13 Febuari 2014. Khamis. Tercipta satu sejarah dalam hidupku. Selama 4 tahun aku memandu, ni first time aku terlibat dalam kemalangan. Sebelum ni pernah je accident tapi orang lain yang pandu. Kali ni kena kat batang hidung sendiri, menggigil lutut. Rasa nak pitam terus masa tuh. Nasib baik tak menangis. Huhuhu..
Sebenarnya aku kalau boleh tak nak cerita macam mana kemalangan tuh berlaku. Aku percaya semua yang berlaku ni pasti ada hikmahnya. Walaupun aku accident tapi aku sangat2 bernasib baik. Baru aku sedar betapa sayangnya Allah kat aku. Alhamdulillah syukur Ya Allah.
ALHAMDULILLAH sebab masa tuh aku baru je hantar baby ke rumah babysitter. Accident tu betul2 berlaku kat depan balai polis dekat dengan rumah aku. Kereta aku pulak walaupun rosak teruk tapi masih boleh jalan. Lepas je accident aku terus drive ke balai polis untuk buat report. Kebetulan minggu tu hubby kerja shift malam dan baru je balik dari kerja. So boleh la dia datang ke balai sebab aku tak tau nak settle benda alah ni semua. Kata first time kan. Hehe. Ha, lupa pulak.. Kebetulan kereta hubby pun rosak jugak minggu tuh. Nasib baik ada kawan dia yang baru pindah dekat dengan rumah kitorang. So hubby mintak tolong kawan dia hantar ke balai polis. After hantar kat balai polis tuh, hubby suruh la kawan dia balik. Tapi kawan dia nak tunggu sampai settle dan hantar kitorang balik rumah. Siap boleh tolong ambil baby kat rumah babysitter lagi tuh. Ya Allah.. Baik betul kawan dia tuh.
Ha, masalah tak abis kat situ je. Dah dua2 kereta rosak kan, so macam mana kitorang nak pergi kerja?? Puas la kitorang cari kereta untuk disewakan. Tapi semuanya tak boleh hantar kereta kat rumah. Yer la. Kitorang kan takde kenderaan nak pergi amik kereta sewa tuh. Lagipun mahal giler. Cost sewa kereta Viva RM100 sehari. Perghhhh.. Kalau seminggu?? 2 minggu??Pengsan.. Nak pinjam kereta MIL boleh. Tapi aku ni yang bermasalah sebab kereta MIL manual. Aku tak reti nak bawak manual. Fikir punya fikir sampai berserabut kepala hotak. Budak tecik tu pulak nangis2 takmo tido. Makin stress haku. Tetiba tah macam mana kawan hubby yang hantar ke balai polis tuh call. Dia bagitau yang dia boleh bagi pinjam kereta sebab mertua dia duduk 2 minggu ngan dia. So ada extra 1 kereta la. ALHAMDULILLAH. Bila hubby cakap nak bayar RM400 untuk seminggu, dia boleh pulak cakap camni "Ko tak payah risau la pasal tuh. Ko guna je macam ko guna kereta ko sendiri. Tak payah bayar pape".. Ya Allah mulianya hati kawan hubby nih. Terharu aku.
Hari ni dah seminggu berlalu. Kereta aku masih di workshop. Semalam aku call, dalam minggu depan baru siap. Aduhai.. lamanye nak tunggu. Apa2 pun ALHAMDULILLAH. Allah memudahkan urusan aku. Dalam keadaan kesusahan rupanya Allah bagi juga kesenangan. Mode insaf jap. Hehe.
Erm.. tak sabar nak tunggu minggu depan. Oh my BABY BLUE.... :)
No comments:
Post a Comment