"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Friday, 22 November 2013

Bila si tecik demam..

Menjadi seorang ibu bukanlah mudah. Sentiasa hidup dalam kerisauan. Anak takmo menyusu - risau. Anak kembung - risau. Anak cirit birit - risau. Anak sembelit - risau. Anak tak nak makan - risau. Anak naik ruam2 kat badan - risau. Anak tak nak senyum - risau. Anak tak nak tido - risau. Anak demam - risau BERGANDA-GANDA.

Selama 7 bulan ++ inilah 1st time aku dilanda kerisauan tahap maximum iaitu bila si tecik demam. Tak pernah2 demam since lahir tetiba jek demam panas. Suhunya tinggi pulak tuh. 38 degree celcius ke atas. Allah je yang tau macam mana perasaan aku. Dah la tak ade pengalaman. Semuanya kelam kabut. Huhu..

Tapi Alhamdulillah... lepas 2 minggu demam (31/10/13 ~ 8/11/13)  on off, on off akhirnya anakku sihat walafiat. Syukur sangat2. Happy bila si tecik dah start jerit2 macam dulu. :) :) :)



1 comment: