"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Monday, 13 July 2015

Persiapan Raya..

Tahun ni aku dan hubby rilex sikit pasal persiapan raya ni. Takde lah kelam kabut nak shopping sana sini. Letih oii. Dah la puasa. Actually, bukannya sebab dah prepare awal-awal tapi konsep kami tahun ni ialah pakai je apa yang ada. Hihihi. Konon-konon nak berbelanja secara sederhana lah kann. Aku rasa raya tahun ni banyak belanja kat si tecik. Aku cuma beli sepasang baju kurung moden je. Yer SEPASANG SAHAJA ok. Pelik kan?? Hahaha.

Oh yer..tahun ni turn raya sebelah hubby tapi kami beraya di rumah atuk dan nenek hubby di Pahang. InsyaAllah kami balik kampung sehari sebelum raya sehingga hari raya ke tiga. Then, baru la raya sebelah aku pulak di Johor dan Seremban.

Tema baju untuk raya pertama kami tahun ni ialah jubah. Kaler pulak ialah kelabu. Kami pilih kaler ni sebab memang dah ada jubah kaler ni. So tak payah la nak beli lagi kan. Cuma untuk si tecik je lah kena tempah sebab tak pernah berjubah. Jubah aku by Poplook dan hubby pulak beli kat Mydin. Dua-dua jubah ni beli masa adik aku nikah awal tahun hari tu. Si tecik pulak aku tempah dengan kawan aku je. Cute sangat jubah dia sebab ada ropol-ropol. Hihi. Ok. Baju untuk raya pertama dah complete. Yeay..!! Tak sabarnya nak tunggu hari raya. Hahaha.

No comments:

Post a Comment