"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Monday, 27 January 2014

20hb..

20hb Januari iaitu minggu lepas, aku & hubby ambil annual leave. Hantar mak aku pergi KLIA. Alhamdulillah syukur mak dapat gak pergi umrah. Mak tak pergi keseorangan. Abang sulung aku, kakak ipar & anak buah aku pergi sekali. So takde la risau sangat. Ade orang yang boleh tengok-tengokkan kat sana nanti. Hari Jumaat ni mak aku balik. InsyaAllah. Tak sabarnye..

Oh yer.. 20hb Januari jugak si tecik tu genap 10 bulan. Macam biasa la kan. Tiap2 bulan mesti aku update perkembangan umur dia. Aku ni kan pelupa. Kang nak refer balik untuk anak second  nanti tak ingat la pulak. Ehhh..?? Ehem2.

Hasya 10 bulan...
~ sangat suka memanjat
~ dah boleh lepaskan tangan bila berdiri tapi kejap je la
~ masih makan bubur yang dikisar. kalau makan bubur yang tak dikisar confirm termuntah. tapi yang peliknya, nasi boleh pulak makan. ermmmm...
~ dah pandai sebut mummy - "ammmi" & daddy - "ti"
~ suka sangat2 dengan kucing. kalau kita cakap "eh, meow la", cepat2 dia pandang sekeliling cari kucing
~ lately suka pulak isap jari kaki. apakah???
~ susu 5oz sekali minum
~ suka menyepah
~ dah pandai letak handphone kat telinga bila orang cakap "hello..hello"


mulat :P

P/s: Lagi 2 bulan nak setahun. Wink.. wink..

1 comment:

  1. Salam, ilham dari terpaksa berttc (trying to conceive), harga pasaran bagi upt n opk agak mahal diluar sana, dan saya terpaksa beli selalu upt n opk ini, saya mendapat idea untuk menjual produk ini dengan harga borong iaitu upt rm1.00 n opk rm1.20dan sila layari kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/‎

    ReplyDelete