"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Monday 28 January 2013

Panduan Penyimpanan EBM (Expressed Breast Milk)

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.


Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
a) bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
b) bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
c) breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu


Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
1) Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
2) Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
3) Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
4) Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan


Expressed Breast Milk (EBM). Panduan asas penyimpanan susu ibu:
1) Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

2) Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya.

3) Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas.

4) Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

5) Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk.

6) Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk) sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar.

7) Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.

No comments:

Post a Comment