Tak sangka cepat beno masa berlalu. Tau2 jek dah 19 Ramadhan. Then, 10 hari lagi dah raya. Wahhhhhh.. masa tersangat lah pantas.
Ermmm.. cakap pasal raya ni kan... Aku masih tak buat apa2 persiapan lagi. Tahun ni macam rilex sikit. Takde la gelabah nak cari baju raya. Mungkin sebab baju untuk hari raya pertama dah ada. Tudung + baju kurung + kasut aku dah settle, cuma hubby punya tak berapa nak complete la sebab takde sampin & songkok. Si tecik tu pulak takde baju kurung lagi. Hanya ada gown untuk petang raya pertama je.
Untuk raya ke-2 pulak, aku masih lagi berfikir2 nak tema kaler apa. Tapi papehal pun, kena cari kemeja hubby dulu then baru la boleh beli baju aku & si tecik. Yer la. Hubby susah sangat2 nak cari baju yang sesuai. Bukan boleh grab last2 minit.
Aku plan nak cari baju kurung pahang 2 pasang kat PKNS dan tudung kat Seksyen 7, Shah Alam. Si tecik pulak aku shopping gown dan baju jalan2 dia kat MIKI jek. Untuk hubby, macam biasa lah. Parkson tetap di hati. Dah tuh jek yang selalu ada size dia. Hihihi. Ok, settle bab baju. Tapiiiii yang jadi persoalannya ialahhh.. bila lah agaknya nak pergi shopping????? Sekarang ni hubby kerja Sabtu & Ahad. This week, hari Sabtu je hubby free. Adoi. Mampukah kami nak pergi semua tempat dalam 1 hari?? Harap-harap lah si tecik tak meragam and behave..
No comments:
Post a Comment