"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Thursday 20 November 2014

Petua sembuhkan selsema..

Isnin baru2 ni, si tecik tetibe je kena selsema. Last dia kena selsema masa bulan June. Nasib ler tak demam panas. Hanya selsema je. Tapi risau jugaklah sebab biasanya bila malam dia tido tak nyenyak sebab hidung tersumbat. Merengek2. Lepas selsema dah hilang nanti mesti batuk pulak menyusul. Huhu. Kesian betul.

Sejak dua menjak ni aku memang seboleh-bolehnya nak elakkan dari sebarang drugs aka ubat. Tapi tak bermakna pulak aku ni biarkan je anak aku tuh sampai selsema jadi makin teruk. Apa yang aku buat ialah hanya gunakan bahan2 semulajadi. Senang citer natural remedy lah. Hihi. So, untuk selsema ni aku gunakan bawang je. Kalau tak tau macam mana rupa bawang, ni ha aku tepek skali gambarnya. Hahahahaha.
From Google

Caranya macam ni. Ambil bawang merah (kecil or besar), potong kecik2 atau dadu kemudian letak dalam satu bekas yang terbuka. Bila nak tido, aku letak je bawang tuh kat sebelah dia. Senang giler kan. Tak payah susah2 sapu Vicks. Hahaha. Alhamdulillah, sepanjang malam si tecik tak merengek langsung. Lena je tido sampai ke pagi. Mummy pun senang hati tido dengan jayanya walaupun satu bilik berbau bawang!! Haha. Aku buat petua bawang ni 2 malam berturut2. Syukur, hari ke 3 selsema hilang macam tuh je. Takde pulak aku keluar hingus yang pekat tuh. Pelik tapi benar. Ermmm..

Ha, nak tau tak apa kaitan selsema dengan bawang merah tu? Kalau nak tau, bawang merah berfungsi sebagai penyerap bakteria. Masa tahun 1919, ada wabak flu menyerang dan mambunuh hampir 40 juta orang di seluruh dunia. Tapi, ada satu keluarga petani ni sihat walafiat je tanpa dijangkiti flu tersebut. Bila ditanya, rupa-rupanya si isteri petani tu letakkan bawang merah yang dikupas di setiap penjuru rumah mereka. Doktor pun ambil sample dari bawang tuh dan buat ujikaji. Hasilnya, memang ada virus dan bakteria flu yang telah mati (tak aktif) kat bawang tuh. So dah terbuktilah bawang menyerap bakteria.

Ini ringkasan cerita yang aku google je tau. Tak taulah kesahihannya. Tapi aku dah cuba petua ni banyak kali dan memang berkesan. Bila aku letak malam ni, esoknya aku tengok bawang tu akan jadi lebam dan kehitaman. Means bawang tuh dah serap bakteria lah.

Apa2 pun, kuasa penyembuhan tu datangnya dari Allah. Aku hanya mencuba je dan ni lah salah satu cara nak elakkan dari ubat-ubatan.

Sekian dan selamat mencuba!!

Wednesday 5 November 2014

Perbelanjaan bulanan untuk anak..

Sebelum ni, aku tak pernah kira perbelanjaan bulanan anak aku. Yang aku tau, asalkan makan pakai dan segala keperluannya cukup so kira ok lah kan. Orang kata rezeki anak ni tak pernah putus, Yer.. memang aku akui pun. Kami ni je yang menumpang rezeki anak sebenarnya. Hihihi.

Disebabkan aku terlalu rajin hari ni, maka tetiba pulak nak calculate perbelanjaan bulanan si tecik. Agak-agak berapa yer?Hihi.

1) Upah pengasuh - RM300. Setakat ni tak pernah terfikir lagi nak tukar pengasuh sebab pengasuh sekarang ni tersangatlah ok kecuali part cuti tu jek lahhh.. :)

2) Keperluan asas yang mahal dan wajib dibeli setiap bulan - susu dan diaper. Tapi susu memang aku sangat2 terasa 'kemahalannya'. Kalau ada offer pun paling murah aku pernah beli dengan harga RM64.99 setin. Bulan ni ada offer harga tu kat Tesco tapiiiii dah 2 branch Tesco aku pergi, susu habissssssss. Takde stok!! Maka aku pun pasrah je la beli kat 99 Speedmart dengan harga RM72++. Tapiiiii..tadi aku ada cakap rezeki anak ni sentiasa ada kan? Malam semalam aku beli kat 99 Speedmart, tengok-tengok harga susu RM68.90 plus free 2 sachet..!! Alhamdulillah masih dapat harga murah. Happynya..!! So, perbelanjaan susu untuk 3 tin ialah RM206.70. Diaper pulak, bulan ni aku beli 2 brand - Drypers & Hey Baby. Satu untuk diletakkan kat rumah pengasuh dan satu lagi kegunaan kat rumah. Total diapers untuk sebulan RM 57.80.

3) Makanan untuk breakfast dan bekal ke rumah pengasuh. Biasanya untuk breakfast aku akan beli biskut dan cereal untuk sebulan sekaligus. Senang, tak payah nak bawa setiap hari ke rumah pengasuh. Cuma kadang-kadang aku ada jugak la bawa roti sebab takkan nak makan biskut dan cereal je kan. Boring pulak dak tecik tuh. Haha. Total breakfast untuk sebulan ialah RM20 . Untuk lunch dan dinner pulak, aku dah bagi siap2 kat pengasuh beras 5 kg sebab aku tak sempat nak masak setiap pagi. So nanti pengasuh tolong masakkan nasi je. Lauk memang aku yang akan bekalkan setiap hari. Setiap hujung minggu aku akan beli barang basah macam ayam, ikan dan sayur. So anggaran barang basah untuk lauk si tecik ialah RM 60 sebulan. 

4) Keperluan2 lain. Ni aku kategorikan sebagai benda yang tak wajib dibeli setiap bulan. Beli bila perlu sahaja contoh macam botol susu, toileteries dan pakaian. Errr..tapi kan.. pakaian tu dah jadi benda wajib pulak beli setiap bulan sebab mummy is so rambang mata!! Pantang nampak baju comel2 mesti grab sehelai dua. Adoiiii.. So far, aku telah ter'rembat' baju jalan sepasang, baju tido dan kasut. Total semua ialah RM 69.00. Oh yer.. ada beli botol susu jugak berharga RM 8.00.

5) Belanja yang paling sikit ialah part mainan. Memang aku jarang sangat belikan mainan untuk si tecik sebabbb dia bukannya main pun!! Mainan punya lah banyak alih2 penapis sayur mummy jugak yang dimainnya. Huhu. So sekarang ni aku hanya beli mainan yang murah2 jek. Kalau dia tak minat nak main takde lah aku rasa hanginn jek. Kikiki. Bulan ni aku belikan dia set masak2 yang berharga RM 15 sahaja. Itu yang dia pilih sendiri ok. Tak tau la berapa lama boleh bertahan. Hihihi.

Setelah dijumlahkan semuanya, maka bulan ini aku telah membelanjakan sebanyak RM736.50 untuk anak aku yang seorang itu sahaja. Ini baru awal bulan, mungkin jugak ada penambahan lagikkk sehingga hujung bulan nanti. Huhu. Tapi apa2 pun, memang kena standby RM1000 la untuk perbelanjaan anak setiap bulan. Sekian.