Assalammualaikum...
Sebelum ni, aku ada story pasal mandian dan krim pelembap yang Sufi gunakan di sini . So far tak ada apa-apa masalah. Cuma, aku ni pantang betul ada orang review atau share produk tu elok untuk eczema, confirm aku akan serach dan end up beli. Haha. Biasa la kan. Sindrom mak-mak sangat. Semuanya nak yang terbaik untuk anak.
So, disebabkan terpengaruh, aku pun try la beli mandian BUDS super soothing hydrating cleanser. Apa yang menarik tentang mandian ni:-
Cleanse sore, irritated and eczema-prone skin as gently as possible and treat baby to a prebiotic enhanced bathing experience. Gluco-oligosaccharide is a prebiotic that selectively fuels the growth of the healthy bacteria on your baby's skin while inhibiting the growth of detrimental bacteria.
Masa mula-mula guna, kulit Sufi jadi agak kering dan kasar. Aku rasa mungkin baru first time guna kot. Selepas beberapa minggu guna, nak dijadikan cerita cleanser ni tertinggal pulak kat rumah mertua. Adoii. Nak beli baru macam rugi pulak sebab masih banyak lagi plus tak tau serasi atau tidak untuk Sufi. Nak tak nak terpaksa la cari alternatif lain.
Yerr kalau nak diikutkan, aku ok je tak guna apa-apa sebagai mandian Sufi. Tapiiii pengasuh Sufi tu haa, walaupun aku cakap tak payah pakai sabun atau apa-apa pada Sufi, tapi dia macam tak puas hati sebab baby tak bau wangi. Huhu. Susah nak explain pada orang yang tak berpengetahuan pasal Eczema ni. Walau macam mana pun, aku tetap bersyukur dapat pengasuh ni sebab penyabar orangnya melayan karenah Sufi yang agak crancky disebabkan eczema dia tu. Jadi untuk ganti kepada BUDS clenser tu, aku guna Rooibos Tea je.
Sebenarnya aku tau pasal Rooibos Tea ni dari group Eczema. Teh ni asalnya dari Africa. Memang banyak khasiatnya kalau diminum setiap hari. Untuk eczema, ia dapat mengurangkan rasa gatal-gatal dan merenyam pada badan. Walaupun kulit Sufi dah nampak ok sedikit, tapi badan dia masih gatal-gatal especially lepas mandi. Asyik bergaru-garu satu badan macam merenyam. Maka aku pun search la produk organik yang boleh kurangkan sedikit rasa gatal tu. Finally jumpa Rooibos Tea. Untuk Sufi, aku rendam uncang teh dalam air panas then aku campurkan dalam air mandian dia. 1 uncang boleh la guna 3x rendaman untuk mandi seharian. Teh ni melembapkan kulit Sufi dan of course la ada bau daun teh. Haha. Setakat ni aku tengok tak ada perubahan apa-apa pulak. Gatalnya masih sama cuma kulitnya jadi makin lembut dan kurang kering. Pengasuh pun cakap teh ni melembapkan kulit Sufi. Rasanya terpaksa la aku melupakan BUDS cleanser kat rumah mertua tu. Haha. Ok next entry nak cerita pasal allergy test pulak.