"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Thursday, 21 August 2014

1 year 5 months...

20/8/2014.. genaplah 17 bulan anak mummy ni. Besar dah dia. Tak boleh panggil budak tecik lagi dah. Eh tapiii... memang anak mummy ni tecik pun. Tak berapa nak tinggi macam mummy.Takpelah. Rendah pun comel ape. Hahaha. Last ukur dulu masa 15 bulan. Tinggi tak sampai 80cm pun. Hihi.

Berat lak 8 kg jek. Pelik betul lah. Makan banyak tapi berat tak naik banyak. Aku ni bukanlah tak bersyukur anak kuat makan tapi tu lah pantang nampak orang makan & minum. Semua pun dia nak. Tension lak mummy nih ha. Kalau nak makan or minum benda-benda yang not allowed macam air gas ke, kena sorok-sorok. Kalau tak sorok, confirm nangis-nangis mintak. Adoiiii. Lately ni dia suka makan pedas pulak. Dah macam orang besar. Asam pedas, masak lemak cili api, daging masak sos semua pun dia bedal. Senanglah mummy masak sekali harung. Tak payah masak asing-asing lagi dah. Kikikiki.

Sekarang ni kan.. kalau weekend jek, aku perasan si tecik ni happy betul. Pagi-pagi dah bangun ajak main. Kot yer pun bagi la mummy peluang nak bangun lambat sikit nak kk oii. Dah ler weekdays kena bangun seawal pukul 5.30 pagi masak bekal awak. Ni asal weekend je pukul 5 pagi awak dah bangun. Tak bagi chance kat mummy langsung. Huhuhu. Tapi syok gak layan dia main. Pagi-pagi buta mummy & daddy dah gelak sakan tengok keletah dia. Hihihihi.

Apa-apa pun syukurlah si tecik sihat walafiat. Cuma demam & selsema tuh biasalah tapi takde la teruk sangat. Mild jek. Tak makan ubat pun takpe. Aku pun banyak gunakan natural remedy macam bawang. Sangat-sangat berkesan. No drug. Hihihi. Apa yang aku buat ialah potong dadu bawang besar then letak dalam bilik. Senang kan. Si tecik pun tak merengek-rengek hidung tersumbat sebab selsema. Tido dengan amannya. Hihihi.

Ok. Tu jelah setakat ni. Actually banyak lagi yang aku nak share tapi malas pulak nak menaip. Kikiki.

No comments:

Post a Comment