Arghhhh..tensionnya!!!
Rambut aku makin hari makin banyak yang gugur. Atas tilam, bantal, lantai, bilik air, sinki, dapur, karpet, dan rasanya setiap inci rumah tu ada je rambut aku. Kadang2 kat si tecik tu pun ada rambut aku - car seat, baju, bekas toileteries & kat muka dia pun ada jugak. Kesian kan? Hehe..Aku perasan rambut aku mula gugur since si tecik tu masuk 4 bulan. Aku ingatkan faktor syampu sebab kebetulan masa tu aku tukar syampu yang agak mahal sikit. Dalam hati rasa menyesal sangat2 then terus tukar ke syampu yang biasa aku guna tu. Bila dah tukar aku tengok makin teruk rambut aku yang gugur. Maka, berguguran juga la airmata ku ini. Haha. Takde maknanya aku nak nangis sebab rambut gugur cuma agak risau & takut jugak la. Boleh la pulak aku membayangkan rambut aku akan jadi botak macam iklan Yun Nam tu. Oh no!!
Orang yang perasan masalah rambut gugur aku ni of coz la hubby aku. Risau betul dia. Eh, tak sure la pulak dia risau ke atau rimas dengan rambut aku yang bersepah2 kat rumah tu. Hahaha.. tapi aku rasa dia risau kot sebab dia pernah tanya, "Syg tengok lately rambut B banyak gugur la. Kat sinki pun ada. Kenapa ek? Macam org sakit je" Eh2.. sesuka hati je cakap org ade penyakit. tapi kan sebenarnya aku risau gak kot2 betul aku ade penyakit. Huhu.
Selepas sebulan lebih mengalami keguguran rambut yang kritikal, aku baru terhegeh2 nak meng'google' "tips elakkan rambut gugur". Tahap rambut gugur aku sekarang sampai tak boleh pegang rambut langsung. Mesti akan gugur, gugur dan gugur lagi. Sehari lebih dari 100 helai kot. Waaaa...!! Ok back to story.. ermm.. banyak jugak tips2 untuk mengurangkan rambut gugur. Yang paling famous - guna lidah buaya & daun bunga raya. Mane la aku nak dapat benda alah tu semua. Waaa...!! lagi.
Dalam peng'google'lan aku pasal tips elakkan rambut gugur, aku ada jugak terfikir2 kenapa rambut aku gugur ek? Akhirnya baru aku tau kenapa..
1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.
Sumber: http://pama.karangkraf.com/famili/rambut-saya-banyak-gugur-1.26749
Fuhhh.. lega sangat2 lepas tau sebab2 rambut aku gugur. It's normal bagi ibu2 selepas melahirkan anak. Lepas ni takde la aku nak stress2 bagai sebab masalah ni. Nampaknya aku kena tunggu sampai si tecik tu berumur setahun baru la rambut aku back to normal. Ok. Lagi 6 bulan. Pasrah je la.. Huhu..
No comments:
Post a Comment