"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Tuesday, 26 August 2014

Tambah ahli keluarga??? Errrrr..

Soalan-soalan wajib bila anda...

Belum kahwin: "Bila nak kahwin??"
Dah kahwin: "Bila nak ada anak??"
Dah ada anak: "Bila nak menambah??"

Aku 100% sure setiap orang MESTI pernah ditanya soalan macam ni kan? Haha. Biasalah tuh. Manusia memang begitu. Sabo jelah.

Sekarang ni aku selalu ditanya "Bila nak menambah??". Anak aku kan dah setahun lebih. Haruslah ditanya soalan begitu. Actually aku pun tak tau nak jawab macam mana. Kadang-kadang aku rasa macam teringin nak ada baby lagi. Kadang-kadang aku rasa macam nanti dulu lah. Nak rehat puas-puas. Lagipun aku kan C-zer. Kalau ikut nasihat doc, at least after 2 tahun baru boleh preggy semula. Tapi ramai je kawan-kawan aku yang C-zer dah preggy semula even anak pertama belum cukup 2 tahun. Erk..!!

So kesimpulannya.. terpulanglah pada rezeki. Jika ditakdirkan aku mengandung lagi, syukurlah Alhamdulillah. Lagipun, aku memang tak pernah merancang pun since kahwin dulu. Ku terima seadanya. Hihi. Tapi kalau boleh aku & hubby nak tunggu si tecik umur 2 tahun baru lah kami giat ber'TTC' semula. :)



Friday, 22 August 2014

Bekal si tecik : Ayam goreng kunyit..

Nak share resepi yang tak seberapa dan yang paling senang. My tecik love it so much!! Makan nasi bertambah-tambah.. :)

Bahan-bahan:
1. Ayam - potong kecil2
2. Serbuk kunyit
3. Garam
4. Cauliflower
5. Carrot
6. Putik jagung
7. Lada merah
8. Halia
9. Bawang putih
10. Bawang holland

Cara memasak:
1. Tumis bawang putih, halia dan bawang holland.
2. Masukkan ayam yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan garam.
3. Masukkan cauliflower, carrot, putik jagung dan lada merah.
4. Siap untuk dimasukkan ke dalam tupperware.. Hihihi..



Thursday, 21 August 2014

1 year 5 months...

20/8/2014.. genaplah 17 bulan anak mummy ni. Besar dah dia. Tak boleh panggil budak tecik lagi dah. Eh tapiii... memang anak mummy ni tecik pun. Tak berapa nak tinggi macam mummy.Takpelah. Rendah pun comel ape. Hahaha. Last ukur dulu masa 15 bulan. Tinggi tak sampai 80cm pun. Hihi.

Berat lak 8 kg jek. Pelik betul lah. Makan banyak tapi berat tak naik banyak. Aku ni bukanlah tak bersyukur anak kuat makan tapi tu lah pantang nampak orang makan & minum. Semua pun dia nak. Tension lak mummy nih ha. Kalau nak makan or minum benda-benda yang not allowed macam air gas ke, kena sorok-sorok. Kalau tak sorok, confirm nangis-nangis mintak. Adoiiii. Lately ni dia suka makan pedas pulak. Dah macam orang besar. Asam pedas, masak lemak cili api, daging masak sos semua pun dia bedal. Senanglah mummy masak sekali harung. Tak payah masak asing-asing lagi dah. Kikikiki.

Sekarang ni kan.. kalau weekend jek, aku perasan si tecik ni happy betul. Pagi-pagi dah bangun ajak main. Kot yer pun bagi la mummy peluang nak bangun lambat sikit nak kk oii. Dah ler weekdays kena bangun seawal pukul 5.30 pagi masak bekal awak. Ni asal weekend je pukul 5 pagi awak dah bangun. Tak bagi chance kat mummy langsung. Huhuhu. Tapi syok gak layan dia main. Pagi-pagi buta mummy & daddy dah gelak sakan tengok keletah dia. Hihihihi.

Apa-apa pun syukurlah si tecik sihat walafiat. Cuma demam & selsema tuh biasalah tapi takde la teruk sangat. Mild jek. Tak makan ubat pun takpe. Aku pun banyak gunakan natural remedy macam bawang. Sangat-sangat berkesan. No drug. Hihihi. Apa yang aku buat ialah potong dadu bawang besar then letak dalam bilik. Senang kan. Si tecik pun tak merengek-rengek hidung tersumbat sebab selsema. Tido dengan amannya. Hihihi.

Ok. Tu jelah setakat ni. Actually banyak lagi yang aku nak share tapi malas pulak nak menaip. Kikiki.

Friday, 8 August 2014

Si tecik reject Friso..

Rentetan dari cerita Susu formula.

Setelah bertanya kawan2 dan baca review semua, maka aku decide nak try susu Friso Gold. Aku pun gigih la request sample susu kat website Friso Gold. Klik je kat sini Try friso gold. Ada sesetengah orang, dia terus beli jek susu tak payah nak try sample2 ni. Tapi bagi aku memang takkkk lah sebab takut membazir. Try sample dulu then kalau ok baru lah beli. Hihihi..

Around 3 weeks macam tuh, sample pun sampai. Dapatlah 4 peket. Masa tuh bulan Ramadhan. Aku hold dulu bagi si tecik sebab nak tunggu raya. Masa raya, aku & hubby cuti seminggu. At least boleh la monitor kalau2 si tecik allergik dengan susu tuh.

Raya ke-2 baru lah aku berkesempatan untuk try susu Friso. Mula2 si tecik minum aku dah cuak dah. Takut la pulak sejarah lama berulang. Ceh! Settle 3oz. Alhamdulillah. Sehari tuh aku monitor tengok muka & badan dia. Kot2 ada rashes ke hape. Esoknya dia masih ok. Fuhhh. Lega. Aku dah happy giler dia boleh accept susu ni & yang penting takde allergik.

Hari ke-2, dia bangun tido jek aku terus bagi susu tuh. Tengok-tengok dia refuseeee!! Aikkk..!! Aku dah pelik. Semalam ok je minum sampai habis. Hari ni tak nak pulak?? Mula-mula dia rasa sikit lepas tuh campak botol then marah2 aku. Aku rasa sikit susu tuh. Ehh. Sedap la! Dah kenapa awak tak nak?? Hihi. Hubby suruh aku pekatkan sikit sebab nampak cair. Aku pun tambah la lagi susu, try bagi lagi sekali. Still tak nak. Adoi. Aku cakap ngan hubby takpe lah. Kita try kejap lagi. Sementara tuh, kena la bagi Isomil dulu. Huhuhu.

Mak aku pulak suggest campur dua-dua susu tuh. Letak Friso sikit je dulu. Maybe dia dah biasa minum Isomil. Aku pun buatlah macam tuh tapi dia masih tak nak. Aku dah give up. Malas lah nak try lagik. Dia rasa Friso tak sesedap Isomil kot.

Nak dipendekkan cerita.. Hari Jumaat lepas, susu Isomil dah habis. Hubby malas la pulak nak pergi beli. Aku tak kisah sangat sebab dia pun masih breastfeed kan. So kalau lambat-lambat beli pun tak ape. Susu ku masih ada. Kikikiki. Aku konon-konon nak la try lagi sekali bagi Friso. Ermmm.. memang tak nak langsung. Habis botol susu dicampaknya. Ok fine. Kena try susu lain la pulak nampaknya. Huhuhu.

Next.. Aku baru je request sample Sustagen dan S-26. Tak sabar nak tunggu sample susu sampai. Hihihi.. Harap2 si tecik tak reject!!


Wednesday, 6 August 2014

Buggy..

Yeayyy.. Sofea dah ada buggy. Lepas ni tak payah la mummy & daddy dukung lagi. Fuhhh.. lega.. Hahaha..

Sebenarnya sebelum beli nih, banyak kali aku & hubby fikir. Mau ke si tecik tuh duduk dalam buggy? Tak menangis ke? Tak boring ke? Lagi pulak sekarang ni dia dah pandai jalan kan.  Ha, lagi satu dia memang takmo duduk dalam stroller since umur 5 bulan lagik. Meronta2 nak mintak dukung. Tetiba kang takmo duduk dalam ni camne?

Tapiiiii.. disebabkan kami ni dah tak larat nak dukung dia especially masa pergi shopping, so tawakal je lah beli. Hihihi. Sebenarnya si tecik ni sukaaaaaaa sangat jalan sendiri. Kami ni je yang risau. Dia ni kalau berjalan sendiri takmo orang pegang tangan. Pastu merewang masuk kedai2 la. Langgar orang sana sini. Adehhhh.. letih mummy & daddy nak kejar. Nak tak nak kena la dukung dia. Huhuhu.

So, 2 hari before raya hari tu, kami decided beli jugak buggy. Kami beli di Jusco. Brand Sweet Cherry. Murah jek RM119. Ada dua warna - biru & pink. Tapi macam biasalah kan, walaupun anak aku gegel aku tetap nak warna biru jugak. Biru alwayyyyss in my heart. Hahaha.

Legaaaaaaaa sangat dia nak duduk dalam buggy. Takde lagi sesi kejar mengejar. Tangan pun tak lenguh. Tapi tu la, bila tempat ramai orang dia jadi rimas sebab tak nampak benda2 lain. Tu tak jadi masalah sangat sebabnya mummy bagi upah makanan terus senyap. Hahahaha..

Ha, ni gambar2 masa kat Jusco hari tuh. Buggy pun masih bau kedai lagik. Beli jek terus guna. Kikikiki.

Makanan wajib ada

Boleh sangkut beg mummy & plastik shopping jugak

Ni tengah tegur orang lalu lalang

Boring...
Lama sangat tunggu daddy shopping tapi tak nangis pun!!

Tuesday, 5 August 2014

Seminggu beraya...

Selamat hari raya semua.. Hihi. Lambat la pulak wish. Takpe. Raya kan sebulan. Kikikiki..

Tahun ni aku raya secara sederhana jek. Takde pergi mana2 pun. Setakat hari ni, aku cuma beraya 4 buah rumah je. Hahaha. Selalunya banyak rumah gak aku pergi beraya tapi tahun ni agak challenging sebab si tecik dah pandai meragam. Bayangkanlah, masa kat kubur pun dia dah menangis2 sebab panas. Lepas ziarah kubur, kami terus beraya di rumah pakcik aku which is sebelah rumah mak aku je. Masa tu mood dia ok lagi. Next rumah is jiran sebelah rumah mak aku. Haaa.. masa ni dia dah mula merengek2. Takmo dengan siapa2. Nak berdukung je. Aku dah saspek ni mesti sebab rimas pakai baju kurung. Lagipun dia belum nyusu. So aku pun balik rumah mak aku jap konon2 nak tukar baju dia & buatkan susu. Lepas nyusu, tengok2 yak pulak dah. Adehh.. elok je aku settle sume, tau2 mak & adik beradik aku dah balik rumah. Ermmm... pasrah je la.

Dah jadi kewajipan kitorang adik beradik setiap tahun mesti beraya kat rumah adik beradik/sepupu sepapat ayah aku. Aku pun nak join la diorang sekali pergi beraya. Tapiiii,  tengok2 si tecik tuh baru tido. Yer la. Memang masa tuh waktu tido dia. Pukul 11 lebih. So tak dapat lah follow diorang beraya. Huarghhhh.. Dalam pukul 2 lebih baru si tecik bangun. Petang tuh baru la dapat pergi beraya rumah abang aku & nenek kakak ipar aku. Malam pulak takde aktiviti. Tengok tv & tido. Abis cerita hari raya pertama. Hihihi..

Raya ke-2 pun tak pergi mana2. Lepak2 kat rumah je. Makan, makan & makan. Hahaha. Nasib baik lah berat maintain 45kg okayyy. Kikiki.

Raya ke-3. Initial plan memang nak balik rumah mil aku tapi mil pulak takde rumah. Balik kampung di Raub. Happy betul aku sebab dapat raya rumah mak aku lagikk.. **jahat giler** hahaha.. Tapi mak aku pun takde kat rumah sebab ade family day di Johor. Kami ingatkan nak join tapi malas la pulak. So we all decide pergi jalan2 kat Alamanda.

Raya ke-4. Sepatutnya pagi2 dah balik ke rumah kami. Tapiiii masih lagi di rumah mak aku sampai la malam!! Hubby tuh la malas2 nak balik. Yer la. Mil kan tak balik lagi. Hubby ckp boring kalau duduk kat rumah kami tuh. Bukannya ada mende. Tuh pun masa nak maghrib tetibe dia cakap nak balik esok pulak. Ohhh no way. Aku punya lah banyak kerja nak buat kat rumah. So malam tuh kitorang kena balik jugak.

Raya ke-5. Syioknyerr berada di rumah sendiri. Kemas2, basuh baju, lipat kain, masak semua tau2 dah malam. Cepat betul la masa berlalu.

Raya ke-6 & ke-7. Balik rumah mil.

Kesimpulannya... raya tahun ni adalah raya yang paling me'rilex'kan. Takde travel jauh2. Cuma duduk rumah, makan2 & tido je. Hihihihi. Sekian.