"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Wednesday 28 October 2015

2nd Trimester..

Syukur Alhamdulillah. Hari ni genap 13 weeks. Sekejap je masuk 2nd trimester. Rasa macam baru semalam dapat tau UPT positif. Hihi.

Ermmm.. sepanjang 1st trimester, takde pulak benda2 pelik berlaku. Tak macam 1st pregnancy dulu. Betul la orang cakap. Walaupun mengandung anak ke 10, tiap2 satu tu lain 'peel' nya. Kali ni sickness takde la teruk mana, cuma bloating masih lagi ada sampai la sekarang ni. Suffer betul bila bloating. Automatik patah selera. Lepas tu loya je dan rasa nak muntah. Nasib baik la kali ni aku pandai kawal. Setakat hari ni, cuma 2 kali je aku muntah sepanjang mengandung. Paling aku tak tahan bila perut rasa pedih sangat2. Angin dok tolak2 sampai rasa nak muntah. Bila la agaknya nak hilang bloating ni. Harap2 dah masuk 2nd trimester ni ok la sikit.

Bab pemakanan pulak so far ok la. Ada masa2 yang aku takde selera langsung dan ada2 masa makan macam orang kebulur. Haha. Cuma yang aku perasan, tiap2 minggu wajib pekena laksa. Nak2 datang pulak time tak selera tuh. Dapat hirup kuah laksa yang masam2 dan pedas. Perghhhh. Nikmatnya tak terkata. Sebab tu la tak pernah bosan makan laksa tiap2 minggu. Hihi.

Oh yer. Sabtu ni aku ada check-up for the second time. Tak sabar nak jumpa dengan baby. Harapnya sihat lah. Minggu ni check details - darah & urine. Berdebar2 betul nak tau HB aku berapa. Maklumlah ada bad history kan. Tapi rasanya HB aku memang rendah ni sebab pening2 dan letih sangat2 lately. Adoiii. Kalau betul rendah, terpaksa lah jaga makan lagik. Huwaaaa. Takpe la. Asalkan baby sihat kan. Hihi. So tunggu je la minggu depan yer. Apa2 hal InsyaAllah aku akan update.

Last but not least, copy paste dari website Baby Centre..

Your pregnancy: 13 weeks

Your baby's tiny fingertips have fingerprints, her veins and organs are clearly visible through her still-thin skin, and her body is starting to catch up with her head — which makes up just a third of her body size now. If you're having a girl, she now has more than 2 million eggs in her ovaries. Your baby is almost 3 inches long about the size of a (pea pod) and weighs nearly an ounce.

http://www.babycenter.com/6_your-pregnancy-13-weeks_1102.bc

Wednesday 7 October 2015

1st check-up

Memandangkan cuti aku hanya berbaki 2 hari untuk tahun ni, maka aku & hubby decided untuk check-up pregnancy kat klinik swasta je. Boleh jimat cuti dan masa. Sejujurnya aku lebih suka check-up di KKIA. Lebih detail dan segala-galanya dipantau sampai la dah nak dekat bersalin. Yer, memang agak leceh sedikit check-up di KKIA, lebih2 lagi kalau nasib tak berapa baik dapat nurse yang 'poyo'. Haha.

Masa first pregnancy, aku check-up kat UMRA. Service memang tiptop dan cepat. Tapi bukan tiap-tiap bulan check. Hanya untuk scan je. Full check-up kat KKIA. Ingatkan mengandung kali ni nak check-up kat UMRA jugak la tapi jauh sangat jarak dari rumah. So hubby cakap try check-up kat RAZIF. Kot2 lagi ok ke. Lagipun dekat sikit dalam 1/2 jam je dari rumah.

Maka, hari Sabtu minggu lepas (3/10) aku pun pergi la check-up kat RAZIF. Keluar rumah pukul 9.30 pagi, sampai sana tepat pukul 10.00 pagi. Ngam2 setengah jam! Haha. Macam biasa la kan, mula2 kena register dulu. Ramai betul kat klinik ni. Aku dah rasa tak sedap hati. Mesti lambat nanti. Huhu. Hubby cakap, takpe try je dulu. Ok fine.

Dalam setengah jam, nurse panggil untuk check berat, blood pressure dan tanya soalan2 yang basic. Lepas tu, dari pukul 10 lebih sampai lah ke pukul 12, nama aku tak dipanggil2 lagi. Aikkk?? Menyirap betul nih. Dah la anak aku dah mula rimas sebab lama sangat tunggu plus lapar pulak tuh. Hubby pun muka dah semacam je. Hampir2 gaduh la kitorang sebabnya aku merungut2, "Haaa..tu lah. Nak sangat check kat sini. Kan dah lamaaaaa tunggu". Dia pun dah macam bengang je. At last, aku dah tak boleh tahan, aku tanya nurse yang lalu lalang tu. Nurse tu cakap, "Sorry yer. Doktor ada dua orang je". Ermmm.. patut la pun. 15 minit lepas tu, baru la nama aku dipanggil. Finally..!!!!

Check-up nya takde la lama sangat. Setengah jam je. Nampak je jantung baby masa scan tu terus hati berbunga2, hilang terus marah2 tadi. Haha. Nasib baik la dapat doktor yang sangat2 best. Sempoi betul doktor tu. Macam2 boleh tanya. Cool je dia jawab. So nampaknya, check-up kat sini lagi la even lama giler nak tunggu. Haha. Next check-up 31/10.

Oh yerr. ni gambar scan hari tu. 9 weeks. Alhamdulillah perkembangan baby ok.