Hasya agak lambat start makan solid food. Dah 6 bulan lebih baru aku bagi makan. Then umur 7 bulan baru start makan bubur. First solid food aku introduce yang ready made je. Kesian anak mummy kena makan makanan macam tuh. Walaupun kat label tulis tak ada pewarna / perasa tambahan / pengawet tapi sebenarnya ada!! Huhu..
Sekarang ni no more ready made food! Semuanya mummy masak sendiri. Homemade. Lagipun seronok tau buat makanan baby ni. Nak2 kalau dia beria2 makan. Wahhhh.. rasa macam dia cakap "pandainya mummy masakk..!!" Haha. Padahal puree je pun. Steam & blend. Dah siap. Hahahahaha..
Setakat umur 8 bulan ni, dah macam2 resepi gak aku try kat Hasya. Masa mula2 dulu aku tak berapa pandai nak mix makanan dia. Sekarang ni dah pandai sikit. So aku dah tau la apa yang die suka dan ape yang die tak suka makan.
Puree
1) kentang
2) apple
3) avocado
4) keledek
5) pisang
6) carrot + kismis
7) kurma
8) kentang + brokoli + carrot
9) keledek + bayam
Bubur
1) Carrot
2) Kurma
3) Ikan bilis + kismis + carrot + cauliflower
4) Ikan bilis + kurma + cauliflower
5) Ikan bilis + kismis + bayam
6) Ikan bilis + sawi
7) Ayam + carrot
So far favourite Hasya puree keledek, kentang + brokoli + carrot, keledek + bayam. Berselera sungguh kalau makan. Takde langsung buat muka2 pelik. Hahaha..
No comments:
Post a Comment