"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Monday, 30 June 2014

Day 1 - Ramadhan...

Ni cerita semalam. Hari pertama Ramadhan. Tahun ni syukur sangat2 sebab dapat bersahur dan berbuka puasa dengan hubby on 1st Ramadhan. Sebelum ni hubby kerja malam. So bersahur dan berbuka la sorang2. Sob sob..

Aku bangun sahur agak awal jugak lah - pukul 4.20 pagi. Errr.. yang tu lepas 'snooze' lah. Kunci jam pukul 4 pagi sebenarnya. Hahahaha.. Aku masak simple2 je. Ayam masak sos dan kobis goreng. Maka, ketang ketung la bunyi kat dapur pepagi tuh. Tapi kan...... yang aku peliknya, si tecik tuh elok je tido. Punya lah bising aku masak dia nyenyak betul tido. Tak macam tahun lepas, aku baru je nak makan dia dah menangis dan merengek2. Sudahnya aku hanya sahur roti jek. Huhuhu. 

Alhamdulillah hari pertama berpuasa semalam tak terasa letih sangat walaupun cuaca teramatlah panas. Mana taknya, sepanjang hari duduk kat rumah. Tengok tv, tido, kemas rumah sikit, basuh + sidai + lipat kain pastu main2 dengan si tecik. Pukul 5 lebih baru aku start masak untuk berbuka. Tu je la aktiviti aku. Bosan jugak la tapi tak larat nak keluar dengan cuaca yang panas macam tuh. Huhuhu.

Tapi serious lah. Si tecik tu tersangatlah behave semalam. Selalunya time mummy daddy makan, dia suka sangat kacau. Tapi semalam waktu berbuka dia elok je duduk diam2. Aku letak nasi & ayam goreng dalam pinggan pastu bagi dia makan sendiri. Dari kami start makan sampai la aku dah siap2 kemas, dia duduk je sambil kutip nasi sebutir2 dalam pinggan dia pastu ngapp. Hahaha. Kelakar puh hade. Actually, ni first time dia makan sendiri. Seronok agaknya. Mummy daddy pun boleh makan dengan aman dan damai. Hihihi.

Ermmm.. harap2 lah perangai macam ni bertahan sampai sebulan yer. Minggu ni daddy kerja malam. So please behave yer. Mummy nak bersahur dan berbuka dengan tenang. Hihihi. Eh, hari ni nak berbuka ape yer??


No comments:

Post a Comment