"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Friday, 8 August 2014

Si tecik reject Friso..

Rentetan dari cerita Susu formula.

Setelah bertanya kawan2 dan baca review semua, maka aku decide nak try susu Friso Gold. Aku pun gigih la request sample susu kat website Friso Gold. Klik je kat sini Try friso gold. Ada sesetengah orang, dia terus beli jek susu tak payah nak try sample2 ni. Tapi bagi aku memang takkkk lah sebab takut membazir. Try sample dulu then kalau ok baru lah beli. Hihihi..

Around 3 weeks macam tuh, sample pun sampai. Dapatlah 4 peket. Masa tuh bulan Ramadhan. Aku hold dulu bagi si tecik sebab nak tunggu raya. Masa raya, aku & hubby cuti seminggu. At least boleh la monitor kalau2 si tecik allergik dengan susu tuh.

Raya ke-2 baru lah aku berkesempatan untuk try susu Friso. Mula2 si tecik minum aku dah cuak dah. Takut la pulak sejarah lama berulang. Ceh! Settle 3oz. Alhamdulillah. Sehari tuh aku monitor tengok muka & badan dia. Kot2 ada rashes ke hape. Esoknya dia masih ok. Fuhhh. Lega. Aku dah happy giler dia boleh accept susu ni & yang penting takde allergik.

Hari ke-2, dia bangun tido jek aku terus bagi susu tuh. Tengok-tengok dia refuseeee!! Aikkk..!! Aku dah pelik. Semalam ok je minum sampai habis. Hari ni tak nak pulak?? Mula-mula dia rasa sikit lepas tuh campak botol then marah2 aku. Aku rasa sikit susu tuh. Ehh. Sedap la! Dah kenapa awak tak nak?? Hihi. Hubby suruh aku pekatkan sikit sebab nampak cair. Aku pun tambah la lagi susu, try bagi lagi sekali. Still tak nak. Adoi. Aku cakap ngan hubby takpe lah. Kita try kejap lagi. Sementara tuh, kena la bagi Isomil dulu. Huhuhu.

Mak aku pulak suggest campur dua-dua susu tuh. Letak Friso sikit je dulu. Maybe dia dah biasa minum Isomil. Aku pun buatlah macam tuh tapi dia masih tak nak. Aku dah give up. Malas lah nak try lagik. Dia rasa Friso tak sesedap Isomil kot.

Nak dipendekkan cerita.. Hari Jumaat lepas, susu Isomil dah habis. Hubby malas la pulak nak pergi beli. Aku tak kisah sangat sebab dia pun masih breastfeed kan. So kalau lambat-lambat beli pun tak ape. Susu ku masih ada. Kikikiki. Aku konon-konon nak la try lagi sekali bagi Friso. Ermmm.. memang tak nak langsung. Habis botol susu dicampaknya. Ok fine. Kena try susu lain la pulak nampaknya. Huhuhu.

Next.. Aku baru je request sample Sustagen dan S-26. Tak sabar nak tunggu sample susu sampai. Hihihi.. Harap2 si tecik tak reject!!


1 comment:

  1. Huhuhu..mencabar jugak kan Husna nak bagi si tecik try susu FM..kena try n error dan request sample tu adalah jalan terbaik..takdelah membazair sangat kan..Aida nasib baik Medina main bedal je susu ape..Alhamdulillah sangat..huhhuu

    ReplyDelete