"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Thursday 28 June 2012

Keistimewaan Wanita...

1.Doa  wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat  daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." 

2.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh. 

3.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

4. Wanita  yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga. 

5.Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

6.Syurga  itu di bawah telapak kaki ibu. 

7.Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah  syurga. 

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu. 

9.Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya  lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah  pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun  pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
  
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW  "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14.Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). 

15.Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 

16.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 

17.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 

18.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 

19.Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Design baju raya...

saje nak share design2 baju yg sangat cantiks..weee.....nak tempah dah x sempat..so plan untuk pakai hari raya haji plak..haha..boleh x??





Baju raya hunting...

Wah..kurang sebulan nk masuk bulan Ramadhan..and lepas tu plak raya..ngeh3..and mcm biasa time2 cmni dah mula sibuk cari baju raya..better cari sebelum start puasa sbb malas nak jalan2 especially bile tak leh minum ni..haus woo..dah la nak cari baju saiz aku ni susah..saiz XS..!! huhu..bile dah dapat saiz betul, warna plak x kena & bila dah dapat warna betul, design plak x berkenan..huhu...susah betul..

Tahun ni aku plan nak 2 pasang baju raya JE..warna KELABU & PURPLE..kelabu pakai masa kat umah family aku & purple plak pkai kat umah MIL..untuk hubby plak, last week dah settle sume ~ beli kat JAKEL then terus hantar tempah kat Klang..nasib baik la dorang buka lagi tempahan..so lagi 3 minggu which is start puasa dah boleh amik dah..so tinggal nak beli kemeja kaler purple je la untuk dia nanti..so tinggal aku sorang je la yg terkontang-kanting nak cari baju raya ni..

Ermm..actually kan aku dah mula cuci2 mata kat butik2 online since hari tu lagi..saja tgk design untuk raya 2012 ni..banyak jugakla yg aku berkenan tapi one of my fav online boutique is  Wanz Collection.. Baju2nya sume cantik2..rambang mata..aku ada la berkenan 1 baju ni..kira lain dari yg lain la..warnanya takde la plain kelabu je..ade pink2 sket..igt nk order online je tapi takut saiz x kena plak..saiz kecik yg available is 36/S sedangkan aku bese pakai size 34/XS..so takut bile pakai nt ter'over sized plak..huhu..

So solutionnya ialah aku plan nak gi terus kedai dia..even jauh kat Warta Bangi sana tapi tetap ku gagahkan jugak sebab dah berkenan sangat2..suggest kat hubby, dia pun setuju..yahoooooooooooooo...!!! so hari Sabtu ni kitorang plan nak gi sana....weeeee..

Mode : X sabar nak shopping baju raya...!!

Saturday 16 June 2012

Masa untuk sakit tekak...

Fuh...pejam celik pejam celik kejap je dah hari Sabtu..cepat btul masa berlalu..

So, macam biasa byk la jugak plan yg berlegar2 kat kepala aku nih..hehe..x habis2..Konon2 je ni coz at the end mcm biasa jugak ~ terperap kat rumah...hahaha..

Ok..weekend kali ni aku & hubby plan nak gi KAROK..weee..boleh la release tension sesambil melontarkan suara yg x brape nak sedap nih..haha..

Actually hari tu aku ade beli voucher Song Box kat Groupon..tapi voucher tu hanya boleh guna start dari 15/6..so weekend ni la masanya..!
Eh lupa plak nak ckp..Harganya : Normal rate ~ RM66/person. After discount ~ RM9/person for 3 hours!! murah kan??Jimat RM114..weee..memang berbaloi2..

Song Box ni ade byk branch..tapi kitorang decide nak gi kat Subang Parade..dekat sket..(actually Summit lagi dekat..hehe)..


Note: Hopefully jadi la plan kali ni..tak mo la terperap duk umah lagi..huhu..


Tuesday 12 June 2012

Rezeki...

check REZEKI.. 
ada di mana2 
datang fast tanpa diduga  
tepat pada masa when
wait yg penting... check usaha, doa & tawakkal welcome

Pati Delima Gulsan...

Cycle kali ni aku & hubby decide nak stop dulu amik ubat homopati..actually x ade pape sbb pun..saje je coz hubby cakap nak try natural plak tanpa amik pape ubat..ermm..ikut je la ckp dia..TAPI dia ckp supplement still on..erkk???

