Disebabkan aku terlalu rajin hari ni, maka tetiba pulak nak calculate perbelanjaan bulanan si tecik. Agak-agak berapa yer?Hihi.
1) Upah pengasuh - RM300. Setakat ni tak pernah terfikir lagi nak tukar pengasuh sebab pengasuh sekarang ni tersangatlah ok kecuali part cuti tu jek lahhh.. :)
2) Keperluan asas yang mahal dan wajib dibeli setiap bulan - susu dan diaper. Tapi susu memang aku sangat2 terasa 'kemahalannya'. Kalau ada offer pun paling murah aku pernah beli dengan harga RM64.99 setin. Bulan ni ada offer harga tu kat Tesco tapiiiii dah 2 branch Tesco aku pergi, susu habissssssss. Takde stok!! Maka aku pun pasrah je la beli kat 99 Speedmart dengan harga RM72++. Tapiiiii..tadi aku ada cakap rezeki anak ni sentiasa ada kan? Malam semalam aku beli kat 99 Speedmart, tengok-tengok harga susu RM68.90 plus free 2 sachet..!! Alhamdulillah masih dapat harga murah. Happynya..!! So, perbelanjaan susu untuk 3 tin ialah RM206.70. Diaper pulak, bulan ni aku beli 2 brand - Drypers & Hey Baby. Satu untuk diletakkan kat rumah pengasuh dan satu lagi kegunaan kat rumah. Total diapers untuk sebulan RM 57.80.
3) Makanan untuk breakfast dan bekal ke rumah pengasuh. Biasanya untuk breakfast aku akan beli biskut dan cereal untuk sebulan sekaligus. Senang, tak payah nak bawa setiap hari ke rumah pengasuh. Cuma kadang-kadang aku ada jugak la bawa roti sebab takkan nak makan biskut dan cereal je kan. Boring pulak dak tecik tuh. Haha. Total breakfast untuk sebulan ialah RM20 . Untuk lunch dan dinner pulak, aku dah bagi siap2 kat pengasuh beras 5 kg sebab aku tak sempat nak masak setiap pagi. So nanti pengasuh tolong masakkan nasi je. Lauk memang aku yang akan bekalkan setiap hari. Setiap hujung minggu aku akan beli barang basah macam ayam, ikan dan sayur. So anggaran barang basah untuk lauk si tecik ialah RM 60 sebulan.
4) Keperluan2 lain. Ni aku kategorikan sebagai benda yang tak wajib dibeli setiap bulan. Beli bila perlu sahaja contoh macam botol susu, toileteries dan pakaian. Errr..tapi kan.. pakaian tu dah jadi benda wajib pulak beli setiap bulan sebab mummy is so rambang mata!! Pantang nampak baju comel2 mesti grab sehelai dua. Adoiiii.. So far, aku telah ter'rembat' baju jalan sepasang, baju tido dan kasut. Total semua ialah RM 69.00. Oh yer.. ada beli botol susu jugak berharga RM 8.00.
5) Belanja yang paling sikit ialah part mainan. Memang aku jarang sangat belikan mainan untuk si tecik sebabbb dia bukannya main pun!! Mainan punya lah banyak alih2 penapis sayur mummy jugak yang dimainnya. Huhu. So sekarang ni aku hanya beli mainan yang murah2 jek. Kalau dia tak minat nak main takde lah aku rasa hanginn jek. Kikiki. Bulan ni aku belikan dia set masak2 yang berharga RM 15 sahaja. Itu yang dia pilih sendiri ok. Tak tau la berapa lama boleh bertahan. Hihihi.
Setelah dijumlahkan semuanya, maka bulan ini aku telah membelanjakan sebanyak RM736.50 untuk anak aku yang seorang itu sahaja. Ini baru awal bulan, mungkin jugak ada penambahan lagikkk sehingga hujung bulan nanti. Huhu. Tapi apa2 pun, memang kena standby RM1000 la untuk perbelanjaan anak setiap bulan. Sekian.

No comments:
Post a Comment