"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Tuesday, 6 May 2014

Akhirnya...

Hai semua. Hari ni aku nak cerita pasal gown si anak dara aku lagi. Hehehe.

Mula-mula haritu kan aku cakap nak beli je kat Lovely Lace jer. Pastu bila fikir2 balik rasa macam mahal giler la pulak. RM 200++ tuh. Pakainya kejap je. Huh..!! Rugi2.. So planning ke-2 konon2 nak gi tempah je la. Siap dah ada design bagai. Ribbon la hape la. Tapi tak tau la nape aku malas & takde mood nak gi beli kain. So macam tak jadi nak tempah jek. Hahaha.

Akhirnya, untuk tak serabutkan kepala aku laki bini, so aku beli gown readymade je. Ngeeee.. Ceritanya begini... cewahhh..

Hari Jumaat lepas, kitorang saje je la jalan2 kat Setia City Mall. Plan nak gi makan2 sahaja hokayyy. Pastuuuuu tah macam mana tetiba nampak ada sales kat PADINI la pulak. Aku ni sejak ada anak dara memang giler ngan MIKI. Tengok2 ada 50% diskaunnn oii. Adoi. Aku tertewas. Disebabkan si tecik tu takde baju lengan panjang so aku rembat la 2 helai long sleeves kaler putih & pink, legging sehelai. Total RM40. Murah gilerrrr..!!! Eh.. jap2. Macam takde kaitan pulak citer pasal ni yer. Kikiki..

Ha sambung.. Pastu kitorang masuk la pulak Parkson. Memang saje la nak survey2 gown si tecik tuh. As expected, memang susah la nak cari gown yang kaler gold. Tah macam mana, tetiba je aku terjumpa gown kaler coklat cair tapi macam kekuningan sket. Tengok macam lebih kurang kaler gold je. Size pun ngam2 untuk 1 year. Simple dan kain pun best sangat2. Harga pun ok RM89.90. Hubby suh aku grab je. Dia pun dah malas agaknye nak fikir gown anak dara nih lagi. Hahahaha..

Akhirnya... settle jugak gown si tecik ni. Fuhh. Lega..

Muka blur2 baru bangun tido.
Jam : 8.30 pagi
Hehehehe..

Hamboii.. kemain suka lagi die..
**Sila abaikan background**
HAHAHAHA..

Ok. Feeling2 nak gi jalan la pulak.
Padahal tak mandi lagi tuh.

1 comment:

  1. Alahaii,,,comelnyaa dia pakai gown tu..kaler pon pastel..soft je..hehehee..Aida pon suka beli brand MIKI..sebab cute2 semuanya..hehee

    ReplyDelete