"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Monday, 7 July 2014

Day 9 Ramadhan..

Dah 9 hari berpuasa. Alhamdulillah.

Minggu ni aku rasa happy sangat2. Hubby kerja siang. Jadi dapat lah bersahur & berbuka sama2. Yeayy..!! InsyaAllah sepanjang minggu ni aku akan masak untuk berbuka. Masakan simple2 je asalkan kenyang. Sedap or tak tuh lain cerita sebab tak boleh nak rasa kan. Hahaha. Alasan!!

Minggu lepas hubby kerja malam. Memang tak sempatlah nak masak. Yer la. Aku baru je nak masuk dapur,  datang pulak si tukang kacau. Ermm.. payah la nak masak. Kalau setakat datang mengacau je takpe. Ni merengek2 sebab nak mengempeng. So baik aku suruh hubby beli je makanan.

Ha, ni menu berbuka aku last week. Berbuka ala kadar je yang penting kenyang.

Day 1 : Nasi + Ayam masak lada hitam
Day 2 : Bazar - Nasi ayam
Day 3 : Bazar - Nasi kerabu
Day 4 : Meatball + Ayam goreng
Day 5 : Bazar - Kuih tako + Laksam
Day 6 : Kedai - Nan cheese + Ayam tandoori
Day 7 : Bazar - Bihun sup tulang
Day 8 : Mee goreng

Ermm.. hari ni nak masak ape yer?? Adoi peningggggg nak fikir.. :P


No comments:

Post a Comment