"Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku"



Tuesday 1 September 2015

Rezeki..

Isnin, 31 Ogos 2015. CD33. Dah sehari delay period. Selalunya cycle paling panjang 32 hari dan paling pendek 23 hari. Tiba2 tergerak hati nak buat test. Nasib baik la hari sebelumnya ada beli UPT kat Guardian. Hihi. Pukul 3 pagi aku terjaga tido terus semangat nak buat test. Tadaaaaa..!!


Alhamdulillah. Doa aku dimakbulkan Allah. Syukur sangat2. Rezeki. Hati berbunga2 langsung tak boleh tido semula. Golek sana golek sini, at last keluar bilik tengok tv. Entah macam mana, tau2 tv plak yang tengok aku. Haha.

Kali ni HCG aku kemain tinggi. 1st pregnancy dulu dapat faint line je, kali ni haaa... double line terus. Mungkin cycle aku kali ni pendek kot. Tak tau la kan. Refer to LMP, sekarang baru masuk 5 minggu. Hubby cakap, tunggu confirmation dari doctor dulu then baru announce to both family. Ok tak sabar nak check up next October nanti. Hihi. Harap2 kali ni takde la alahan sangat. Aminnn.



2 comments: