"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Thursday 20 November 2014

Petua sembuhkan selsema..

Isnin baru2 ni, si tecik tetibe je kena selsema. Last dia kena selsema masa bulan June. Nasib ler tak demam panas. Hanya selsema je. Tapi risau jugaklah sebab biasanya bila malam dia tido tak nyenyak sebab hidung tersumbat. Merengek2. Lepas selsema dah hilang nanti mesti batuk pulak menyusul. Huhu. Kesian betul.

Sejak dua menjak ni aku memang seboleh-bolehnya nak elakkan dari sebarang drugs aka ubat. Tapi tak bermakna pulak aku ni biarkan je anak aku tuh sampai selsema jadi makin teruk. Apa yang aku buat ialah hanya gunakan bahan2 semulajadi. Senang citer natural remedy lah. Hihi. So, untuk selsema ni aku gunakan bawang je. Kalau tak tau macam mana rupa bawang, ni ha aku tepek skali gambarnya. Hahahahaha.
From Google

Caranya macam ni. Ambil bawang merah (kecil or besar), potong kecik2 atau dadu kemudian letak dalam satu bekas yang terbuka. Bila nak tido, aku letak je bawang tuh kat sebelah dia. Senang giler kan. Tak payah susah2 sapu Vicks. Hahaha. Alhamdulillah, sepanjang malam si tecik tak merengek langsung. Lena je tido sampai ke pagi. Mummy pun senang hati tido dengan jayanya walaupun satu bilik berbau bawang!! Haha. Aku buat petua bawang ni 2 malam berturut2. Syukur, hari ke 3 selsema hilang macam tuh je. Takde pulak aku keluar hingus yang pekat tuh. Pelik tapi benar. Ermmm..

Ha, nak tau tak apa kaitan selsema dengan bawang merah tu? Kalau nak tau, bawang merah berfungsi sebagai penyerap bakteria. Masa tahun 1919, ada wabak flu menyerang dan mambunuh hampir 40 juta orang di seluruh dunia. Tapi, ada satu keluarga petani ni sihat walafiat je tanpa dijangkiti flu tersebut. Bila ditanya, rupa-rupanya si isteri petani tu letakkan bawang merah yang dikupas di setiap penjuru rumah mereka. Doktor pun ambil sample dari bawang tuh dan buat ujikaji. Hasilnya, memang ada virus dan bakteria flu yang telah mati (tak aktif) kat bawang tuh. So dah terbuktilah bawang menyerap bakteria.

Ini ringkasan cerita yang aku google je tau. Tak taulah kesahihannya. Tapi aku dah cuba petua ni banyak kali dan memang berkesan. Bila aku letak malam ni, esoknya aku tengok bawang tu akan jadi lebam dan kehitaman. Means bawang tuh dah serap bakteria lah.

Apa2 pun, kuasa penyembuhan tu datangnya dari Allah. Aku hanya mencuba je dan ni lah salah satu cara nak elakkan dari ubat-ubatan.

Sekian dan selamat mencuba!!

1 comment: