Selamat Hari Raya Haji.. Hehehe.
Tahun ni turn beraya di rumah mil. Kebiasaannya macam tu la. Kalau raya puasa beraya di rumah mak aku, then raya haji pulak kat rumah mil. Gilir-gilir. Hehe. Kali ni raya haji lama sikit la dari tahun-tahun lepas sebab Isnin tu cuti ganti kan. Actually company aku tak cuti pun. So terpaksa la amik leave. Huhu. Maka, leave aku sekarang tinggal negative 3 hari. Yer negative sebab dah terlebih annual leave tapi office takmo tolak gaji, dia tolak cuti next year. Adoiiii..
Kami balik rumah mil hari Sabtu malam, selepas settle semua apa-apa yang patut. Sempat la shopping barang dapur. Lagipun hubby kerja Sabtu tu. Tengah hari baru abis kerja. Sampai je rumah mil tengok-tengok juadah raya semua pun dah masak. Mil masak rendang daging, ayam masak merah dan acar mentah. Esoknya baru masak nasi minyak. No ketupat or nasi impit at all. Huwaaaaaaaaaaaa.. nak nangis...!!! Itu la peberet aku bila raya. Tapi dah beraya rumah orang kan. So makan je la apa yang ada. Jangan banyak songeh. Sob..sob..
Raya kat rumah mil bermakna lepak sepanjang hari tengok tv. Memang tu la tradisi turun temurun bak kata hubby. Tak ke mana-mana pun. Tengok tv, makan, tido dan repeat semula sampai la malam. Boring gak la terperap jat rumah je tapi macam aku cakap, raya kat rumah orang so pandai-pandai la sesuaikan diri. Huhuhu. Si tecik toksah cakap la. Merengek-rengek je bila dah petang sebab bosan. Asyik tunjuk luar rumah je then suruh bukak pintu. Hahaha.
Kami kat rumah mil sampai hari Isnin. Petang dalam pukul 6 baru balik rumah. So itulah cerita raya haji kami tahun ni. Sekian.
Meriah jugak makanan tu walaupun tanpa nasi impit rendang..huhuhu..Salam Aidiladha Firhan n family..
ReplyDelete