"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Wednesday 29 July 2015

2 tahun 4 bulan..

Lamanyaaaaaaa tak bercerita pasal si tecik. Alhamdulillah sekarang dah berumur 2 tahun lebih atau lebih tepat 2 tahun 4 bulan.

Percakapan getting better dan dah berkurangan cakap bahasa German. Haha. Pelat tu ada la sikit2 tapi masih boleh difahami. Sejak balik kampung hubby masa raya hari tu, aku perasan dia dah pandai buat ayat penuh. Contohnya, kalau dia nak minta makan. Biasanya dia akan cakap, "Mami..nak mamam.." tapi kali ni dia cakap, "Mamii..Iyaa (Sofea) nak mamam acik (nasi). Awokk (Lauk) ayam." Haaa.. amik kau mummy. Sekali dengan lauk dia mention. Hahaha. Teruja betul aku dengar dia cakap macam tu. Rasa comeyyy jek. Hahaha. Harapnya umur 3 tahun nanti fasih la percakapan dia. Amin.

Kalau nak tau, si tecik ni sangat2 protect aku tau. Kalau hubby acah2 pukul aku, dia akan cepat2 datang sambil jerit "Arghhhhhh..angan babap mamiii..!!" Lepas tu kena la setepek kat muka or badan hubby. Haha. Kalau aku acah2 pukul hubby pulak, dia buat tak tau je. Pilih kasih betul. Haha. Sejujurnya memang boleh nampak dia tak berapa ngam dengan hubby. Aku pun tak tau sebab apa. Ada je benda yang digaduhkan. Mungkin hubby rajin menyakat dia, tu yang dia marah sangat agaknya. Tapi tak bermakna dia tak rapat langsung dengan hubby. Ada masa2 tertentu boleh jadi geng especially bila nak ke kedai, urut or garu belakang badan, tak pun buat susu. Erkk. Ada kepentingan baru boleh jadi geng. Hahaha.

Sekarang ni si tecik ada hobi baru iaitu bela ikan. Kemain suka dia dengan ikan. Tiap2 hari bagi ikan or dia panggil 'fish' makan. Ikan yang kami beli hari tu ikan Laga. Senang nak jaga dan InsyaAllah hidup lama. Hihi. Ikan ni ada nama. Kalau ditanya, "Sofea, apa nama fish?". Dia jawab, "Mimi". Yakin je ikan tu betina. Tah2 jantan. Hahaha. Aku tak pasti mana dia dapat nama tu. Mungkin  sempena dengan nama kucing kat rumah mak aku kot? Nama kucing tu Mimi jugak. Alahai semua pun nak letak nama Mimi lah pulak! Haha.

Kalau nak diikutkan, banyak benda lagi nak cerita pasal si tecik tapi nanti2 lah aku update lagi. Now, back to work!

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete