"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Thursday 24 July 2014

Persiapan raya.....

Hari ni dah Khamis. Lagi 3 hari je lagi nak raya. Adoiii. Banyak lagi barang belum beli. Baju pun untuk raya pertama je dah complete. Baju untuk rari raya ke-2 masih belum ada lagi. Tapi takpe sebab baju daddy & si tecik senang nak cari. Last2 minit pun boleh shopping lagi. Aku je yang masalah sikit. Size asik takde jek. Kalau ade pun bukan baju yang aku berkenan. Last2 terpaksa je la beli. Huhuhuhu...

Last week, kami sempat la shopping sikit je. Mana taknya, pergi pun  SACC Mall dan PKNS jek. Kat SACC Mall dapatlah aku rembat baju kurung & seluar jeans si tecik. Pastu pergi pulak ke PKNS. Beli songkok, sampin hubby & baju kurung aku. Ingatkan nak cari baju kurung aku lagi sepasang. Tapiiiii tak larat lah!! Ramaiiiii..!! Kalau aku sorang2 takpe. Ni ade budak kecik susah nak nyelit2. End up pergi ke Seksyen 7 Shah Alam konon2 nak cari tudung tapiiii terpaksalah lupakan hasrat itu. Sampai2 sana makkkk aihh ramainya umat. Parking pun takde dengan jem lagik. Malas lah aku. Dah la panas terik. Last2 kitorang decide balik Seremban terus. Hihihi..

So.. tu jelah yang aku sempat shopping. Tengok esok macam mana. Kalau sempat ingatkan nak pergi Setia City Mall kejap. Beli dress si tecik & baju kemeja daddy. Kalau tak sempat... terpaksa lah shopping hari Sabtu sebelum balik rumah mil. Adoii.. Mesti kelam kabut nanti.

Thursday 17 July 2014

Bila la nak shopping raya??

Tak sangka cepat beno masa berlalu. Tau2 jek dah 19 Ramadhan. Then, 10 hari lagi dah raya. Wahhhhhh.. masa tersangat lah pantas.

Ermmm.. cakap pasal raya ni kan... Aku masih tak buat apa2 persiapan lagi. Tahun ni macam rilex sikit. Takde la gelabah nak cari baju raya. Mungkin sebab baju untuk hari raya pertama dah ada. Tudung + baju kurung + kasut aku dah settle, cuma hubby punya tak berapa nak complete la sebab takde sampin & songkok. Si tecik tu pulak takde baju kurung lagi. Hanya ada gown untuk petang raya pertama je.

Untuk raya ke-2 pulak, aku masih lagi berfikir2 nak tema kaler apa. Tapi papehal pun, kena cari kemeja hubby dulu then baru la boleh beli baju aku & si tecik. Yer la. Hubby susah sangat2 nak cari baju yang sesuai. Bukan boleh grab last2 minit.

Aku plan nak cari baju kurung pahang 2 pasang kat PKNS dan tudung kat Seksyen 7, Shah Alam. Si tecik pulak aku shopping gown dan baju jalan2 dia kat MIKI jek. Untuk hubby, macam biasa lah. Parkson tetap di hati. Dah tuh jek yang selalu ada size dia. Hihihi. Ok, settle bab baju. Tapiiiii yang jadi persoalannya ialahhh.. bila lah agaknya nak pergi shopping????? Sekarang ni hubby kerja Sabtu & Ahad. This week, hari Sabtu je hubby free. Adoi. Mampukah kami nak pergi semua tempat dalam 1 hari?? Harap-harap lah si tecik tak meragam and behave..


Monday 7 July 2014

Day 9 Ramadhan..

Dah 9 hari berpuasa. Alhamdulillah.

Minggu ni aku rasa happy sangat2. Hubby kerja siang. Jadi dapat lah bersahur & berbuka sama2. Yeayy..!! InsyaAllah sepanjang minggu ni aku akan masak untuk berbuka. Masakan simple2 je asalkan kenyang. Sedap or tak tuh lain cerita sebab tak boleh nak rasa kan. Hahaha. Alasan!!

Minggu lepas hubby kerja malam. Memang tak sempatlah nak masak. Yer la. Aku baru je nak masuk dapur,  datang pulak si tukang kacau. Ermm.. payah la nak masak. Kalau setakat datang mengacau je takpe. Ni merengek2 sebab nak mengempeng. So baik aku suruh hubby beli je makanan.

Ha, ni menu berbuka aku last week. Berbuka ala kadar je yang penting kenyang.

Day 1 : Nasi + Ayam masak lada hitam
Day 2 : Bazar - Nasi ayam
Day 3 : Bazar - Nasi kerabu
Day 4 : Meatball + Ayam goreng
Day 5 : Bazar - Kuih tako + Laksam
Day 6 : Kedai - Nan cheese + Ayam tandoori
Day 7 : Bazar - Bihun sup tulang
Day 8 : Mee goreng

Ermm.. hari ni nak masak ape yer?? Adoi peningggggg nak fikir.. :P