"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Thursday, 24 July 2014

Persiapan raya.....

Hari ni dah Khamis. Lagi 3 hari je lagi nak raya. Adoiii. Banyak lagi barang belum beli. Baju pun untuk raya pertama je dah complete. Baju untuk rari raya ke-2 masih belum ada lagi. Tapi takpe sebab baju daddy & si tecik senang nak cari. Last2 minit pun boleh shopping lagi. Aku je yang masalah sikit. Size asik takde jek. Kalau ade pun bukan baju yang aku berkenan. Last2 terpaksa je la beli. Huhuhuhu...

Last week, kami sempat la shopping sikit je. Mana taknya, pergi pun  SACC Mall dan PKNS jek. Kat SACC Mall dapatlah aku rembat baju kurung & seluar jeans si tecik. Pastu pergi pulak ke PKNS. Beli songkok, sampin hubby & baju kurung aku. Ingatkan nak cari baju kurung aku lagi sepasang. Tapiiiii tak larat lah!! Ramaiiiii..!! Kalau aku sorang2 takpe. Ni ade budak kecik susah nak nyelit2. End up pergi ke Seksyen 7 Shah Alam konon2 nak cari tudung tapiiii terpaksalah lupakan hasrat itu. Sampai2 sana makkkk aihh ramainya umat. Parking pun takde dengan jem lagik. Malas lah aku. Dah la panas terik. Last2 kitorang decide balik Seremban terus. Hihihi..

So.. tu jelah yang aku sempat shopping. Tengok esok macam mana. Kalau sempat ingatkan nak pergi Setia City Mall kejap. Beli dress si tecik & baju kemeja daddy. Kalau tak sempat... terpaksa lah shopping hari Sabtu sebelum balik rumah mil. Adoii.. Mesti kelam kabut nanti.

1 comment:

  1. huhuhu..memang semuanya last minute kan..aida pon sama..hari-hari kena pergi Mall..ada je yang tak cukup dan nak beli lagi..haihlaa..hehehe

    ReplyDelete