OK..lepas dah try supplement asid folik, EPO & jus bidadari untuk cycle2 lepas, cycle kali ni aku nak try amik PATI DELIMA GULSAN pulak..

MAIN REASON : Untuk kesihatan dalaman & kesuburan..dan yg paling penting untuk sistem penghadaman aku yg agak tahpape ni..asik sembelit je..tension betul..
Ha..!! lagi satu ialah untuk merawat DENGKUR ~ khas buat hubby..harap2 lepas dia minum ni boleh la aku tidur dgn aman tiap2 malam..haha..

Malam tadi after hubby balik keje kitorang pun terus gi Carefour Sek.23 Shah Alam semata2 nak cari benda alah ni..Alhamdulilah jumpe kat kedai Raihanaz..Harga RM15/botol..

PATI DELIMA GULSAN

Kat bawah ni adalah khasiat PATI DELIMA GULSAN..sumber : http://adahcookie.blogspot.com

 Pati Delima Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen, mengandung khasiat semulajadi utk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit.. InsyaAllah..

Antara khasiat delima yg dikenal pasti dan teruji ialah:-
  1. Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
  2. Melancarkan peredaran darah
  3. Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
  4. Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita
  5. Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan...InsyaAllah...
  6. Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
  7. Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
  8. Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
  9. Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas...InsyaAllah...
  10. Dikenali sebagai "Viagra Semulajadi" iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (nie untuk pasangan yang dh berkahwin yea..)
  11. Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
  12. Merapatkan  rahim dan juga menyuburkan rahim >>> kembali dara. InsyaAllah
  13. Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam
  14. Awet muda...sentiasa amalkan dari sekarang..tengok lah dalam 10 tahun lagi (jika dipanjangkan usia)...
  15. Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
  16. Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
  17. Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua...dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung.....Hadiahkanlah kepada ayah bonda tersayang...!!! :)
  18. Anda hamil??? Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin...
  19. Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
  20. Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
  21. Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah. mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata

Additional info >>> 

Buah delima atau nama saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.

Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).

Jus Delima mempunyai banyak khasiat. Antaranya ialah:-

·         Melancarkan dan menstabilkanperedaran/perjalanan darah
·         Mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada tahap normal   
·         Membersihkan hati dan urethra
·         Memperkuatkan sistem penghadaman
·         Membuang lemak-lemak berlebihan
·         Meningkatkan tenaga
·         Mencegah ‘morning sickness’
·         Membantu menyesuaikan hormon ketika haid
·         Mencantikkan dan mencerahkan kulit
·         Membantu menyembuhkan penyakit diabetes
·         Boleh meghilangkan kahak
·         Mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan
          kekuatan tenaga batin

·         Mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua


Plan x jadi...

OK..seperti yg dijangkakan, weekend yg konon2nya penuh dgn plan ke sana ke sini lastly berakhir dgn DUDUK DI RUMAH semata2..dan seperti biasa, REASON : dua2 malas nak keluar...haha..so terperaplah kat rumah dua2 owang sambil tgk tv dari pagi sampai midnite..

So disebabkan tahap boring yg melampau2, dgn rajinnya aku try la buat PUDING ROTI..jadi tu mmg jadi tapiiiiiiii....kaler je yg agak lawak sket..ni sume gara2 beli agar2 tapi x tgk btl2..main amik jer..blk2 umah letak kat dlm periuk tgk2 kaler MERAH..!!! ermm..disebabkan dah masuk dlm periuk, so hentam je la labu..nasib baik lah SEDAP..syukur..1st try..tapi kan bila tgk2 balik comel gak kaler ni..haha..

~ tgk la puding aku nih, kaler tah pape tah..dgn cekelat yg berterabur & x sekata...kwang2..




Ni pulak menu utk Brekfast + Lunch + Dinner untuk hari ahad..malas nk masak byk2 kali so aku pun decide masak SPAGETTI je since hubby pun request nk makan benda alah ni..senang..jimat tenaga..hehe..

~ dah makan2 sampai nk abis baru perasan aku lupe letak button mushroom..ptt la mcm lain je..adoyai...hehe..


NOTE: Resepi akan di share next post..insyaAllah..


