Selamat hari raya semua.. Hihi. Lambat la pulak wish. Takpe. Raya kan sebulan. Kikikiki..
Tahun ni aku raya secara sederhana jek. Takde pergi mana2 pun. Setakat hari ni, aku cuma beraya 4 buah rumah je. Hahaha. Selalunya banyak rumah gak aku pergi beraya tapi tahun ni agak challenging sebab si tecik dah pandai meragam. Bayangkanlah, masa kat kubur pun dia dah menangis2 sebab panas. Lepas ziarah kubur, kami terus beraya di rumah pakcik aku which is sebelah rumah mak aku je. Masa tu mood dia ok lagi. Next rumah is jiran sebelah rumah mak aku. Haaa.. masa ni dia dah mula merengek2. Takmo dengan siapa2. Nak berdukung je. Aku dah saspek ni mesti sebab rimas pakai baju kurung. Lagipun dia belum nyusu. So aku pun balik rumah mak aku jap konon2 nak tukar baju dia & buatkan susu. Lepas nyusu, tengok2 yak pulak dah. Adehh.. elok je aku settle sume, tau2 mak & adik beradik aku dah balik rumah. Ermmm... pasrah je la.
Dah jadi kewajipan kitorang adik beradik setiap tahun mesti beraya kat rumah adik beradik/sepupu sepapat ayah aku. Aku pun nak join la diorang sekali pergi beraya. Tapiiii, tengok2 si tecik tuh baru tido. Yer la. Memang masa tuh waktu tido dia. Pukul 11 lebih. So tak dapat lah follow diorang beraya. Huarghhhh.. Dalam pukul 2 lebih baru si tecik bangun. Petang tuh baru la dapat pergi beraya rumah abang aku & nenek kakak ipar aku. Malam pulak takde aktiviti. Tengok tv & tido. Abis cerita hari raya pertama. Hihihi..
Raya ke-2 pun tak pergi mana2. Lepak2 kat rumah je. Makan, makan & makan. Hahaha. Nasib baik lah berat maintain 45kg okayyy. Kikiki.
Raya ke-3. Initial plan memang nak balik rumah mil aku tapi mil pulak takde rumah. Balik kampung di Raub. Happy betul aku sebab dapat raya rumah mak aku lagikk.. **jahat giler** hahaha.. Tapi mak aku pun takde kat rumah sebab ade family day di Johor. Kami ingatkan nak join tapi malas la pulak. So we all decide pergi jalan2 kat Alamanda.
Raya ke-4. Sepatutnya pagi2 dah balik ke rumah kami. Tapiiii masih lagi di rumah mak aku sampai la malam!! Hubby tuh la malas2 nak balik. Yer la. Mil kan tak balik lagi. Hubby ckp boring kalau duduk kat rumah kami tuh. Bukannya ada mende. Tuh pun masa nak maghrib tetibe dia cakap nak balik esok pulak. Ohhh no way. Aku punya lah banyak kerja nak buat kat rumah. So malam tuh kitorang kena balik jugak.
Raya ke-5. Syioknyerr berada di rumah sendiri. Kemas2, basuh baju, lipat kain, masak semua tau2 dah malam. Cepat betul la masa berlalu.
Raya ke-6 & ke-7. Balik rumah mil.
Kesimpulannya... raya tahun ni adalah raya yang paling me'rilex'kan. Takde travel jauh2. Cuma duduk rumah, makan2 & tido je. Hihihihi. Sekian.
No comments:
Post a Comment