"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Wednesday, 6 May 2015

TTC again..

Assalammualaikum..

Bulan lepas 20 March 2015 genaplah si tecik 2 tahun. Alhamdulillah besar dah anak mummy & daddy. Macam-macam kerenah. Hihi. Oh yer, sekarang ni die dah pun wean off 100% dengan jayanya. Mula2 tu mmg susah sket tapi lama2 dia pun dah terbiasa dan terus lupa. Sikit pun tak mintak. Hihi.

Haa.. bile anak dah umur 2 tahun ni mula la aku & hubby diterjah soalan2 yang memang aku dah jangkakan dari dulu lagi. "Eh, bila nak menambah? Anak dah besar kan.." Biasalah. Ramai sangat orang yang AMBIL BERAT sampaikan semua benda pun diorang nak ambil tahu. Boringggggg..

Honestly, aku rindu sangat waktu mengandung dulu. Morning sickness. Scan. Baby bump. Perut mengeras. Baby tendang2. Wahhhh. Rindunyaaa.. rasa macam nak mengandung sekarang jugak!! Haha.

Bulan Jun nanti aku & hubby plan nak TTC semula. Kenapa bulan Jun?? Sebab..... nak sama birth date dengan anak aku yang pertama. Boleh celebrate birthday sama2. Haha. Tapi memandangkan Jun ialah bulan Ramadhan, maka postponed ke bulan July/Ogos. Mudah sikit kalau nak consume apa2 supplement Epo, Gulsan, etc..Ehem2. Supplement ke atau sebab lain. Tettttt...!! Haha.

Kalau lah Allah nak bagi sekarang pun aku terima je dengan hati yang terbuka. Aku & hubby dah bersedia. Si tecik pun dah macam bosan je main sorang2. Bila balik rumah mak aku, kemain suka dia sampai lambat tido sebab main dengan kakak2 sepupu dan mak2 sedara. Seronok aku tengok dia excited main. Hihi.

Semoga Allah permudahkan perjalanan TTC kami nanti. Amin.


No comments:

Post a Comment