Saturday 9 June 2012

Kunci..

jangan BERPUTUS-ASA STOP 
kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat MEMBUKA kunci :-D




Solat sunat taubat


Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa) ~ Muhammad Isa Selamat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :
1.     Ikhlas ingin bertaubat
2.     Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3.     Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4.     Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5.     Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah:
 “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
~Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
~ Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
~ Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
~ Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
 لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِينَ.تَ
“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

~ Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

1. 100 kali
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

2. Tiada had
لَا حَوْلَ  وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَظِيمِ
Tiada keupayaan (untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu)  melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar.

3. Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ
Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku.



Cinta Bersatu...

 BEE Dedicated to My Beloved HUBBY BEE


Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

HEART U SO MUCH

Friday 8 June 2012

Weekend..

Minggu ni x jadi balik rumah mak sebab:-

~ sabtu & ahad mak bizi gi kenduri kahwin. so kebarangkalian die nak ade kat rumah tu sgt la rendah & dah konfirm2 die X MASAK..
~ adik beradik lain pun x balik sbb reason kat atas ni..so xde sape balik..boring & x happening..
~ mak pun ckp x yah balik sbb reason kat atas ni..haha..

So, kesimpulannya minggu ni adalah minggu utk kami (aku & hubby) berdua..bestnyerrrr...macam2 dlm kepala ni nak buat ape..

~ berkelah kat air terjun FRIM ~ zoo negara ~ tgk muvie ~ jog kat taman ~ uptown shah alam ~ makan ayam penyet Wong solo ~ cari rumah ~ sunway piramid ~ tgk bola kt kedai mamak ~

lalala..byk btl plan..tapi mengikut firasat & pengalaman aku, bila dah byk2 plan mcm ni akhirnya hanya ada 1 plan aje yg jadi iaitu...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

LEPAK2 KAT RUMAH sambil TGK TV 24 JAM..

reason : dua2 malas nak keluar...

huhu..


Thursday 7 June 2012

Buatmu di sana..

Yeay...!! finally dapat jugak lirik Buatmu di Sana OST Seindah Sakura by Mafa ft Ronnie OIM..suka sangat2 dgn lagu ni..hari tu dah download lagu die tapi carik2 lirik xde pulak..at last jumpe..!! yahoo..!!

Actually  suka jugak tgk cerita ni..follow since episod 1 lagi..ceritanya not bad & lagunya pun best2..sbb tu la follow semata2 nk dgr lagu yg best2..hehe..tiap2 kul 7 dah siap2 standby kat depan TV..hehe..

So..enjoy d song & lyric..!! ngeee...


Sering harungi sendiri kekurangan diri

Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Chorus:
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

Ohhh

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta



Drop..

Alamak..hari ni dah DPO14..dan suhu pulak makin drop..semalam 36.4 hari ni 36.2..nampaknya dah taw la ape yg akan muncul hari ni..ape lagi kalo bukan cik P..hehe..perut pun dah mula cramp ni..jap2 lagi sampai la cik P tuh..dah siap2 pakai pad pun..bak kata owg2 tua - sediakan payung sebelum hujan...hehe..

**Xde rezeki lagi bulan ni..redha je la..next cycle usaha lagi..chayok2..!!

Tuesday 5 June 2012

Saat itu tiba lagi..

Ermm..pejam celik tup tup dah DPO12..again..rasa berdebar2 menanti saat Cik P or Puan P yang muncul..tapi cycle kali ni relax sikit..takde la macam cycle lepas - gelabah pakai pad bagai even baru DPO11..kah kah kah..
Cycle ni suhu nampak comey sikit kat hujung2 DPO..agak tinggi la jugak..tapi x taula valid or x coz lately tido terganggu..ni sume sbb en. hubby yang tgh seseme (selsema..hehe) itu..oleh kerana beliau seseme plus hidung tersumbat maka dengkurnya juga menjadi semakin kuat @ tersangat2 lah kuat sampai aku x boleh tido..
Malam tadi dsbbkan tak tahan aku dgn bengangnya & terpaksa rela tido kat luar..huhu..padahnya pagi ni sakit2 badan coz tido kat lantai..
Sebab tu la suhu x accurate coz asik terjaga je..huhu..so nak expect lebih2 pun takut..berserah je la..harap2 ada la rezeki sempena dgn anniversary ni..ho yeah..if takde jugak, cuba & usaha lagi tanpa jemu..

So, apa2 pun tunggu je la sampai DPO14..kalau suhu comey, boleh la buat UPT test..hehe..

Mode: x sabar..