"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Tuesday, 12 June 2012

Pati Delima Gulsan...

Cycle kali ni aku & hubby decide nak stop dulu amik ubat homopati..actually x ade pape sbb pun..saje je coz hubby cakap nak try natural plak tanpa amik pape ubat..ermm..ikut je la ckp dia..TAPI dia ckp supplement still on..erkk???

OK..lepas dah try supplement asid folik, EPO & jus bidadari untuk cycle2 lepas, cycle kali ni aku nak try amik PATI DELIMA GULSAN pulak..

MAIN REASON : Untuk kesihatan dalaman & kesuburan..dan yg paling penting untuk sistem penghadaman aku yg agak tahpape ni..asik sembelit je..tension betul..
Ha..!! lagi satu ialah untuk merawat DENGKUR ~ khas buat hubby..harap2 lepas dia minum ni boleh la aku tidur dgn aman tiap2 malam..haha..

Malam tadi after hubby balik keje kitorang pun terus gi Carefour Sek.23 Shah Alam semata2 nak cari benda alah ni..Alhamdulilah jumpe kat kedai Raihanaz..Harga RM15/botol..

PATI DELIMA GULSAN

Kat bawah ni adalah khasiat PATI DELIMA GULSAN..sumber : http://adahcookie.blogspot.com

 Pati Delima Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen, mengandung khasiat semulajadi utk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit.. InsyaAllah..

Antara khasiat delima yg dikenal pasti dan teruji ialah:-
  1. Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
  2. Melancarkan peredaran darah
  3. Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
  4. Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita
  5. Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan...InsyaAllah...
  6. Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
  7. Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
  8. Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
  9. Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas...InsyaAllah...
  10. Dikenali sebagai "Viagra Semulajadi" iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (nie untuk pasangan yang dh berkahwin yea..)
  11. Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
  12. Merapatkan  rahim dan juga menyuburkan rahim >>> kembali dara. InsyaAllah
  13. Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam
  14. Awet muda...sentiasa amalkan dari sekarang..tengok lah dalam 10 tahun lagi (jika dipanjangkan usia)...
  15. Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
  16. Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
  17. Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua...dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung.....Hadiahkanlah kepada ayah bonda tersayang...!!! :)
  18. Anda hamil??? Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin...
  19. Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
  20. Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
  21. Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah. mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata

Additional info >>> 

Buah delima atau nama saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.

Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).

Jus Delima mempunyai banyak khasiat. Antaranya ialah:-

·         Melancarkan dan menstabilkanperedaran/perjalanan darah
·         Mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada tahap normal   
·         Membersihkan hati dan urethra
·         Memperkuatkan sistem penghadaman
·         Membuang lemak-lemak berlebihan
·         Meningkatkan tenaga
·         Mencegah ‘morning sickness’
·         Membantu menyesuaikan hormon ketika haid
·         Mencantikkan dan mencerahkan kulit
·         Membantu menyembuhkan penyakit diabetes
·         Boleh meghilangkan kahak
·         Mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan
          kekuatan tenaga batin

·         Mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua


4 comments:

  1. terjumpa info ni, juga pasal delima… sharing is caring :) - Delima Cerahkan Kulit

    ReplyDelete
  2. Firhan,kita serupa..tengah amalkan pati delima ni..akak pun dah baper botol minum pati ni ngan husband..sedap,pun sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far ade pape perubahan x kak? firhan setakat 2 hari ni dah nmpk sket..tido nyenyak..kalo x asik terjaga2 jek..hehe

      Delete