji diri sendiri). Sejak anak aku tuh mula makan nasi, aku tak tau la tah mana datang kerajinan tuh. Sanggup bangun pukul 5.30 pagi semata2 nak masak untuk bekal si tecik tuh. Padahal boleh je suruh pengasuh tolong masakkan. Hihihi.. Takpe la. Selagi aku ada kudrat selagi tu lah aku akan sediakan bekal si tecik setiap hari.

Last week aku ada beli seekor ikan siakap kat TECCO. Kecik je ikannya tapi boleh 3 kali masak untuk lauk si tecik. Hari tu aku dah masak stim seketul. So pagi tadi, aku cuba masak singgang pulak. First time masak singgang nasib baik sedap walaupun lain sikit rasanya sebab tak pedas. Harap2 si tecik tu berselera la makan lauk ni. Hihihi.

Bahan-bahan:
  1. Ikan siakap - seketul
  2. Kunyit hidup - 1 inci (ditumbuk)
  3. Bawang putih - 1 ulas (ditumbuk)
  4. Bawang kecik - 2 ulas (ditumbuk)
  5. Halia - 1/2 inci (dihiris)
  6. Serai - yang ni aku tak letak sebab lupa nak beli tapi aku gantikan dengan daun limau purut
  7. Kobis bunga 
  8. Carrot - 1/3 batang
  9. Asam keping - 1 keping
  10. Garam - secukup rasa
Cara masak:
  1. Masukkan bawang kecik + bawang putih + kunyit hidup + halia + serai + air ke dalam periuk. Biar sampai mendidih.
  2. Masukkan  carrot + kobis bunga + asam keping. Bila carrot dah lembut, masukkan ikan.
  3. Perasakan dengan garam. Siap..!!!


P/S: Kemain beso ikan tuh. Tak sesuai untuk portion budak kecik. Hahaha. Padahal dah potong 3 bahagian. Nasib ler nakkkk..

Tuesday 3 June 2014

Saya risaukan daddy...

Al kisahnya..

Ahad lepas saya  temankan daddy pergi masuk satu kedai. Saya pelik kenapa kedai ni ada cermin yang panjangg??? Ada sorang uncle je kat kedai tuh.

Mula2 uncle tuh suruh daddy duduk kat kerusi pusing2 kaler hitam tuh. Lepas tu uncle tuh ambil benda macam sikat letak atas kepala daddy saya. Tiba2 rambut daddy saya jatuh2 atas lantai. Saya dah risauuuuu sangat2. Saya sebenarnya takut nak tengok apa sebenarnya yang terjadi. Tapi saya sayang daddy saya. Saya takut uncle tuh apa-apakan daddy saya. Jadi saya pun beranikan diri tengok dekat2.




Alaaaaaa..... uncle tuh tak bagi saya tengokkkk....!!!!


*Cerita bersambung............